nurailirmela

Assalamualaikum, Selamat Malam semua. Salam 28 Januari. 
          	
          	Buat pembaca-pembaca Fleur Sophia, saya ingin beritahu yang Pre Order Novel Fleur Sophia: The Beautiful Beginning masih berlangsung sehingga 2 Februari 2024. 
          	
          	Saya juga ingin beritahu yang pada 3 Februari 2024 (Sabtu ini), pihak Ideakreatif akan adakan jualan gempak di pejabat ideakreatif. Serendah tiga buah novel untuk RM10 (sesetengah novel sahaja). InshaAllah, saya akan ada di sana untuk sesi temu mesra penulis dari pukul 11 pagi hingga 2 petang.
          	
          	Sesiapa yang berada di Selangor, jemput hadir ke jualan tersebut. Pada sesiapa yang tak dapat datang, jangan sedih, korang sertai je Pre Order novel, confirm dapat tandatangan saya dan juga photocard Harraz dan Fleur. 
          	
          	Interesting kan? Jangan lupa dapatkan FSTBB dan date kita pada hari Sabtu nanti. Apa-apa pertanyaan boleh DM instagram nurailirmela atau de_athinx