24

469 51 102
                                    

Y/N mendengus kencang. Pintu bilik yang diketuk dari tadi dijeling sekilas. Ni mesti Tobio ni. Dia membiarkan Tobio diluar pintu bilik.

" Wei Y/N, bagi la aku masuk. Kau tak rindu aku ke? " Y/N memutarkan bebola matanya. Sejak bila kembar dia ni jadi drama king dia pun tak pasti. Macam baru first time pergi training camp pulak.

" Pintu tu tak kunci. Masuk je la " Dengan malas Y/N duduk di atas katil. Manga Jujutsu Kaisen diletakkan di tepi. Y/N membetulkan rambutnya sedikit.

Pintu bilik ditolak. Maka terpampanglah muka Tobio si rambut blueberry tu. Kedua-dua tangan lelaki itu diletakkan dibelakang, seolah-olah menyorokkan sesuatu daripada kembarnya.

Y/N menyengetkan kepalanya sedikit. Curiga dengan tingkah laku Tobio yang dianggap pelik itu.

" Kau tak penat ke? Kau dah la baru balik dari training camp " Ujar Y/N, risau akan kesihatan Tobio. Perjalanan dari Tokyo ke Miyagi mengambil masa yang agak lama.

" Aku sihat je la, penat sikit je. Ni aku datang nak bagi kau something " Tobio berjalan menghampiri Y/N yang sedang duduk bersila di atas katil. Mata Y/N terbuntang.

" SEJAK BILA KAU RETI BELI HADIAH UNTUK AKU NI? SUSAH II JE BELIKAN " Y/N mengusik kembarnya. Tobio mengetap bibir. Sakit pulak hati ni.

" Bukan aku yang bagi la, boke. Orang lain yang bagi " Dahi Y/N dijentik. Y/N mencebik.

" Siapa pulak yang baik sangat nak bagi aku hadiah ni? " Y/N mengusap dahinya yang baru sahaja dijentik oleh Tobio. Tobio menyengetkan bibirnya sedikit.

" Kau tengok la sendiri. Aku nak tidur. Bye bye imouto " Selamba Tobio menolak barang yang disorokkan di balik badannya itu ke arah Y/N. Gadis itu menyambut hulurannya sambil terpinga-pinga.

" WOI AT LEAST EXPLAIN— " Tak sempat Y/N menghabiskan ayatnya, Tobio sudah hilang dari pandangannya. Y/N menghempaskan keluhan. Kemudian matanya beralih ke arah objek yang berada dipegangannya.

Jambangan bunga ros merah itu ditatap. Macam tahu ii pulak yang Y/N suka ros. Y/N membelek-belek jambangan itu.

" Ada coklat! " Gadis itu terjerit kecil. Pantang betul kalau nampak coklat. Y/N cuba memgambil coklat yang terselit di celah ii bunga itu dengan berhati-hati. Dan secara tak sengaja, ada bunyi benda jatuh ke lantai.

" Eh? " Y/N menjenguk ke arah lantai. Kelihatan satu karung kecil bersama satu kad kecil berada di atas lantai.

Y/N meletakkan jambangan bunga itu disisi lalu karung kecil dan kad itu dikutip. Kad kecil itu dibuka lalu dibaca isi kandungannya.

I am a chemist. Want to get together and see the reaction?
- your future husband <3

Bibir Y/N membentuk sebuah senyuman apabila membaca ayat yang tertera pada kad itu. Hanya seseorang sahaja yang muncul difikirannya sekarang ini. Siapa lagi yang gilakan subjek chemistry kalau bukan dia? Your future husband? Berani betul tulis macam tu.

Y/N mengucup kad itu lalu diselitkan di celah-celah bunga ros itu. Karung kecil itu dibuka lalu isi dalam dikeluarkan. Mata Y/N menjadi dua kali ganda besar. Sah, Kuroo memang dah gila!

Y/N terjerit apabila melihat sebiji butang di dalam karung itu. Pantas dia menutup mulutnya, takut jeritannya menganggu jiran tetangga. Dia masih lagi tidak percaya. Kuroo ni memang terlebih berani.

Butang baju itu ditatap. Senyuman Y/N makin melebar. Dibelek-belek butang baju itu buat beberapa kali sebelum dimasukkan ke dalam karung kecil itu. Senyuman tidak putus-putus menghiasi muka Y/N. Y/N meletakkan kesemua hadiah yang diterimanya itu diatas meja belajar.

Seusai itu, dia kembali baring di atas katil. Y/N menekup mukanya sambil berguling-guling. Gembira dan teruja, dua perkataan itu amatlah tepat untuk mengungkapkan perasaan Y/N sekarang ini. Y/N menjerit kecil.

Disebalik pintu bilik Y/N, Tobio bersandar di dinding sambil tersenyum mendengar jeritan milik si kembar. Gembira hatinya apabila mengetahui Y/N bahagia.

' Please take care of her, Kuroo-san '

.

.

.

Sesungguhnya saya pun berfangirling waktu type chapter ni— bye 🚶

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sesungguhnya saya pun berfangirling waktu type chapter ni— bye 🚶

[ C ] unknown number | kuroo tetsurouWhere stories live. Discover now