BAB 4

29 2 0
                                    

Mural adalah petempatan serigala yang damai dan indah. Walaupun dihuni oleh binatang yang buas dan ganas, tetapi keadaan suasana tempat dimana-mana di sekitar Mural ini dihiasi dengan pelbagai perhiasan dan aneka bunga-bungaan. Ada satu tempat yang agak jauh. Tempat itu adalah sebuah bukit tinggi. Di hujung bukit itu ada sebuah istana yang tidak lebar tapi besar tinggi. Ada tiga tingkat. Penghuninya ialah Luqman. Dahulu penghuni asal serta pembinanya ialah raja serigala yang pertama iaitu Roman. Seekor serigala yang mempunyai kelebihan menjelma sebagai seorang manusia sempurna.

Semenjak satu peperangan meletus antara kumpulan Serigala dengan kumpulan Harimau, Roman yang berjaya memimpin pasukannya menang dalam pertempuran besar itu. Kumpulan Harimau berundur. Maka Roman telah penat dan hendak bersara. Roman tidak mempunyai anak kerana anak tunggalnya terkorban dalam peperangan itu. Pasangannya juga mati. Roman menjadi gelisah untuk mencari pengganti bagi kedudukannya sebagai pemimpin tertinggi dalam kumpulan Serigala yang digelar Raja.

Hinggalah pada satu musim panas, Roman ketika itu sedang bersiar-siar di pinggir hutan dekat dengan tapak Kampung Buluh Perindu. Waktu itu kampung itu belum lagi dibangun. Dan entah dari mana, Roman yang menjelmakan diri sebagai seorang manusia ternampak seorang budak kecil berumur sekitar lima atau enam tahun sedang duduk di kawasan lapang menangis sendirian. Roman berasa kasihan lalu mendekati budak itu.

Pada mulanya budak itu takut tetapi setelah dipujuk oleh Roman dengan pelbagai soalan yang menyenangkan hati budak itu, budak itupun berasa selesa di sebelah Roman. Budak itu dengan senang mengatakan bahawa bapanya telah mati dibaham seekor harimau ketika pergi ke hutan mencari kayu api dan daun-daun herba untuk dibuat obat kerana ibunya sedang sakit tenat. Apabila bapanya tidak pulang selama beberapa hari, ibu sudah tidak mampu menahan kesakitan lalu mati akhirnya. Budak itu menceritakan bahawa dia pergi ke hutan seorang diri mencari bapanya. Setelah hampir setengah hari berkeliling ke sana sini dalam hutan belantara itu, dia ternampak mayat bapanya habis dicincang tubuhnya. Budak itu tiada harapan lagi. Dan kini telah seminggu dia bersedih di kawasan lapang ini.

Roman dapat merasakan hatinya tersentuh mendengar cerita budak itu. Tanpa sebarang kata lagi dia mengambil budak itu dibawa ke Mural. Roman sudah menetapkan bahawa penggantinya ialah budak itu yang akan diasuh nanti sebaik mungkin.

Dan budak itu ialah Luqman. Luqman anak angkat raja serigala. Luqman dididik dengan pelbagai ilmu berkaitan serigala. Roman meninggalkan warisan ilmu yang utama dan sangat istimewa. Ilmu itu adalah ilmu pertukaran. Luqman mampu menukar dirinya pada bila-bila masa untuk menjadi seekor serigala yang sempurna. Serigala yang bakal dijadinya adalah sejenis serigala yang besar dan hebat. Tingginya serigala itu paras dada lelaki dewasa. Kebanyakan serigala biasa paling kurang tingginya paras peha atau pinggang lelaki dewasa.

Bukan itu sahaja, malah Luqman juga boleh menjadi serigala jadian yang sangat buas dan ganas. Mungkin tak terkalahkan oleh seratus atau dua ratus ekor serigala biasa yang menyerang. Dan Luqman mampu melakukannya pada bila-bila sahaja. Kunci segala ilmu tersebut terletak pada sebuah permata ungu yang berkilauan di dadanya. Permata ungu itu tergantung-gantung pada rantainya.

.  .  .  .  .

Pagi ini sangat indah. Daratan Mural yang berwarna-warni rumputnya berkilauan apabila terkena biasan sinar matahari pagi. Pokok-pokok juga semakin segar dimamah vitamin sihat dari cahaya matahari. Buah-buah anggur dan buah appel yang sudah masak juga tampak berkilat. Memang ketika suasana pagi petempatan Mural sangat indah panoramanya. Seperti berada di syurga yang penuh kenikmatan.

Maisarah sudah bangun dan selesai membersihkan diri. Begitu juga Hassan. Mereka kali ini menukar pakaian semalam. Mereka berdua memakai pakaian yang telah tersedia di dalam pondok itu. Mereka berdua menyarungkan sehelai jubah kulit berwarna coklat pudar dan seluar panjang yang juga diperbuat dari kulit. Kasut mereka diganti dengan kasut but keras dan kejap. Hassan dan Maisarah kelihatan seperti pemburu dari segi pemakaiannya. Cuma tiada senjata api yang disandang mereka.

DUNIA SERIGALAWhere stories live. Discover now