lapan belas

1.1K 45 5
                                    

Hana Syazwani melangkah masuk ke dalam hospital.Hari ini merupakan hari pertama dia bertugas di hospital itu.

Dia membuka pintu bilik yang menempatkan dirinya.

Dia memerhati segenap ruang di biliknya itu.

Alhamdulillah,dengan berkat usahanya selama ini,tercapai juga cita-citanya yang ingin menjadi seorang doktor.

Dia tersenyum sendirian.

♡♡♡♡

Selesai sahaja tugas,Ain Farhana beransur pulang memandangkan dia tiada on call.Dia menuju ke rumah kedua orang tuanya.

Setelah hampir setengah jam berada di rumah Puan Aina dan Encik Fakhri,mereka anak beranak meminta diri.

Ain Farhana memberhentikan kereta di sebuah pantai.Di situ juga ada taman permainan kerana sudah ditambak.

"Kita buat apa kat sini,ibu?" soal Airil Irsyad ingin tahu.

Pelik.

Kenapa ibunya tidak pulang ke rumah terus?

"Saja.Korang tak nak main ke?"

"Nak!" ujar Airin Izzati teruja dan ceria.

Ain Farhana tersenyum.

"Jom,turun.."

Mereka bertiga menuju ke taman permainan.Airil Irsyad memanjat tangga dan menuruni gelongsor.Airin Izzati pula laju menyambar buaian.

Ain Farhana mengawasi Airin Izzati.Dia menolak buaian.

Disaat itu,Nadia Amyra dan Aiman juga turut berada di situ.

"Mama!"

Nadia Amyra teruja melihat Ain Farhana.Dia berlari menuju ke arah 'mama'nya.Disebabkan itu juga,dia terjatuh.Lututnya berdarah.

"Nadia!"

Laju Aiman mendekati puteri tunggalnya.Sudah banyak kali dia pesan pada anak gadisnya supaya tidak berlari namun tidak diendahkan.

Ain Farhana juga terkejut.Si kecil pantas dihampiri.

Nadia Amyra menangis dalam dukungan papa kesayangannya.

"Nadia,Nadia okay?" soal Ain Farhana prihatin.

Airin Izzati dan Airil Irsyad hanya memerhati.

"Pedih.." balas Nadia Amyra yang masih menangis itu.

"Ain,aku bawa Nadia ke klinik dulu.Nanti kita jumpa lagi.Airil,Airin.Pak Cik balik dulu.Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam.Ye lah.Hati-hati.."

Jelas terpancar wajah kerisauan pada Ain Farhana.

"Padan muka!" ejek Airil Irsyad.

"Airil,kenapa cakap macam tu?Tak baik lah.." tegur Ain Farhana tidak suka anak sulungnya bersikap sebegitu.

Airil Irsyad memandang wajah ibu kesayangan.

"Sorry,ibu.." ujarnya menunduk.

Dia tahu apa yang dilakukan sebentar tadi itu salah.Ibu dan ayahnya tidak pernah mengajar dia mengejek orang.

"Tak pe lah.Lepas ni jangan ejek-ejek orang.Tak baik.Jom,kita balik.Nak senja dah ni.."

"Ibu,nak dukung!" kata Airin Izzati mengada.

Tangannya sudah didepakan.Ain Farhana tersengih.Tubuh anak gadisnya diangkat.

"Beratnya Airin.Airin makan apa?" usik Ain Farhana.

"Mana ada.Airin ringan lah,bu.." kata Airin Izzati tidak berpuas hati.

Mana ada dia gemuk.Dia cuma comel sahaja.

Airil Irsyad hanya mendengar.

"Ye lah.Ibu main-main je.."

Mereka menuju ke kereta.

♡♡♡♡

"Kau on call,Iz?"

Pelik Asyraf Khairil melihat Izwan Farhan masih berada di hospital sedangkan sudah pukul 8 malam.

"Asal?Aku ganti orang.." balas Izwan Farhan.

"Ganti orang?Rajin.." kata Asyraf Khairil berbaur sindiran.

Sempat dia tersengih.

Izwan Farhan faham akan maksud di sebalik kata-kata sahabatnya.Bukan dia tidak tahu yang sahabatnya seorang itu sedang memerlinya.

"Aku gerak dulu.Ada kes.."

Laju Izwan Farhan meninggalkan Asyraf Khairil.

"Bila ego mengatasi segalanya.Ni lah jadinya.." ujar Asyraf Khairil sendirian sambil memerhati sahabatnya sehingga hilang dari pandangan.





My Cousin..I LOVE YOU 2 Where stories live. Discover now