26

1.5K 66 6
                                    

Ezryn menanti berita dari Zain tetapi tak dapat apa apa panggilan dari Zain. Ezryn menjadi tak senang duduk, Mak Kiah yang risau dengan keadaan Arraz dan Ezryn usaha menelefon Zain tetapi tak diangkat.

Zain terus berjumpa dengan Doktor Fuad, doktor peribadi Arraz
"Fuad!" Panggil Zain
"Wey Zain! Kau pergi mana do!! Aku call kau kau tak angkat! Arraz accident" kata Fuad
"Aku baru tahu, tu pun aku jumpa kereta Arraz dekat tepi jalan. Dia macam mana??" Soal Zain
"Kau tak tengok dia ke??" Soal Fuad
"Nurse tak bagi aku masuk, dia cakap arahan family dia" kata Zain
"Jap, bukan haritu korang cerita mama dia dah buang dia ke??" Soal Fuad
"Ye tu yang aku pelik, family dia mana pulak" kata Zain
"Tak pe jom aku bawak kau, aku pun nak tengok dia" ajak Fuad

Zain mengikut Fuad masuk ke bilik Arraz, terdiam Zain melihat keadaan Arraz yang penuh dengan wayar dan bantuan pernafasan di sebelahnya
"Teruk ke dia ni??" Soal Zain dia tak mampu berfikir melihat sahabatnya yang terkaku berwayar dihadapannya
"Kaki dia patah, tangan dia retak, dada dia luka kena cermin tapi alhamdulillah tak kena mana mana organ dalaman, kepala dia pun sama. Serious aku bersyukur luka atau hentakkan yang dia alami tak ada merosakkan mana mana organ dalaman. Yang aku risau sekarang ni Arraz hilang banyak gila darah and darah yang ada dekat hospital ni tak cukup untuk dia, kau pun tahu darah Arraz ni rare" kata Fuad

"Kenapa ada bantuan pernafasan kalau kau cakap organ dalaman dia okay??" Soal Zain
"Dengan hentakkan yang jadi dekat dia, mungkin akan buat dia koma. Lagi pun dari lepas opration pernafasan dia tak stabil" kata Fuad
"Dia tak akan hilang ingatan kan??" Soal Zain itulah yang paling dia takut
"Insyallah tak, kita doakan dia" kata Fuad
"Sekarang ni, aku cuma perlukan darah AB negative je, itu yang penting sekarang. Aku tengok dia punya family cuma arwah papa dia je yang AB negative" kata Fuad

"Kau buat apa dekat sini?!!" Tiba tiba Datin Fazira masuk bersama Thiya
"Kau nak bunuh anak aku?!!" Tengking Datin Fazira
"Ulang balik!! Anak?!! Ni anak kau?!! Bukan kau dah tak ada anak?!! Anak kau kan dah mati!!" Marah Zain
"Keluar!!!" Halau Datin Fazira
"Baby" Thiya mengusap kepala Arraz
"Jangan sentuh dia!!!" Halang Zain
"Aku cakap keluar!!!" Halau Datin Fazira, Fuad membawa Zain keluar untuk mengelakkan pergaduhan menjadi lagi teruk dan takut mengganggu pesakit lain

"Macam ni, kau balik dulu aku boleh jaga dia. Apa apa aku call kau" kata Fuad
"Apa apa call aku terus, aku usaha cari orang yang darah sama dengan Arraz" kata Zain, Fuad angguk
"Bawak motor elok elok. Kirim salam dekat Ryn, Mak dengan budak budak tu, rindu pulak aku" kata Fuad, Zain angguk dan terus menunggang motor balik ke rumah Arraz

Ezryn terdengar jelas bunyi motor Zain terus berjalan ke ruang tamu
"Mana Rie??" Soal Mak Kiah. Zain mengarah mereka duduk dahulu baru Zain mula bercerita. Ezryn terdiam mendengar apa yang dikata Zain, Ezryn terbayang bagaimana dia mahu menjaga Armel, Arriz dan baby yang bakal lahir seorang diri
"Mak darah apa??" Soal Zain
"Mak darah A" kata Mak Kiah
"Ryn darah AB negative" kata Ezryn sebelum Zain menyoalnya
"Alhamdulillah, esok Ryn ikut abang eh" kata Zain, Ezryn angguk setuju

Sepanjang malam Ezryn tak boleh melelapkan mata asyik berfikir tentang keadaan Arraz. Keesokkan harinya, Zain dan Ezryn terus ke hospital
"Hi Ryn" ucap Fuad, Ezryn yang pertama kali betemu Fuad hanya senyum
"Ni Fuad, dia kawan Arraz merangkap doktor peribadi Arraz. Kita orang selalu lepak and dia kenal Ryn dah lama cuma tak berkesempatan jumpa je" kata Zain, Ezryn senyum pada Fuad
"Okay jom kita buat ujian sikit and kita ambil darah" kata Fuad
"Nak tengok abang Arraz dulu boleh??" Pinta Ezryn
"Boleh tu boleh, cuma sekarang dalam bilik Arraz ada mama dengan Thiya. Lepas kita settle ambik darah semua kita terus jumpa Arraz" kata Fuad, Ezryn angguk

Selesai mengambil darah, Fuad membawa Zain dan Ezryn ke bilik Arraz. Ezryn terduduk dan menangis melihat keadaan Arraz. Ezryn memegang tagan Arraz dan meletakkan di perutnya, baby bergerak.
"Baby rindu papa, papa kena bangun tau" kata Ezryn dengan teresak esak. Sedang Ezryn bersama Arraz, Datin Fazira masuk ke dalam
"Perempuan ni hidup lagi?!!" Marah Datin Fazira
"Dengar sini, aku nak kau tinggalkan anak aku" arah Datin Fazira
"Datin saya mengandung, saya perlukan abang Arraz" kata Ezryn
"Ada aku kesah?? Aku tak nak budak dalam perut tu jadi cucu aku faham!! Satu lagi, kalau kau berani tunjuk muka kau dekat depan aku atau anak aku, aku akan pastikan budak dalam perut tu dengan kau sekali hilang dari dunia ni atau senang cakap aku bunuh korang lah" ugut Datin Fazira

Zain dan Fuad yang mendengar kata kata Datin Fazira menahan amarah mereka. Macam macam rayuan yang dibuat Ezryn seinggakan dia mahu melutut di kaki Datin Fazira
"Ryn! Tak payah nak melutut dekat perempuan yang jilat ludah sendiri, jom kita balik" ajak Zain, Ezryn sempat memegang tangan Arraz dan terasa Arraz mengganggam semula
"Abg Fuad tadi Abg Arraz pegang tangan Ryn" kata Ezryn selepas keluar dari bilik. Fuad dan Zain saling berpandangan. Tak lama Datin Fazira memanggil Fuad menyatakan Arraz sudah sedar. Ezryn mahu masuk, tapi di halang Zain
"Ryn pregnant, nanti abang usha masa sesuai. Kita lawat Arraz lagi okay" kata Zain, Ezryn angguk walaupun dia ingin Arraz melihat dirinya dahulu

"Raz! Arraz!" Panggil Fuad, mata Arraz melilau
"Minta Datin dengan Puan keluar dulu ye" pinta Fuad, Datin Fazira dan Thiya keluar
"Kau rest dulu, nanti aku story dekat kau" kata Fuad, kemudian Fuad keluar bertemu Datin Fazira dan Thiya
"Ada apa apa jadi dekat anak saya ke??" Soal Datin Fazira, risau
"Daripada keadaan dia sekarang dia seperti hilang ingatan" kata Fuad




Satu satu, kesian Ezryn 😭😭
Stay tune for next part 😘

Jangan lupa like, share and comment tau 😉

Suamiku Cikgu Hantu ✔️✔️Where stories live. Discover now