ysnnaa

Rasa cm nak buat af psl asahi but idea aku ni suka sgt menghilang  .. Bila ada pun kalau mood nih happy 

lucyanapublication

Cold Summer : Unconditional Love IN THE HOUSE‼️Stock tinggal dah tak banyak, selepas kasi licin tidak akan ada cetakan ulangan . Siapa belum dapatkan novel genre romantik ini? Jom serbu shopee sekarang. 
          
          https://shp.ee/2m6nqzj
          
          Srap! 
          
          Bunyi kibasan kain sesekali menemani mereka berdua. Mina melipat dengan kemas dan diasingkan mengikut pakaian masing-masing. 
          
          “Cikgu, saya dah siapkan kerja rumah,” tegur Changbin sambil jalan melutut menghampiri Mina. Buku latihan dibawa bersama. 
          
          “Dekat rumah pun nak panggil mama cikgu?” Sempat Mina mencuit hidung Changbin lalu anaknya tersengih sambil menjungkit bahu. 
          
          Bila lagi dia hendak menyakat Mina kalau bukan di rumah. Kalau di taska, tumpuan Mina dibahagikan buat kawan-kawannya. Changbin terpaksa biasakan diri dilayan sama taraf dengan murid-murid yang lain. 
          
          Mina melihat hasil kerja Changbin dalam membina ayat. Ada satu soalan yang tertinggal buat Mina membaca terlebih dahulu sebelum menegur. 
          
          ‘Sila bina ayat berdasarkan perkataan yang diberikan: 1) Ayah 2)Ibu’ 
          
          Awal-awal lagi Changbin sudah meninggalkan soalan pertama. Tahula Mina apa sebabnya.
          
          Changbin mengambil sehelai baju kerana mahu membantu Mina menyudahkan kain yang berlonggok dalam bakul. Setelah dua saat, Changbin tersenyum apabila bajunya sendiri sudah siap dilipat dan berbentuk seperti kon roti tisu. Tangan ditepuk bersama rasa bangga.
          
          Mina menahan diri daripada ketawa sebelum merapati anak kecil itu. “Sayang mama… Kenapa
          tinggalkan soalan nombor satu?” Mata dikerling pada soalan yang tidak ditulis dengan jawapan. 
          
          “Changbin tak tahu nak tulis apa.”
          
          Mina cuba untuk senyum walaupun jiwanya diketuk rasa hiba. Dia perlu menjadi penyumbang semangat buat anaknya. Tanpa keluarga yang lengkap sekalipun, tidak semestinya Changbin perlu menyekat gambaran dalam membayangkan bahawa dia benar-benar mempunyai seorang ayah.