noori_nafi

Assalamualaikum,semua. Apa khabar? Saya percaya saya pernah beritahu kamu yang bulan 6 saya akan terbitkan fiksyen baharu. Hmm…Memandangkan komitmen saya sebagai pelajar STPM makin bertambah, saya akui semakin sukar saya uruskan masa…Jadi, penerbitan fiksyen ini saya akan hentikan seketika…dan saya pun tidak tahu sampai bila. Saya minta maaf banyak-banyak rakan pembaca. Saya berundur diri dahulu…

noori_nafi

Assalamualaikum,semua. Apa khabar? Saya percaya saya pernah beritahu kamu yang bulan 6 saya akan terbitkan fiksyen baharu. Hmm…Memandangkan komitmen saya sebagai pelajar STPM makin bertambah, saya akui semakin sukar saya uruskan masa…Jadi, penerbitan fiksyen ini saya akan hentikan seketika…dan saya pun tidak tahu sampai bila. Saya minta maaf banyak-banyak rakan pembaca. Saya berundur diri dahulu…

noori_nafi

Assalamualaikum, semua. Apa khabar? Saya datang sini sebab saya percaya yang saya ada “hutang” dengan kamu. Ya berkenaan fiksyen Amato dan Mechabot itu, saya berbelah bahagi sama ada mahu teruskan atau tidak sebab saya tidak puas hati dengan kualiti jalan cerita. Selain itu, saya semakin sibuk dari hari ke hari berikutan tanggungjawab saya sebagai pelajar tingkatan 6 makin bertambah. Saya juga minta maaf dengan semua rakan pembaca sebab tidak menerbitkan fiksyen mengikut jadual sepatutnya. Sekarang, saya mahu bertanya kepada kamu. Adakah saya patut teruskan fiksyen Amato dan Mechabot? Jika saya teruskan, ya saya boleh teruskan tetapi saya tidak janji jika boleh habis terbitkan setiap bahagian dengan cepat. Jika kamu tidak mahu saya teruskan, maka fiksyen ini akan dipadam dan mengikut perancangan saya, saya akan terbitkan fiksyen baharu pada bulan 6. Apa pendapat kamu? Jangan segan-segan untuk berikan komen.
          

noori_nafi

Assalamualaikum semua, sebenarnya sudah lama saya memendam persoalan ini. Berkenaan fiksyen Amato dan Mechabot, saya seringkali merasakan jalan ceritanya seakan tidak kena. Apa yang saya maksudkan ialah persembahan jalan cerita itu tidak memuaskan saya. Adakah pembaca juga merasakan perkara yang sama? Jangan malu-malu untuk tulis komen. Memandangkan saya sudah rasa begitu, untuk bahagian 4 saya tidak terbitkan hari ini. Saya betul-betul minta maaf pembaca sekalian. insya-Allah minggu ini saya akan baiki apa-apa yang perlu. Sekiranya saya sudah puas hati, barulah saya terbitkan bahagian akhir pada minggu hadapan. Sekali lagi saya minta maaf pembaca semua.☹️

noori_nafi

 Assalamualaikum, harapnya  kawan-kawan Afiqah baik semuanya. Siapa ingat saya pernah rancang fiksyen Amato & Mechabot mahu buat lima bahagian ? Selepas berfikir semula, saya rasa tiada keperluan dan fiksyen akan dipendekkan kepada empat bahagian sahaja. Insya-Allah minggu ini minggu terakhir untuk fiksyen tersebut. Oh ya, untuk kawan yang beragama Islam saya ucapkan selamat berpuasa! Semoga bulan Ramadan tahun ini akan mendatangkan banyak kebaikan kepada kita.

xiessme

- ෆ hai awak !
          - ෆ mochii nak promote book mochii tau
          - ෆ awak kalo ada masa , singgahlah baca
          - ෆ kalau boleh , vote laa sekali
          - ෆ cubalah baca , mana tahu menarik minat awak
          - ෆ mochii baru pemula .. maaf jika ada kesalahan
          - ෆ tolong support mochii tau <33
          
          ➤ destiny | blaze
          ➤ genre | mistery , sibling , comedy
          ➤ link :
          
          https://www.wattpad.com/story/331827848?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=story_info&wp_page=story_details_button&wp_uname=moxhii-7&wp_originator=Y6fgpqkuXS00kgZOQoHZGDmGl6tobbSCxKZ3boK6VPdcRgfZU3NVVDu6eazJVItMtBzyJLV675Iv6Y2AbvUIviAwtzLleZzUlAQD2fKdI84JJEqHaWVeZk1upRQTF3w%2F

noori_nafi

Assalamualaikum semua, saya baru teringat sesuatu. Begini, jarak jika berjalan kaki dari rumah Amato ke tempat pembuangan sampah mengambil masa selama 20 minit. Jadi, bayangkan berapa jauh mereka kena berjalan? Minta maaf sebab saya lupa beritahu info ini.

noori_nafi

Assalamualaikum semua, alhamdulillah saya sudah terbitkan Bahagian 2. Maaf lambat kerana saya sendiri yang banyak bertangguh minggu ini. ☹️Akhir kata, semoga pembaca semua berasa seronok dengan fiksyen saya terbitkan dan semoga mesej bermanfaat dalam fiksyen itu sampai kepada kamu. Berkenaan arahan umi yang agak pelik kerana berlaku ketika masa tidak sesuai, nantikan sahaja bahagian lain. Insya-Allah arahan umi tidak sia-sia.

noori_nafi

Assalamualaikum semua, saya ada pengumuman mengenai fiksyen saya baru terbitkan. Sebenarnya saya merancang untuk terbitkan satu bahagian setiap Jumaat malam. Beberapa hari lepas saya terbitkan awal sebab saya risau tidak sempat terbitkan lima bahagian dalam bulan Mac ini. Nantikan bahagian 2 minggu ini Insya-Allah.

noori_nafi

Oh, awak bukan begitu. Fiksyen untuk bulan Mac berkenaan Amato dan Mechabot.
Reply

Kaifa0101

@ noori_nafi  berarti cite yg author terbitkan di bulan mac ni tentang Pulang (amato dan boboiboy) ye?  
Reply