18

563 103 15
                                    

"Selamat pagi Jihyun!" Haechan menegur gadis yang sedang leka termenung ke luar tingkap itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Selamat pagi Jihyun!" Haechan menegur gadis yang sedang leka termenung ke luar tingkap itu. Jihyun menoleh kearah Haechan yang berjalan mendekatinya. Jihyun membalasnya dengan senyuman.

Tempat duduk kosong yang berada disebelahnya diduduki oleh Haechan disebabkan Jeno tiada di dalam kelas disebabkan latihan olahraga.

"Aku dah cari sikit maklumat untuk kerja tugasan tu." Haechan meletakkan beberapa keping kertas diatas meja Jihyun dan mengangkat kening. Dia nak membangga diri sekarang ini.

Jihyun mengambil kertas diatas mejanya dan meneliti setiap maklumat yang telah dicetak oleh Haechan. Jihyun mengangguk perlahan, berpuas hati dengan maklumat yang diberikan oleh Haechan memandangkan dia ditugaskan untuk membuat slide.

"Terima kasih Haechan."Jihyun menoleh kearah Haechan dan tersenyum puas. Nampaknya dia tidak terlalu terbeban dan tertekan dengan kerja kumpulan kali ini memandangkan mereka telah membahagikan kerja jadi Jihyun tidak perlu bersengkang mata untuk mencari maklumat.

"Yah Lee Donghyuck!" suara jeritan itu memenuhi ruang kelas. Serentak mereka berdua menoleh kearah seorang gadis yang berpakaian sukan masuk ke dalam kelas dengan wajah yang bengang dan berjalan kearah mereka. Nasib masih tidak ramai pelajar di dalam kelas pagi ini.

Siapa Donghyuck?

Gadis itu berhenti di hadapan mereka. Kelihatan Jeno, rakan semejanya juga memasuki kelas dan mengikuti gadis itu daripada belakang.

"Donghyuck kau tukar bekal aku dengan kau ke?" Jihyun memandang pelik. Gadis itu dan Haechan yang berada disebelahnya dipandang bersilih ganti. Haechan menggeleng laju seperti orang tidak bersalah.

"Kau masukkan apa dalam air aku?" gadis itu bertanya, tetapi sambil menahan geram. Sekali lagi, Haechan menggeleng.

"dan siapa yang conteng planner aku." gadis itu menghentak tangannya pada meja Jeno. Jihyun dan Haechan terhincut bahu manakala Jeno di belakang gadis itu tergelak kecil sehingga menampakkan eyesmilenya.

Jihyun perasan Haechan meneguk air liurnya. Mukanya juga kelihatan cemas tetapi dia cuba mengawalnya.

"Donghyuck!" gadis itu merungut sekali lagi. Geram pula dia dengan perangainya ini. Tiga sekali gus dia mengusik gadis itu hari ini.

"Ya, ya aku buat. Ambiklah bekal kau atas meja aku. Aku dah sediakan botol air lebih untuk kau. Pergi ambil itu." Haechan menggulingkan bola matanya. Dia baru mengusik sikit dah bising macam hilang suami!

"Ouh hai! Aku Heejin!" gadis yang memperkenalkan dirinya sebagai Heejin itu kembali ke meja mereka dan mengangkat tangan tanda perkenalan.

"Jihyun." Jihyun tersenyum padanya.

"Okeylah, aku pergi dulu. Tunggu aku balik nanti Donghyuck! Jom Jeno." Heejin melangkah keluar daripada kelas dengan botol air dan bekal makanan yang tadinya milik Haechan pada pegangannya.

"Hish dia ini, nak bergurau sikit pun tak boleh." Haechan merungut perlahan. Tidak puas hati.

Jihyun masih memandang Haechan pelik. Meminta penjelasan daripada lelaki itu. Haechan memandang reaksi Jihyun yang sedang terpinga-pinga itu.

"Ouh, itu Heejin. Adik kembar aku." Haechan menggosok tengkuknya. Kekok. Jihyun seperti tidak terlalu terkejut. Dia sudahpun tahu jika Haechan mempunyai kembar daripada Jaehyun.

"Dan Donghyuck itu nama lama aku. Aku dah tukar nama. Keluarga aku masih panggil aku Donghyuck."

"Ahh- Donghyuck." Jihyun tersenyum kecil memandang Haechan. Nama Donghyuck itu comel baginya.

"Kau rehat denga kitorang lagi kan hari ini?" soal Haechan teragak-agak. Dia takut gadis itu menolak ajakannya. Anggukan daripada Jihyun membuatkannya kembali tersenyum.

"Okey!" Haechan meninggalkan tempat Jeno itu dan kembali duduk di tempatnya. Kertas-kertas yang diberikan oleh Haechan tadi disimpan di dalam fail.

--

"Kau jangan macam-macam Yangyang." Haechan sudah bersiap sedia mahu mencampak botol air mineral itu kearah Yangyang apabila lelaki itu tidak berhenti mentertawakannya. Jihyun juga tergelak melihat Yangyang yang berada disebelahnya bersiap sedia untuk menangkap botol itu.

"Ayoo!" suara ceria itu menyapa mereka berempat. Tempat kosong dimeja mereka diduduki oleh dua orang yang menyapa mereka tadi.

"Lambat korang rehat kali ini." kata Yangyang dan memandang Jeno dan Heejin bersilih ganti. Kebiasaannya pelajar yang memasuki pertandingan olahraga nanti akan rehat lebih awal kerana mereka mempunyai latihan.

"Ada budak injured."

"Ouh lupa nak tanya, kau budak baru kan?" soal Heejin. Jihyun memandang Heejin yang duduk disebelah Haechan. Jihyun mengangguk.

"Aku ada kawan barulah Hyuck." gadis itu berkata teruja. Bahu Haechan dipukul kuat. Haechan menyentuh bahunya yang baru dipukul oleh Heejun dan mengaduh kesakitan.

"Kalau kau excited jangan pukul aku boleh tak." Haechan berkata geram. Tangannya menggosok-gosok bahunya itu. Pedih ya tamparan Lee Heejin.

Jihyun juga turut tersenyum lebar. Kawan perempuan pertamanya di sekolah ini! Ah baguslah!

"Jom, aku nak bercerita dengan kau ini. Aku belanja kau roti." Heejin berdiri teruja dan memandang Jihyun yang sudah terkebil-kebil memandangnya. Makanannya masih belum dihabiskan lagi.

"Heejin kau duduk makan dulu." Renjun yang sudah lama mendiamkan diri itu bersuara. Sekali lagi Renjun sudah membantunya. Heejin memuncungkan bibirnya dan kembali duduk.

"Lepas ini kita pergi."Jihyun memandang Heejin semula. Heejin mengangguk laju dan meneruskan perbualannya dengan Jeno tadi.

Jihyun mengalihkan pandangannya kearah Renjun. Kakinya menendang perlahan kaki Renjun yang berada di bawah meja untuk menarik perhatiannya.

Renjun mengangkat wajahnya dan memandang Jihyun.

"Gomawo." Jihyun berkata tanpa mengeluarkan suara dan tersenyum. Renjun kembali fokus pada makanannya tadi dan tanpa sedar bibirnya mengukirkan senyuman.

"Jihyun, Jaehyun hyung dah bagitahu aku. Jadi lepas aktiviti itu habis, tunggu aku tahu." Mereka semua memandang kearah Yangyang dan Jihyun bersilih ganti termasuk Renjun.

"Kau nak buat apa dengan Jihyun?"

"Kau nak buat apa dengan Jihyun?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Say Yes | HRJWhere stories live. Discover now