[6]

2.1K 272 116
                                    

"Jisung-ah"

"Ape?"

"Serious ar mak kasi Renjun pergi pulau Jeju?" Chenle menanya. Jisung yang sedang meniarap atas katil memandang Chenle.

"Betullah. Kau jangan nak buat perangai. Aku tau apa yang kau buat dengan Renjun hyung haritu. Aku simbah kau guna air jugak baru kau tau." Sungchan menyampuk. Mereka bertiga melepak dalam bilik Jisung. Main game.

Chenle menggulingkan matanya. "Lantak kau la. Dia tu memang patut pun kena simbah. Menyusahkan." Sungchan tersentak. Jisung seakan-akan tahu apa yang akan berlaku sebentar lagi berdiri.

"Aish dah dah la Chenle. Kau kena ingat dia tu Hyung kau. Hyung kita. Dia tu tua lagi dari kita kau tau tak? Apesal kau berdendam sangat kat dia ha? Jijik sangat ke dia tu sampai kau hilang hormat kat dia?" Sungchan berdiri dihadapan Chenle. Chenle dengan selambanya menolak Sungchan kebelakang.

"Haah memang. Memang aku berdendam sangat kat dia. Aku benci dia ko tau tak? Kat sekolah, dia je yang selalu dipuji. Dapat result elok, terus mak ayah puji. Aku apa? Aku dapat result elok, ada ke mak ayah puji?" Segala yang tersimpan dihati dihamburkan. Sungchan berdecit.

"Sekali lagi aku dengar kau cari pasal dengan Renjun hyung, siap kau." Sungchan berlalu keluar dari bilik Jisung. Nasib Renjun sudah pergi beberapa jam yang lepas.

"Dahla Chen. Aku penat. Kau masuklah bilik kau sendiri." Jisung menolak Chenle keluar. Chenle terdiam seribu bahasa.

•••

"Seat kau kat mana weh."

"Depan kau. Asal?"

"Oh."

Renjun duduk di seat yang terletak ditepi tingkap. Disebelahnya kosong. Dia menoleh kebelakang. Terpampanglah muka Jaemin dan Jeno yang duduk bersama-sama.

Sedang dia sibuk memandang luar, tiba-tiba ada orang menyapa.

"Hai, boleh saya duduk? Maaflah mengganggu."

"Oh duduklah. Tak ganggu pun. Ni seat awak kan?" Renjun membalas pertanyaan gadis tersebut.

Gadis berambut hitam pendek lengan bahu itu mengangguk.

Ting!

Satu notification masuk kedalam phone Renjun. Renjun membuka phonennya lalu menekan notification tersebut.

Sungchan✌️

HYUNGGGGGG
Hyung ok tak?

Ok je.

Ye eh. Btw hyung dah naik flight eh

Dah. Hyung duduk tepi tingkap.
Best wooo🙈

Eleh
Nanti muntah baru tau.

Oi. Jangan doa.

AHAHAHHAHAHAHAHAHAH
Sorry🌚

Kau jangan lupa makan tau.
Jaga adik kau. Kembar ko tu jaga.
Aku takde seminggu nak jaga korang semua.

Ish tu biasa la.
Chan pandailah nak jaga Chen ngan Sung.
Chan pandai ok😙

Eleh. Eh dahla.
Nanti dah sampai hyung gitau.
Dia nak 🛫

Ohhh ok ok.
TAKE CARE AMUAH AGETWOO

Dah geli. Bye

Eleh bye
seen

"Adik eh?"

Renjun terkejut. Dia memandang gadis yang duduk disebelahnya. "Haah."

"Oooo. Sorry eh kalau saya terbaca conversation awak dengan adik awak."

"Oh takpe." Renjun janggal. Yelah. First time ada perempuan nak berborak ngan dia. Selalunya lelaki je. Yelah dia sekolah kat sekolah yang memang 100% untuk lelaki je. Kat rumah pulak adik-beradik semua lelaki. Itupun mak dia je perempuan. Agak janggal disitu.

"Btw nama awak ape?"

"Renjun. Huang Renjun."

"Oh Renjun. Saya Haewon." Haewon menghulurkan tangannya tanda mahu berjabat tangan. Renjun menyambut tangannya.

"Eh Haewon, awak buat apa nak gi Jeju?"

"Lari rumah." Jawab Haewon selamba sambil mengatur sealtbelt nya. Laju sahaja Renjun menoleh ke arah gadis tersebut.

Mak aih minah ni. Jauh betul lari rumahnya.

"Serious?"

"Iya serious. Buat apa nak tipu." Jawab Haewon memandang Renjun.

"Mak ayah awak tahu?"

"Dah nama pun lari rumah memanglah diorang tak tahu. Kalau saya bagitau, confirm saya takde kat sini." Jawabnya lagi. Haewon menghulurkan sebotol air mineral kepada Renjun.

"Nah. Dari tadi tanya. Buat basahkan tekak."

•••

"Eh jap. Aku rasa aku nak terberak la weh. Ko berdua tunggu sini tau. Jangan gi mana². Dahla airport ni besar gedabak." Kata Jaemin lalu menyerahkan beg galasnya pada Renjun. Hanya dompet dan phone yang dibawa.

Kot kot dia tersesat nanti bolehlah singgah Starbuck. Beli ais Americano 8 shots takde air. Fuh pahit bhai.

"Jeno"

"Hmm"

"Jomlah duduk. Lenguh kaki aku ni." Rengek Renjun.

Jeno mengajak Renjun duduk di kerusi yang khas disediakan. Lagipun kerusi tu terletak kat tempat yang senang ditengok. So, takdelah Jaemin susah nak cari nanti.

Jeno duduk lalu sambung bermain phonenya. Renjun pula memerhati sekeliling. Tiba-tiba matanya tertangkap wajah yang familiar.

"Eh tu Haewon kan." Sedang Renjun memerhati gadis yang berdiri diluar Starbuck. Tiba-tiba Jaemin menyapa.

"Oi. Jauh termenung. Tengok jodoh eh?"

"Pale otak."

•••

broken home. -renjun ✓Where stories live. Discover now