sepuluh

1K 45 5
                                    

Ain Farhana sudah kembali bekerja seperti biasa.Dia duduk termenung di dalam biliknya.Dia teringat kejadian pagi tadi.

Suasana sunyi sewaktu mereka bersarapan.Hanya suara Airil Irsyad dan Airin Izzati sahaja yang memecahkan kesunyian.

Bunyi ketukan pintu menyentakkan Ain Farhana.Dia memandang gerangan yang ada di muka pintu.Aisya Syarina mendekati sahabatnya.

"Kau asal?Kau pula ke yang tak sihat ni?" ujar Aisya Syarina.

"Haah.Aku tak sihat.." balas Ain Farhana selamba.

"Lah,tak sihat kenapa datang kerja?Ambil lah mc.Kau ni pun.."

"Aku bukan tak sihat lah.Aku sakit hati.." jujur Ain Farhana berkata.

Berkerut dahi Aisya Syarina dibuatnya.Tadi kata tidak sihat kemudian kata sakit hati pula.Tidak faham dengan apa yang sahabatnya yang seorang itu cuba sampaikan.

"Aku tak faham lah,Ain.Kau ni berkias sangat.."

"Aku geram dengan Iz.." luah Ain Farhana.

"Hah?"

Lagi lah Aisya Syarina terkejut.

"Tak de lah.Semalam Aiman datang rumah.Aku bagitahu Iz pastu dia marah aku.."

Aisya Syarina mengangguk faham.Tidak lama kemudian,dia mula bersuara.

"Ain,aku bukan nak sokong Iz tapi.."

"Kau pun nak cakap aku salah?" pintas Ain Farhana sebelum sempat sahabatnya itu menghabiskan kata-kata.

Aisya Syarina kehilangan kata-kata.Sahabatnya itu terasa pula dengan dirinya.

♡♡♡♡

"Aku tegur je,weh.Aku cuma cakap benda betul.Sepatutnya aku yang merajuk.Ni dia pula.." ujar Izwan Farhan melepaskan ketiadakpuasan hatinya terhadap sikap Ain Farhana.

"Iz,aku sokong kau.Betul lah apa yang kata tu.Kalau Aisya buat macam tu pun aku marah.." balas Asyraf Khairil mengerti perasaan sahabatnya itu.

"Tapi Ain tak faham.Aku tak marah dia nak rapat dengan Nadia.Aku cuma tak puas hati dengan sikap Aiman.Tak tahu ke dia yang Ain isteri aku?"

"Aku faham perasaan kau.Kau slow talk lah dengan Ain.." kata Asyraf Khairil sambil memberikan cadangan.

"Slow talk?Aku risau je Ain back up si Aiman tu.."

"Jeles.." kata Asyraf Khairil sambil tersengih.

Izwan Farhan memberikan pandangan tidak puas hati kepada sahabatnya itu.Dia tengah serius boleh lelaki itu bergurau.

♡♡♡♡

Puan Fatihah memandang anak dan menantunya.Kedua-duanya hanya diam tidak berkutik.

"Kamu berdua ni kenapa?Gaduh?Diam je dari tadi.." tegurnya.

Dari sampai hinggalah sekarang langsung tidak kedengaran suara mereka.Yang ada hanyalah pandangan sesama sendiri.

"Ada masalah bincang elok-elok.." kata Puan Fatihah lagi.

"Kami okay je,umi.Jangan risau,ye?" Izwan Farhan mula bersuara.

"Kalau kamu berdua okay,baguslah.."

Puan Fatihah memandang wajah menantunya.

"Ain okay?"

Ain Farhana memandang wajah ibu mertuanya.Dia cuba berlagak selamba.

"Err..Ain okay je,umi.." balasnya.

Airin Izzati yang berada di atas ribanya dibetulkan duduknya.

"Macam mana nanti waktu kami pergi umrah?Siapa jaga budak-budak ni?" soal Puan Fatihah.

"Erm..tu yang Iz tengah fikir.."

Itu satu lagi masalah.Siapa yang akan menjaga kedua-dua anaknya semasa kedua orang tua dan mertuanya ke tanah suci nanti?Sudahlah dia dan isterinya itu kerja.

"Hurm..nak suruh kakak kamu jaga,dia kerja.."

Puan Fatihah terfikirkan anak sulungnya yang tinggal di Johor.

"Kalau kita suruh Aiman jaga boleh kan?" cadang Ain Farhana.

Izwan Farhan sudah memandang ke arah sebelah.Tidak bersetuju dengan cadangan isteri tercinta.

"Aiman?Siapa tu Ain?" ujar Puan Fatihah ingin tahu.

"Aiman tu kawan kami waktu sekolah.Bapa tunggal.Lagipun,Aiman kerja sendiri.."

"Umi sebenarnya tak kisah.Janji orang tu boleh jaga cucu-cucu umi dengan baik.."

"Perlu ke babitkan Aiman dalam hal ni?" sampuk Izwan Farhan tidak puas hati.

"Salah ke kita suruh Aiman?Abang tak nampak ke yang dia seorang bapa yang baik?" balas Ain Farhana turut tidak puas hati dengan suaminya.

Setiap kali cakap pasal Aiman,ada sahaja benda tidak kena.

"Habis abang bukan bapa yang baik lah?"

"Ain tak kata macam tu pun.."

"Kenapa kamu berdua ni?" tegur Encik Izman pula.

Dua-dua terdiam.

"Iz rasa suruh Airina je lah yang jaga mereka.."

"Siapa pula Airina ni?" soal Puan Fatihah.

Ain Farhana memandang suaminya.Sudah lama dia tidak mendengar nama itu.Tiba-tiba sahaja suaminya menyebut nama itu kembali.

Mereka kembali berhubung ke?

"Airina tu guru ganti kat tadika Airil.Iz kenal Airina dengan suami dia.Kawan lama Iz.." terang Izwan Farhan.

"Bagus juga cadangan kamu tu,Iz.Umi ikut je.."

Ain Farhana hanya mendengar.Dia tidak setuju Airina menjaga putera dan puterinya.Sudahlah ada hati pada suaminya sewaktu zaman persekolahan dulu.

Huh!



My Cousin..I LOVE YOU 2 Where stories live. Discover now