nuhais__

Ada kawan yang baru kita kenal tak sampai setahun lagi tapi dia baik sangat. Masa tu baru sehari lepas habis exam untuk sem 1.  Maka berhealinglah kamu di tasik. Dia tengok kita pakai headphone, sambil sembang dengan kita kemudian dia tanya, "Dengaq lagu ka selawat?" Kita jawablah, "Selawat." Memang kebiasaan kita sebab audio banyak selawat dengan qasidah. Kita buka headphone tu dan bagi dia pulak dengar. "Hang ni alim la. Bagus. Duk dengar selawat selalu. Aku rasa insaf." Kita hanya mampu tersenyum nipis. Hakikatnya title 'alim' itu hanya ada pada para ulama'. Kita cakap dekat dia, "Aku tak la alim mana. Jauh daripada kata alim. Sebenarnya ramai orang silap anggap maksud alim ni. Tengok dia baik sikit terus cop dah alim. Perkataan alim bermaksud orang yang berilmu. Aku ni lagi la terkadang lalai juga dengar lagu-lagu lagha. Tapi at least kita cuba untuk elak daripada dengar benda-benda lagha sebab apa yang kita dengar bagi kesan pada hati kita." Sambil-sambil sembang menghadap tasik. Feeling betul. Kawan ni baik, masa dekat tasik dekat belanja aiskrim. Tolong buangkan sampah. Kekadang terfikir juga, apa yang kita buat sampai Allah kurniakan orang sebegini baik pada kita? Allah Maha Baik, Allah Maha Adil. Bersyukurlah kita atas nikmat yang diberi pada setiapnya. 

Ya Allah, dahulunya kami beramal bersama. 
          Tetapi tatkala melihat mereka hari ini, membuatkan diri ini sebak.
          Ampuni hamba, wahai Allah.
          Kerana tidak mampu menegur mereka. Hamba hanya mampu berdoa buat mereka.
          Yang dahulunya mereka sahabat yang mengajak melakukan amal namun mereka semakin menjauh dariku. Mereka semakin tenggelam dalam dosa tanpa mereka sedar.
          Ampuni hamba, wahai Allah. 

nuhais__

Sanah Helwah dear self anak Malaysia! 
          
          Semoga menjadi seorang hamba yang lebih dekat dengan Allah. Menjadi ummat yang dibanggakan Rasulullah. Semoga menjadi diri yang lebih baik daripada sebelumnya! 

nuhais__

@snurzafirahk- terima kasih awaknya
Reply

snurzafirahk-

@nuhais__ sanah helwah ya ^^, aamiin
Reply

wawaaeryna

wawaaeryna

@nuhais__ thanksss ❤️
Reply

nuhais__

Kesimpulannya, Motosikal ******* selamat ditunggang di atas jalan raya dan litar. Sekian.
          
          Tak pasal-pasal jadi cikgu tak rasmi harini 
          Nasiblah tak nebes bila bentang depan orang ramai hshshsh
          
          Semoga terus macam tu la.
          
          Semoga menjadi bakal cikgu yang berjaya.

nuhais__

Ramadan.
          
          Ramadan, tolong jangan pergi lagi. 
          Hamba ini bakal merindui. 
          Bulan yang mendekatkan hamba dengan Sang Rabbi. 
          
          Duhai Ramadan, 
          Hamba ini terkadang dengan lekanya di siang hari. 
          Bersama gajet masa diluang lebih banyak berbanding kalam-Nya yang suci. 
          
          Wahai Ramadan, 
          Engkau adalah bulan yang suci. 
          Bulan yang membuatkan hamba ini merintih memohon keampunan kepada Yang Maha Pengasih. 
          
          Wahai Ramadan, 
          Dirimu itu sungguh istimewa. 
          Di dalamnya ada malam yang lebih baik daripada seribu bulan. 
          Yang namanya lailatul qadar. 
          
          Akan tetapi, 
          Layakkah hamba ini memperoleh malam yang sangat suci?
          Malam yang tiada terganti berbanding malam pada bulan yang lain. 
          
          Duhai Ramadan, 
          Jadikan hamba ini, hamba yang taat pada Yang Esa. 
          Hamba yang banyak beribadah bukan hanya ketika dirimu ada. 
          Tetapi jadikan hamba ini terus setia untuk beribadah dengan ikhlas hanya kepada-Nya.
          Sehingga engkau pergi meninggalkan diri ini
          Sehingga sakaratul maut menjemput diri.
          
          Wahai Rabbul Izzati, 
          Ingatkan hamba seandainya hamba menjauh daripada-Mu tanpa sedar. 
          Tariklah hamba semula agar hamba sentiasa berada dalam dakapan rahmat-Mu yang luas tidak terhingga. 
          
          -nuhais
          
          12•04•2023 , Rabu
          
          22 Ramadan 1444H
          
nuhais__

Titisan gerimis yang jatuh menyimbah bumi, 
          Menenangkan jiwa yang mendengarnya. 
          
          Tertanya juga pada diri, 
          Sememangnya dunia ini memenatkan? 
          Sememangnya dunia ini menyerabutkan? 
          
          Sungguh, aku terlalu penat dengan semua ini. 
          Hampir sahaja aku berputus asa. 
          Tidakkah begitu kejam dunia ini? 
          Atau hanya diriku yang tak mampu hadapi? 
          
          Namun, tatkala teringatkan tujuan utamanya aku berada di sini.
          Sungguh tidak akan mengalah selagi belum tiba masanya. 
          
          Belajar itu, memenatkan. 
          Belajar itu, menyakitkan. 
          Tetapi, itu hanyalah sementara.
          
          Jika mahu dibandingkan dengan menanggung peritnya kebodohan. 
          
          Jadi, tolong. 
          
          Jangan menyerah terlalu awal. 
          
          Jangan tewas sebelum engkau tiba di medan peperangan.
          
          Jika dirimu jatuh, perit dan terhimpit. 
          Rehatlah. 
          
          Bukannya tidak terus bangkit. 
          Berjuanglah. 
          
          Tuailah hasilmu di sana. 
          
          -nuhais
          141022