BAB 2

31 3 0
                                    

"Awak tunggu saya!" Maisarah termengah-mengah berlari. Hassan masih bertenaga tetapi dia menghentikan lariannya. Hassan memandang Maisarah. Perempuan itu tertunduk-tunduk memegang perutnya yang senak.

"Kita dah jauh lari. Awak, kita berhenti dulu," kata Maisarah. Hassan mendekati kawannya.

"Macam mana awak boleh terfikir nak pukul dua budak keparat tadi?"

"Mana saya tahu. Saya fikir nak tolong awak saja. Tok ketua sengal itu benci betul dekat awak kan," rungut Maisarah.

"Saya tahu. Dari dulu lagi. Nasiblah awak tolong saya. Kalau tidak saya tak dapat maafkan dia sebat saya sampai lembik," ujar Hassan. Mereka berdua duduk di bawah sebatang pokok kayu besar. Daunnya merimbun menjadi atap tempat teduhan mereka. Kini mereka sudah berada di tengah-tengah hutan belantara.

Maisarah ingin mengatakan sesuatu. Hassan dapat mengagak.

"Awak tahu tak kenapa mereka tak kejar kita lagi?" tanya Maisarah.

"Oh ya, kenapa eh?" Hassan teruja hendak tahu. Sekarang hatinya sudah lega dari kemarahan.

"Saya tak dapat lihat tapi saya dengar kuat suara menderam. Sebelum itu sempat juga saya dengar bunyi derapan tapak kaki binatang sedang berlari," jelas Maisarah. Hassan terkejut.

"Kiranya selepas awak melepasi suara itu binatang itu keluar?" teka Hassan.

"Mungkin. Lepas itu saya toleh nampak kelibat binatang itu lesap dalam celah semak. Tok ketua itu dah lari," ujar Maisarah.

"Hmm. Saya agak binatang itu tolong kita la," kata Hassan. Maisarah pelik.

"Kenapa awak sangka begitu?"

"Yela sebab bertepatan antara jarak awak dengan tok ketua dia muncul. Kemudian terus tok ketua patah balik tak jadi kejar kita. Nampak macam binatang itu sekat tok ketua dan beberapa orang lagi dari terus mengejar kita berdua," terang Hassan. Maisarah terangguk-angguk.

"Masuk akal juga. Baiknya binatang itu."

"Ya betul baik. Tapi awak ingat, kita dah terlajak jauh dalam hutan ini." Hassan bangun sambil mengusap-usap lengannya. Maisarah baru perasan yang mereka berada di kawasan tengah-tengah belantara. Maisarah mula meremang bulu roma. Dia merapatkan diri ke tubuh Hassan. Hassan sekilas memandangnya. Budak lelaki itu tersenyum. Maisarah buat tak nampak. Dia sedang takut sekarang ini. Entah sebab takut dimakan binatang buas atau sebab takut hantu atau apa- apa sajalah. Di hutan ini macam-macam marabahaya boleh muncul. Fikiran Maisarah berkecamuk.

"Tak akan awak tak ingat jalan di hutan ini?" desak Maisarah.

"Apa maksud awak?" Hassan tanya balik.

"Yelah, awak bukan biasa ke masuk hutan?"

"Mana ada. Saya cuma jalan dekat pinggir-pinggir semak aje. Tak sampai ke dalam seperti sekarang ini. Saya bingung juga," keluh Hassan. Maisarah hilang harapan. Maka berjalanlah mereka berdua tanpa arah yang benar-benar ditujukan. Sekadar menyangkut nasib semata-mata pada setiap langkah kaki mereka.

. . . . .

Malam memayungi langit yang luas. Kerlipan bintang-bintang mula kelihatan cantiknya dicelah-celah rimbunan daun-daun yang lebat. Suasana sejuk mencengkam membuatkan tubuh mereka menggigil. Terasa setiap angin berhembus menggigit-gigit liang roma mereka. Maka Hassan dan Maisarah terus memeluk tubuh setiap masa. Sekarang mereka duduk di dahan pokok yang tumbang. Mereka berada di laluan denai hutan yang agak lebar. Permukaan yang dihampari daun-daun kering suka disapu-sapu oleh Maisarah dengan kakinya. Hassan merenung malam.

Seolah-olah segala tumbuhan yang tumbuh meliar dihadapannya menjawab keluhan di hatinya. Tiba-tiba terdengar bunyi lolongan serigala.

"Awak! Apa itu?" Maisarah lekas memaut lengan Hassan. Hassan cuba bertenang.

"Kita diam aje. Jangan keluarkan suara," bisik Hassan.

Maisarah ternampak bulan mengambang betul-betul sejajar di atas kepalanya. Dia berasa lain macam. Hassan bergerak sikit ke depan. Tidak lama kemudian, dari depan muncul seekor serigala hitam dengan mata yang bersinar mencerun ke arah mereka. Maisarah menekup mulutnya sendiri. Hassan mendepani Maisarah cuba menjadi benteng keselamatan untuk kawannya itu. Hassan teragak-agak.

Selepas itu muncul pula dari kiri dan kanan serigala yang lain. Kesemuanya ada tiga ekor serigala yang sedang berdepan dengan mereka. Dalam keadaan cemas, Hassan terpaku. Maisarah berlindung di balik bahu lelaki itu.

Tidak semena-mena ketiga-tiga serigala itu berlari ke depan hendak menyerang mereka. Apalagi Maisarah pun menarik lengan kanan Hassan dan berlari kencang. Segala ranting-ranting kayu diredah tanpa peduli calar-balar di lengan mereka. Ketika melalui kawasan selekoh menghala ke sungai di hujung sana, Maisarah tersadung pada dahan kayu besar yang patah. Maka terjatuhlah perempuan itu ke tanah. Diikuti pula Hassan tersungkur akibat merempuh tubuh Maisarah yang hampir terlentang di atas tanah. Mereka terbaring dalam kesakitan. Sudah tiada harapan lagi hendak lepas dari kejaran tiga ekor serigala itu.

Di saat tiga ekor serigala itu hendak menerkam, segerombolan serigala yang sama spesis muncul membuat lolongan keras sambil terdongak ke langit. Serentak tiga ekor serigala tadi terbejat terkamannya dan salah berlanggaran sesama sendiri. Mereka berdua semakin kecut perut. Kini segerombolan serigala itu mengelilingi mereka berdua. Ada yang menghidu-hidu baju Hassan. Ada juga yang menilik dekat-dekat pada Maisarah. Terdengar hembusan nafas serigala-serigala itu yang dingin.

Sepertinya binatang yang terkenal ganas itu hendak bersahabat dengan mereka berdua. Hassan berusaha menenangkan perasaannya. Maisarah pula perlahan-lahan bangkit duduk.

Lalu terdengar suara panggilan dari seberang sungai.

"Kamu bertiga ke sini!" panggil suara lelaki itu. Garau sedikit. Serak-serak basah.

"Jangan menyerang melulu lain kali. Kalau lapar cari makanan dekat sekitar Mural saja. Apalagi itu manusia baik. Kamu bertiga ini sudah banyak kali aku nasihat," rungut lelaki misteri itu. Manja juga suaranya meleter pada anak buahnya tiga ekor itu.

Kemudian tergesa-gesa tiga ekor serigala tadi meluru menyeberangi sungai yang cetek. Percikan air berhamburan mengenai muka Hassan dan Maisarah yang sedang menoleh penuh minat. Tiga ekor serigala itu hilang di dalam semak belukar. Sesudah itu tidak kelihatan lagi.

Ketika inilah kelihatan seorang lelaki berselubung biru tua yang cantik mempamerkan diri di seberang sungai itu. Wajahnya yang pucat tidak jelas kerana terlindung dalam gelap malam. Rambut panjangnya paras bahu keperangan terbuai halus ditolak angin sepoi-sepoi. Hassan dan Maisarah terkedu. Lalu segerombolan serigala tadi semuanya menunduk memberi hormat.

DUNIA SERIGALAWhere stories live. Discover now