05

648 122 14
                                    

Kringg !

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kringg !

"Sila siapkan daripada muka surat 45 sehingga 47. Pastikan semua siap dan serahkan pada Jihyun." Jihyun terkejut apabila namanya yang dipetik oleh Puan Jung. Dia memandang kearah Puan Jung dengan cuak tetapi Puan Jung hanya tersenyum kecil padanya dan mengangguk perlahan.

Ouh, dia faham. Puan Jung mahu bercakap tentang sesuatu dengannya.

"Baik semua boleh bersurai." Setelah Renjun mengucapkan terima kasih, masing-masing mula meluru keluar daripada kelas untuk menjamu selera. Jihyun hanya memandang kawan-kawan sekelasnya dengan segaris senyuman. Tangannya masih ligat mengemas barang-barang diatas mejanya.

"Jom Jihyun!" panggil Haechan lantang. Terkejut Jihyun dibuatnya mendengar suara itu. Jihyun menjadi kalut menyimpan barang-barangnya apabila melihat Haechan sudah menunggu di pintu hadapan kelas bersama dengan Yangyang.

Jihyun melangkah kearah Haechan yang sedang menunggunya. Matanya sempat menangkap figura Renjun yang masih duduk di tempatnya yang sedang menulis sesuatu di dalam buku hitam.

"Jom." ajak Jihyun apabila tiba di hadapan mereka berdua. Sepanjang perjalanan mereka ke kantin, Jihyun asyik tergelak mendengar lawak Haechan dan Yangyang. Dia tidak sangka Yangyang boleh tahan fasih berbahasa korea walaupun dia ialah orang cina.

Mereka bertiga meletakkan dulang diatas meja yang berdekatan dengan tingkap besar yang boleh melihat taman sekolah daripada dalam.

Yangyang dah Haechan duduk berbelahan manakala Jihyun duduk di hadapan Haechan.

"Jihyun." panggil Yangyang. Jihyun menghentikan suapannya itu dan mengangkat wajah memandang kearah Yangyang.

"Kau kenal rapat ke dengan Ahreum itu? Adik beradik? Kembar? Sepupu?" tanya Yangyang bertubi-tubi. Haechan yang berada disebelahnya menepuk kuat bahu Yangyang.

"Jangan gelojoh tanya tu boleh tak?" Haechan menggeleng perlahan. Jihyun tergelak kecil melihat Yangyang menahan sakit akibat pukulan Haechan tadi.

"Saya pernah berkawan dengan dia sekejap. Itupun sebab kami pergi ke akademi yang sama." jawab Jihyun. Jika difikirkan pertemuan pertamanya dengan Ahreum, dia hampir berfikir bahawa Ahreum ialah kawannya. Pertemuan mereka di kelas tambahan.

Setiap kali mereka bertemu di akademi, Ahreum pasti akan duduk disebelahnya dan meminta Jihyun untuk membuat salinan nota untuknya. Katanya nota yang dilakukan oleh Jihyun sangat cantik. Tetapi semakin lama, Ahreum mula meminta Jihyun melakukan kerja rumah miliknya.

Selepas Jihyun berpindah ke sekolah ini, Jihyun baru tersedar. Ahreum hanya mempergunakannya. Ahreum hanya datang ke kelasnya untuk memberi kerja miliknya pada Jihyun untuk disiapkan.

Dia ingatkan selepas dia berhenti daripada akademi, dia tidak akan menjumpai Ahreum lagi. Nampaknya tekaan dia salah.

Jelas menunjukkan raut wajah Haechan dan Yangyang terkejut mendengar jawapan daripada Jihyun.

"Jadi kenapa selama ini dia asyik suruh kau buat kerja dia?" sambung Haechan. Mereka berdua mula memandang Jihyun. Jihyun mengangkat bahu. Mereka berdua berpandangan antara satu sama lain. Dia tidak mahu membahaskan tentang hal ini. Dia tidak selesa. 

"Jadi... hanya kita bertiga ke? Bukan satu kumpulan empat orang ke?" Jihyun bersuara untuk menukar topik. Dia ragu-ragu untuk bertanya soalan ini sebenarnya.

"Tak. termasuk aku." suara itu mencelah dan terus mengambil tempat di sebelah Jihyun. Matanya langsung tidak memandang kearah Jihyun yang sudah terkejut dan terpaku melihatnya yang muncul secara tiba-tiba.

Huang Renjun.

Huang Renjun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Say Yes | HRJWhere stories live. Discover now