✯ 𝕋𝕎𝔼ℕ𝕋𝕐-𝔽𝕆𝕌ℝ ☾︎

31 2 0
                                    


🎬twenty:four-

Jisoo serta tiga rakannya berkumpul di perhentian bas berdekatan apartment nya sebelum menuju ke blok tiga.

Smokey berada di dalam dakapan Joshua kerana Jisoo masih berasa gelisah dengan pertemuan ini. Miyoung berjalan seiringan dengannya sambil menenangkan rakannya dengan menggenggam erat tangannya.

Jeonghan pula berjalan seiringan dengan Joshua di belakang sambil menyeluk poket hoodienya.

Perjalanan yang hanya mengambil masa kurang dari 2 minit itu berhenti apabila kelibat seorang lelaki berdiri membelakangi mereka.

Mereka berjalan perlahan-lahan ke arahnya, diikuti dengan Jisoo menegur lelaki tersebut.

"Err, Encik ke pemilik kucing tu?" Lelaki itu menoleh, wajahnya hanya nampak sedikit oleh kerana dia menundukkan kepalanya.

"Ya, saya pemiliknya. M-mana kucing saya?" Dia mengangkat wajahnya untuk melihat Jisoo.

Jisoo tersenyum hormat sebelum menolak Joshua ke arah lelaki itu. Apabila dia ternampak kucing yang sedang lena di dalam dakapan pelajar lelaki itu, dia segera mengambilnya.

"Yun..." Lelaki yang sedang memeluk kucing itu hanya mampu menyebut nama sebenar kucing itu. Situasi yang asalnya sunyi, menjadi sedikit panik bagi empat remaja itu apabila terperasan air mata yang mengalir dipipi gerangan tersebut.

"Eh, Encik okay tak?! Kenapa encik nangis? Kami ada buat salah ke?" Jeonghan bertanya dengan suara yang prihatin. Dia percaya lelaki ini tak bersalah sama sekali, tetapi dia tetap merasakan lelaki ini berkaitan dengan misteri yang mereka sedang siasat.

Lelaki itu mengangguk perlahan sebelum mengelap air matanya dengan lengan baju. Senyuman ikhlas diukir sebelum dia memandang keempat-empat remaja dihadapannya.

"Saya cuma nak ucap terima kasih, dah lama saya cari dia... Sampai saya dah putus asa, hilang harapan saya."

"Lama? Sejak bila tu?" Miyoung bertanya.

"Dah tiga bulan." Jisoo dan Miyoung tercengang mendengar ayatnya.

.....

"Jadi, kucing encik ni dicuri dengan sengaja?"

Lelaki itu mengeluh kecil sambil mengangguk.

"Itu apa yang saya rasa ajela, Joshua. Bukti, mungkin tak ada. Tapi, situasi yang berlaku masa itu cukup untuk meyakinkan saya tentang teori saya." Joshua mengangguk mendengar penjelasan lelaki itu.

"Lagi satu, tak payahlah panggil saya encik. Segan saya, awak semua dah bawa kucing saya hidup-hidup pada saya balik ni pun, saya dah berterima kasih." Lelaki itu hanya ketawa kecil.

Pada pandangan Jisoo dan Miyoung, lelaki itu nampak misteri dan cengkung sedikit. Tetapi, setiap pergerakannya menunjukkan yang dia ikhlas dan mempunyai hati yang baik.

"Dah tu, kami nak panggil apa?" Jeonghan bertanya sambil membelai kucing berbulu lebat yang sedang menjilat bulunya di atas meja batu. Oleh kerana, mereka berempat berasa pelik dengan kewujudan kucing itu, mereka ingin mengetahui lebih lanjut kisah kehilangan kucing itu dari pemiliknya. Maka, mereka telah mengajak lelaki itu untuk berbual dengan mereka di taman di kawasan apartment itu.

"Panggil pakcik. Pakcik Yoon."

"Hm, pakcik. Jisoo ada soalan ni." Jisoo berkata.

"Apa dia?"

"Masa saya jumpa kucing ni, dia tak ada rantai. Tapi, saya jumpa dia dalam kotak dekat hujung koridor rumah saya. Kalau rumah saya tingkat bawah, logiklah juga. Tapi, rumah saya tingkat dua?" Jisoo bertanya. Tiga lagi remaja menumpukan perhatian kepada pertanyaan Jisoo.

"Dalam kotak?" Jisoo mengangguk bersungguh-sungguh.

"Kamu ada dapat apa-apa ke lepas tu? Hadiah ke, atau ugutan?"

Pertanyaan lelaki yang digelar Pakcik Yoon itu berjaya mengambil perhatian mereka sepenuhnya. Jisoo memandang rakannya meminta kebenaran untuk menceritakan situasi mereka. Setelah menerima anggukkan positif, Jisoo membetulkan suaranya.

"Ada, pakcik. Saya dapat kotak. Dua kotak yang isinya, ayat-ayat puisi. Kami berempat memang ada niat nak siasat hal ini. Sebab ada benda yang pelik dengan ayat-ayat tu."

"Teruskan." Pakcik Yoon berkata sambil melihat sekelilingnya untuk memastikan tiada sesiapa selain mereka.

"Lepas beberapa hari saya dapat dua-dua kotak tu, saya suruh Miyoung baca sebab dia aje yang senang faham maksud tersirat ayat-ayat macam tu. Saya ingat, makin senanglah kerja saya nak selesaikan hal ini. Tapi," Jisoo berhenti dan mengisyaratkan Joshua untuk menyambung ayatnya.

"Tapi, Miyoung kata ayat-ayat tu semua, sebenarnya ayat yang dia baru tulis sejak sebulan sebelum ni. Memang sama, tak ada beza." Pakcik Yoon mengangguk faham. Dia mengusap dagunya seakan berfikir teori yang mungkin.

"Oh ya. Dua-dua kotak tu saya dapat dengan cara, tempat dan masa yang beza." Jisoo berkata lagi.

"Maksudnya?" Pakcik Yoon memandang Jisoo sambil dahinya berkerut tidak mengerti.

"Kotak pertama warna kelabu. Ada orang letak depan pintu rumah saya masa saya baru balik dari jemput eomma Miyoung dekat hospital. Baru aje saya nak rehat, ada orang tekan loceng. Saya pasti sangat, mama saya ada kunci pendua." Jisoo berkata panjang.

Dia menyambung lagi,

"Yang kedua pula, kawan saya jumpa dekat atas locker sekolah saya. Warna putih tapi kecil sikit." Jisoo menunjukkan gambar kotak-kotak itu kepada Pakcik Yoon.

"Siapa kawan kau tu?" Jeonghan bertanya Jisoo.

"Seungkwan, dia kan selalu datang awal. Kebetulan juga aku datang awal hari tu and terserempak dengan dia." Jeonghan mengangguk faham.

"Hm, bagi pakcik tengok dulu gambar ni. Mana tahu, ada petunjuk."

Jisoo memberikan phone nya kepada lelaki dihadapannya dan menyambung membelai kucing bernama Yun itu.

"Jis, tak apa ke kau keluar ni?" Joshua bertanya sambil menilik jamnya. Jisoo menggeleng kepalanya.

"Mama aku bagi aku keluar bila dia tak ada. Tapi, kena balik sebelum dia balik. Lagipun dia balik pukul 6 petang. Sekarang baru pukul 10 pagi." Suasana menjadi sepi kecuali bunyi angin menghembus ke arah mereka.

Miyoung yang rimas dengan rambutnya yang menghalang mukanya, terus mengikat rambut menggunakan getah di pergelangan tangan. Jisoo pula menyandarkan badannya di sebelah kanan Miyoung.

Joshua dan Jeonghan kedua-duanya duduk di sebelah Pakcik Yoon sambil mengetuk meja perlahan dan sesekali bermain dengan Yun.

"Pakcik rasa pakcik tahulah siapa yang hantar Jisoo kotak-kotak ni!" Jisoo segera menegakkan dirinya dengan wajah penuh harapan. Rakannya juga turut serta menunggu ayat seterusnya oleh Pakcik Yoon itu.

"Siapa?" Jisoo bertanya.

"Dia. Pembunuh tu."

- ᪥᪥᪥ -

𝙏𝙃𝙀 𝘾𝘼𝙏 𒊹︎︎︎ 𝙅𝙞𝙨𝙤𝙤 𝘽𝙋𒊹︎︎ Where stories live. Discover now