08

674 75 164
                                    

Kuroo menatap skrin handphone miliknya. Selalu waktu-waktu macam ni gadis dari Miyagi itu selalu spam dia. Tapi harini, dari pagi sampai ke malam senyap. Tak dapat mesej langsung. Dan ianya amat meresahkan lelaki berambut hitam itu.

Kuroo berjalan mengelilingi biliknya. Tak cukup dengan tu, dia keluar bilik lepastu pergi dapur, pergi ruang tamu, jenguk ayam jantan yang dia bela kat luar rumah, masuk rumah balik, buat push up sikit, ha baru masuk bilik dia balik. Tapi dia still rasa tak sedap hati.

" Apa jadi dengan aku ni? " Kuroo menghumbankan badannya ke atas katil dan menekup kepalanya dengan dua bantal. Dia menjerit sekuat hati. Selang beberapa minit, dia duduk di atas katil.

" Dia bukan girlfriend kau la, baka. Yang kau sampai rasa nak mati ni dah kenapa? " Pipi ditampar sekuat hati. Kuroo terbaring sambil mengusap kedua-dua pipinya. Hah itu la, tampar lagi pipi tu kuat-kuat. Nasib tak bengkak.

" Ah! Mesej je la dulu. Bukan ada apa pun. Selalu dia je yang mesej aku dulu " Kuroo mencapai telefonnya yang ada di atas meja belajar. Kalau orang lain tengok ni, sah diorang panggil Kuroo gila sebab cakap sorang-sorang.

Beberapa patah perkataan dihantar sebagai pembuka bicara. Pembuka bicara kau, AHAHAHAHAHAHA. Selang beberapa minit, Y/N membalas mesejnya.

" Is she okay? " Kuroo menggaru kepalanya setelah melihat mesej yang baru diterima. Y/N hanya membalas mesejnya sepatah-sepatah.

" Selalu kalau perempuan reply macam ni Brokuto kata diorang tengah badmood " Kuroo mendiamkan diri di atas katil sambil memegang handphonye. Dia ingat lagi waktu Bokuto cerita kat dia pasal kakak-kakak dia tengah badmood. Macam tu la diorang reply, macam nak tak nak je.

" How to comfort her tho? " Kuroo menyilangkan kedua tangannya ke dada sambil dahinya berkerut cuba memikirkan cara yang sesuai untuk menenangkan Y/N. Dia memandang skrin telefon semula.

" Cuba je la dulu " Ikon telefon ditekan dan nombor gadis itu didail. Jangan tanya kenapa Kuroo hafal nombor telefon Y/N.

" H-helo? " Suara dihujung panggilan menyahut. Kuroo terdiam buat seketika. Mendengar suara Y/N, Kuroo rasa jantung dia dah nak tercabut. Dah sebulan lebih diorang chat, tapi tak pernah call. Entah kenapa, Kuroo rasa happy bila dengar suara gadis itu.

" Are you okay? " Soal Kuroo. Kedengaran bunyi sedu di hujung panggilan. Dan Kuroo pun panik buat kesekian kalinya.

" I just have a rough day " Jawab Y/N. Kuroo tersenyum kecil.

" Cerita la kat saya. Saya ada dengan awak " Habis saja Kuroo mengucapkan ayat tersebut, bunyi tangisan dihujung talian kedengaran makin kuat. Kuroo menadah telinga, mendengar luahan hati gadis itu.

Setelah selesai sesi luahan, mereka berdua bersembang mengenai pelbagai topik. Cakap pasal sekolah la, buat lawak la, karaoke la. Macam-macam la.

" Tau tak macam mana date oxygen dengan potassium? " Here we go again with the chemistry jokes.

" It went OK, bro " Y/N dan Kuroo tergelak. Hanya diorang je yang faham chemistry jokes. Kalau dengar kat Tobio ni mau dia kata kembar dia ni tak betul.

Perbualan mereka berlanjutan hingga 5 jam. Nasib la Kuroo dan Y/N takde latihan volleyball esoknya.

" Lepas ni kalau ada masalah ke apa ke, just share with me, okay? I'm here with you " Ayat yang keluar dari mulut Kuroo itu membuatkan Y/N tergelak.

" Aye aye , sir! " Y/N membuat tabik hormat. Macam la Kuroo yang kat Tokyo tu boleh nampak HOHO. Kuroo tergelak.

" Dah, pergi tidur " Kata Kuroo sambil matanya melirik ke arah jam dinding di biliknya. Dah pukul 4 pagi kau.

" Baik! Oyasumi, Tetsurou "

" Oyasumi, Y/N-chan " Talian diputuskan. Telefon dicampak perlahan. Kuroo meletakkan lengan pada dahinya. Satu senyuman terukir dibibir.

" I think I fall in love with her "

.

.

chile, anyways SO

Who's your comfort character in haikyuu? Feel free to share with me \(^0^)/

Who's your comfort character in haikyuu? Feel free to share with me  \(^0^)/

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

I don't know why but I love him so much 😔✊🏻

[ C ] unknown number | kuroo tetsurouWhere stories live. Discover now