Bab 3

639 82 22
                                    

Written by _Syafiera






















"Assalamualaikum! Kael, oh Kael!" Aku melaung memberi salam sambil tangan tak henti mengetuk pintu bilik yang dihuninya.

"Awak dah bangun ke belum? Isya nak ajak turun sarapan ni." Ketukan pada permukaan pintu semakin perlahan tatkala mendengar tapak kaki yang kasar menuju laju kearah pintu.

Aku mengulum senyum kecil apabila wajah Mikhael terbentang dihadapan mata. Riak wajah itu masih mengekalkan beku dan kosongnya. Kening suamiku itu terjongket sedikit seolah-olah bertanya, 'ada apa?'

"Nak ajak turun sarapan. Hari ni Isya masak special untuk Kael." Beritahuku dengan nada teruja. Pertama kali memasak untuk suami, perasaannya berbeza dengan memasak untuk makan sendiri. Asyik tersenyum sorang-sorang terbayangkan Mikhael memuji masakanku. Aip, suka berangan betul!

"Aku dah kenyang."

Mendengarkan balasan Mikhael, lamunanku terus berkecai. Bayangan senyuman perlahan-lahan menghilang pergi. "Tapi Isya dah masak. Sekurang-kurangnya makanlah sikit." Pujukku dengan lenggokan suara sayu. Harap-harap Mikhael termakan dengan pujukanku. Aku sanggup bangun pada awal pagi semata-mata untuk buatkan sarapan istimewa untuk dia. Takkanlah nak biarkan aku sorang aje makan? Tok Ma tiada dirumah kerana tidur dirumah mama untuk dua hari.

"Kau pekak ke? Aku cakap aku kenyang kan?"

Usai berkata, pintu bilik dihempas kuat. Terjongket bahuku dibuatnya. Muka pintu berwarna putih aku renung bagai nak tembus. Masih berharap Mikhael akan kembali menguak pintu, meminta maaf kepadaku kerana perbuatan kasarnya awal tadi dan mengikut aku turun untuk bersarapan.

Ah, dalam mimpi sajalah... Mikhael takkan buat begitu. Entah kenapa, anak matanya bagai terbias api kebencian yang mendalam terhadapku. Dia berdendam dengan aku ke? Tapi apa yang aku dah buat kalau betul dia berdendam dengan aku?

"Tak apalah kalau dah kenyang. Isya simpankan makanan sikit untuk awak tau? Mana tahu awak lapar nanti." Aku tersenyum kelat sebelum membuka langkah turun kebawah.

Nampaknya makanan yang aku penat masak tadi perlu disedekahkan kepada jiran-jiran...

~

"Eh Isya, tak pergi honeymoon ke?"

"Banyak makanan, masak untuk suami ke ni?"

"Bila kamu nak pergi honeymoon?"

Aku menghela nafas lemah diatas sofa. Soalan daripada jiran-jiranku menjengah halwa telinga bagaikan kaset rosak. Masak untuk suami? Ya, tapi suami tak nak makan pula masakan aku tu. Honeymoon?
Entahlah... Rasanya tidak kut. Dengan keadaan aku dan Mikhael sekarang, dia seperti menganggap aku sebagai orang luar.

Sejak pukul 7 pagi tadi, sehingga jam sudah menginjak angka 9 pagi Mikhael masih tidak keluar dari bilik tetamu. Entah apa yang dilakukannya didalam bilik itu aku pun tak tahu.

Tok tok tok...

Aku menoleh memandang pintu rumah yang diketuk dari luar. "Assalamualaikum!"

Aku bangkit dari sofa dan mendekati pintu. Sebaik saja pintu dikuak, wajah seorang gadis dalam lingkuangan usia awal 20-an sebaya denganku menjamu mata.

"Waalaikumsalam, cari siapa ya?" Soalku lembut. Senyum nipis diukir membalas senyum yang menguntum dibibir gadis itu. "Saya Liyana, adik sepupu abang Kael. Akak ni mesti Isya Insyirah, isteri abang Kael kan?"

Aku mengangguk mengiyakan. Pagar dibuka mempersilakan Liyana masuk kedalam. "Liyana tunggu sini kejap ya, akak panggilkan abang Kael."

"Okay," itu saja yang dibalasnya. Aku mendaki anak tangga menuju ke bilik yang ditempati oleh Mikhael. Takut-takut aku mengetuk pintu bilik itu. Rasa trauma pula dengan hempasan pintu pada pagi tadi.

"Ada apa lagi?" Tajam matanya menusuk anak mataku. Pantas aku menunduk menekur lantai, tak berani mahu menentang mata dengannya. "Liyana datang. Dia cakap nak jumpa awak."

Suasana bertukar hening tanpa balasan dari jejaka itu. Tanpa beri isyarat, tanganku disambar olehnya sebelum digenggam lembut. Haba yang terhasil dari telapak tangannya membuatkan aku seperti terkena renjatan elektrik. Terkejut dengan tindakannya itu.

Dia menarikku supaya membuntutinya turun ke ruang tamu. Genggaman pada tanganku dilepaskan setelah sampai diruang tamu.

Zap!

Darah menyerbu ke muka. Genggaman ditukar kepada rangkulan dipinggangku. Kemas dan rapat sehingga tiada ruang yang tinggal antara kami. Haruman wangi Hugo Boss menusuk kedalam rongga hidung. Nyaman dirasakan ketika ini.

"Amboi, sweet nya pengantin baru ni." Usikan Liyana menampan telinga. Aku hanya mampu tersenyum malu. "Yana buat apa datang sini?" Soal Mikhael berbasa basi. Punggung dilabuhkan bersebelahan dengannya.

"Yana datang nak lawat abang dan kak Isya lah." Ujarnya ceria. "Errr... Awak, Isya nak pergi buat air kejap." Tuturku kepada Mikhael. Berisyarat supaya melepaskan rangkulan dipinggangku yang masih terlilit kemas.

"Okay, sayang. Buat air elok-elok. Love
you." Bisikan lembut itu membuatkan aku menelan bergelen air liur. Entah mengapa, bulu roma habis meremang. Seram pula Kael version baru ni!

Aku bangun dan berjalan kedapur. Sesekali aku memusingkan kepala kebelakang untuk melihat Mikhael. Kenyitan mata daripadanya hampir saja buat aku tergolek jatuh. Betulkah ini Noah Mikhael?
Ataupun... Ada jin yang merasukinya?!

Sambil mengacau air didalam jug, aku meliarkan mata menjengah ruang tamu. Dapatku lihat, wajah masing-masing beriak serius dan mendatar. Memandangkan jarak dapur dan ruang tamu tidak terlalu jauh, sedikit sebanyak perbualan mereka dari didengariku.

"Kak Qis cakap... Dia masih sayangkan abang. Abang tak nak ke balik dekat kak Qis?"

Langkah kaki berubah statik. "Dia tak reti malu ke? Dah ludah nak jilat balik." Sinis suara itu membalas. "Kalau niat Yana nak datang sini untuk cakap tentang dia, baik Yana balik je. Tak payah susah-susah nak jadi 'posmen' kakak Yana tu."

"Tapi abang, Kak Qis dah minta maaf kan? Kalau boleh dia nak balik dekat abang. Bagilah dia peluang terakhir. Yana jamin, dia akan manfaatkan peluang tu
sebaiknya."

Suara Liyana pula berkumandang. Aku mengintai ke ruang tamu sedikit. Ah, sampainya hati Liyana. Aku ingatkan kedatangan dia ke mari sekadar untuk melawat, tetapi ada agenda lain pula. Tapi... Siapa pula Qis tu?

"Itu bukan masalah abang. Abang dah ada isteri, dia sanggup ke hidup bermadu?"

"Mestilah dia tak nak, abang ceraikan jelah isteri abang tu. Yana tahu abang tak cintakan isteri abang, hati abang hanya ada Kak Qis dari dulu sampailah sekarang. Betul, tak?"

Pandanganku mula kabur dengan air mata, Ya Allah. Kenapa ujian untuk aku bahagia bersama Kael seberat ini? Aku baru sahaja belajar ingin meraih hatinya, tetapi kenapa ada sahaja penghalang?

"Siapa cakap? Sejak dia tinggalkan abang, nama dia dah abang campak dari hati. So, tak perlu buang masa nak pujuk abang. Abang sekarang tengah belajar mencintai satu nama sahaja. Dia adalah Isya Insyirah Binti Adam!"

...

Writer's comment : Betul ke kata-kata Mikhael tu?

𝐌𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐇𝐈𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐈𝐋𝐄𝐍𝐓 | STOP UPDATE/HIATUSWhere stories live. Discover now