[17 happy ending hehe]

1.8K 236 90
                                    

a/n: kalau nak feel lagi, sila bukak lagu sedih sedih namapos. Reading happy *suara haechan*

3 years later....

Surat ini kutujukan pada seorang lelaki iaitu Huang Renjun. Seorang lelaki yang sangat tabah walaupun sudah kehilangan orang yang dia sayangi. Seorang lelaki yang tidak kenal erti putus asa biarpun sudah penat. Seorang lelaki yang sudah cukup menderita di atas bumi yang kejam. Sungguh dunia ini terlampau kejam untukmu.

Renjun, biarpun perkenalan antara aku dan kau hanya sementara, tapi ianya sangat bermakna buatku. Aku sempat berkata ayat ayat manis untukmu.

Aku tahu kau kuat menjalani kehidupan. Kau paling banyak menderita berbanding dengan diriku. Tanpa kau sedari, kaulah kekuatan untuk diriku.

Biarpun kau tidak mengenaliku dengan lebih lagi, sekurang kurangnya kau tahu tentang kewujudanku. Itu sudah cukup membuatku bahagia.

Renjun, kenapa kau memilih untuk pergi?

Tidak dapatkah kau bertahan untuk lebih lama lagi? Masih ramai orang yang menyayangimu, Renjun.

Kau tidak keseorangan didunia ini.

Mesti kau bahagia sekarang. Ditemani dengan orang yang kau sayang.

Aku tertanya tanya bagaimana dengan keadaan kau sekarang. Adakah kau sudah makan atau belum. Kau bahagia atau tidak. Adakah kau masih mengingati kami didunia ini yang masih menjalani kehidupan.

Renjun, biarpun kau cuba untuk membahagiakan orang lain, kau terlupa tentang dirimu sendiri.

Kau membiarkan dirimu sakit.

Kenapa?

Kenapa kau sanggup membiarkan mereka bahagia sedangkan kau tidak? Kau hidup dalam kesedihan, Renjun.

Tapi aku tidak dapat menghalang kau untuk pergi. Kerana bagi kau itulah satu satunya cara untuk membuat kau bahagia.

Aku harap kau bahagia disana, Renjun.

Salam sayang daripada, Haewon.

"Mama." Aku menoleh kearah suara anak kecil yang berlari kearahku. Senyuman lebar terukir dibibir. Pen diletakkan diatas meja.

Tanganku didepakan untuk memeluknya. "Kenapa sayang?"

"Papa suruh mama cepat bersiap." Rambut hitam anak kecil itu diusap. Aku memandangnya sebelum mengangguk.

"Ye. Bagitahu papa tunggu kejap tau. Hati hati turun tangga." Anak kecil itu ketawa kecil sebelum berlari keluar dari bilik.

Rambut panjangku dielus ditepi telinga. Kertas berwarna kuning keputihan itu aku letak didalam sebuah sampul bercorakkan tahun 90' an.

Sedang aku sibuk mengemas peralatan menulis yang diguna ku tadi, tiba tiba ada satu tangan melingkar dipinggangku.

"Eh- aish buat orang terkejut je."

"Kenapa lama sangat?" Suara yang tidak seberapa garau berada betul betul ditepi telingaku.

"Jeno, awak ni macam lah tak tau orang ni macam mana." Ya. Aku sudah menikah dengan Jeno 2 tahun yang lepas.

Setahun sebelum renjun pergi meninggalkan kami. Dia pergi dengan tenang sekali. Langit seperti mengalu alukannya pergi.

Cuaca ketika itu cerah. Seperti Renjun. Ceria dan gembira orangnya.

Namun dia pergi kerana Tuhan sayangkan dia.

Jeno? Waktu itu dia sudah down. Akulah yang ditakdirkan untuk datang dihidupnya. Akulah yang menceriakan semula hari harinya setelah kedua dua sahabatnya pergi.

Aku bersyukur kerana dipertemukan semula dengan Renjun biarpun waktu itu Renjun sudah tidak bernyawa.

Pedih tapi itulah hakikatnya.

Keluarga renjun? Kini aku amat rapat dengan mereka. Aku tidak tahu bagaimana tapi ianya bagaikan magik. Mungkin juga aku ditakdirkan untuk rapat dengan keluarganya.

Keluarga renjun perlahan lahan menerima hakikat bahwa dia sudah pergi. Begitu juga dengan Sungchan. Siapa sangka kedua adik beradik yang sangat menjaga satu sama lain kini sudah pergi bertemu denganNya.

Jisung dan Chenle pula meneruskan hidup yang masih tersisa. Masing masing sudah berkerja.

Kun? Dia kini sudah berumah tangga dan pindah ke China. Cafe nya sekarang diambil alih oleh Chenle.

Tuan Huang dan Puan Huang pula bercerai. Masing masing fokus pada hidup masing masing. Yang tinggal hanyalah Jisung, Chenle dan Puan Huang.

Tuan Huang sudah lama tidak ada kabar berita.

"Haa mengelamun! Cium kang." Aku terus menampar bahu Jeno. Haaa kan dah kena.

"Eish cepatlah siap. Orang lapar ni. Tadi dia yang beria nak ajak orang makan luar." Jeno mencebirkan bibir. Eeee gediknya.

"Yelah yelah. Ni macam mana orang nak bersiap kalau awak peluk pinggang saya tak lepas lepas dari tadi?"

Jeno tersengih lalu memusingkan badanku menghadap kearahnya. Mata kami berdua bertembung. Jarak antara kami berdua makin lama makin dekat.

"HA MAMA PAPA BERMAKSIAT. BAGITAHU NENEK." Jeno segera melepaskan pelukan. Dia memandang tajam kearah anak basil daripada pernikahan kami berdua iaitu, Lee Dohyeon.

"Yaish melepas lagi." Jeno mengeluh. Aku sudah terkekeh-kekeh ketawa.

"Dahlah jom keluar."

Bagiku renjun sudah mengajar sesuatu yang besar. Terima kasih kerana muncul dihidupku biarpun untuk waktu yang sementara, Huang Renjun.

•••

secara officialnya eh tak belum official lagi..

•happy ending •

Jap sabar aku belum buat sad ending lagi. Hoho be prepare lah ye tisu sekotak. Bye love

 Bye love

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







broken home. -renjun ✓Where stories live. Discover now