3

2.1K 85 6
                                    

"Arriz makan lah" pujuk penjaganya
"Tak nak!" Ronta Arriz sambil membaling mainanya pada penjaga
"Budak ni kan!" Tangan penjaganya mula mencubit dan memukul Arriz
"Kenapa ni?!" Soal Datin Fazira
"Arriz ni datin dia tak nak makan" mengadu penjaga
"Arriz kena makan macam mana nak besar??" Pujuk Datin Fazira, Arriz geleng
"Dia tak nak makan awak pergi buat air chocolate lapik perut dia" arah Datin Fazira
"Baik datin" selepas mendengar ayat itu Datin Fazira keluar dari bilik Arriz, penjaganya mengambil kesempatan mencubit dan memukul Arriz melepaskan geram, meronta Arriz kesakitan

•••••

"Ezryn awak kerja dengan saya" kata Arraz
"Kerja dengan cikgu?? Kerja apa??" Soal Ezryn pelik
"Jadi pembancuh coffee dekat syarikat saya" jawab Arraz
"Tapi saya selalu datang lambat, nanti cikgu pecat saya" kata Ezryn
"Saya faham awak, kalau awak setuju awak mula esok" kata Arraz
"Tapi dekat mana??" Soal Ezryn
"Putrajaya"

"Tak apa lah cikgu, saya tak ada transport nak ke sana" tolak Ezryn
"Pasal tu saya uruskan saya cuma tanya awak nak atau tak nak??" Soal Arraz, Ezryn angguk
"Okay mulai esok akan ada driver ambik awak dekat sekolah" kata Arraz
"Tapi cikgu"
"Ikut je cakap aku!" Tegas Arraz, Ezryn tunduk
"Saya gerak dulu" kata Arraz dan terus keluar memandu kereta ke office

Tiba di office Zain terus meredah masuk ke bilik Arraz
"Woi!! Kau tak pandai ketuk pintu ke?!!" Marah Arraz
"Tak payah marah aku aku ni tengah marah kau!! Mana kau pergi?! Apasal kau tak masuk meeting?!!" Marah Zain
"Mulai esok kau gi sekolah aku ambik pekerja baru untuk pembancuh coffee yang kau berhentikan tu" kata Arraz

"Apasal sekolah kau?? Budak sekolah ke kau ambik??" Soal Zain
"Ye budak aku, ni satu lagi aku nak kau cari nurse lelaki uruskan bapak pekerja baru kita tu" kata Arraz
"Kejap kejap! Bila masa ada budak berani cakap dengan kau??" Soal Zain pelik
"Lantak lah, ni pasal meeting tu apa citer??" Soal Arraz, Zain mula menerangkan tentang meeting

•••••

Tepat pukul 6 petang Arraz mengemas barang untuk balik ke rumah. Sampai di rumah Arraz terus naik ke atas untuk melihat anaknya, Armel sedang fokus membaca dan Arriz pula sedang tidur dalam pelukan penjaganya dengan mulut yang comot, api kemarahan Arraz mula membara
"Hoi! Ada aku benarkan kau tidur dengan anak aku?!! Ni apasal anak aku comot dengan chocolate?!! Ada aku benarkan kau bagi anak aku makan benda manis?!! Kau baca tak syarat yang aku bagi?!! Hah?!!" Tengking Arraz
"Tak Encik banyak sangat" jawab penjaganya
"Aku nak kau kemas barang keluar dari rumah aku now!!!!" Tengking Arraz, menggelupur penjaga Arriz keluar dari bilik dan mengemas barangnya

Datin Fazira nampak kejadian itu hanya mampu geleng, Mak Yah juga ada di depan pintu bilik diarahkan untuk mencuci mulut Arriz. Arraz terus masuk ke bilik dan diikuti Datin Fazira
"Rie dia tak sampai sehari berkerja kenapa pecat dia?! Siapa nak jaga Arriz esok?!" Soal Datin Fazira
"Mak Yah" jawab Arraz
"Mak Yah ikut mama" kata Datin Fazira
"Nanti lah Rie fikir, ma Rie nak rest boleh??" Soal Arraz, Datin Fazira melangkah keluar faham maksud anaknya
"Close the door please!" Arah Arraz

Keesokkan harinya, Arraz terpaksa bawa Arriz ke sekolah dan tumpangkan Arriz di taska yang tersedia untuk guru walaupun dia tahu Arriz akan mengamuk dia terpaksa buat
"Cikgu ni Arriz saya tumpangkan hari ni sahaja, kalau dia mengamuk ke cikgu call je saya" pesan Arraz, guru taska angguk faham

Baru 30 minit Arraz meninggalkan Arriz di taska, sedang Arraz mengajar dia mendapat panggilan dari guru taska yang mengatakan Arriz mengamuk dan mula memukul diri sendiri. Arraz meninggalkan pelajarnya dan terus berlari ke taska

"Arriz!! Boy! Listen here!" Panggil Arriz sambil memegang tangan Arriz. Selepas Arriz tenang Arraz terus memeluk Arriz
"I'm here, don't hurt yourself boy" pujuk Arraz sambil melepaskan ciuman di pipi Arriz
"Cikgu tak apa lah saya bawak Arriz" guru taska hanya angguk membenarkan

Sejam sebelum balik adalah waktu Arraz bersama 5 Rajin, Arraz terpaksa mendukong Arriz sepanjang mengajar
"Boy stay here boleh?? Papa nak work" kata Arraz lembut
"Tak nak!!" Arriz mula mengamuk
"Okay, but I'm tired so can you sit on table??" Soal Arraz dan meletakkan Arriz perlahan lahan di atas meja, tangan Arriz tak melepaskan leher Arraz

Kelas 5 Rajin mula melangkah masuk ke dalam makmal, masing masing terus mengambil tempat dan memberi salam.
"Siapa tak siap kerja saya bangun! Sebelum saya check!" Arah Arraz, tak sangak Ezryn bangun dan menundukkan kepala. Kelas mula bersembang perlahan

"Mama!" Tiba tiba Arriz melepaskan pelukkan dan merangkak ke arah Ezryn
"Eh! Bukan" Ezryn menolak lembut badan Arriz, Arraz terdiam
"Papa! Mama lah!" Jerit Arriz dan tetap cuba memeluk Ezryn
"Boy come here" Arraz mencapai tangan Arriz

"Tak nak!" Arriz dapat memeluk leher Ezryn
"Arriz Tazzriq!! Kenapa nakal sangat ni!!" Marah Arraz, Ezryn kesian dengan Arriz bersuara
"Tak apa cikgu saya okay je" kata Ezryn
"Lepas habis kelas jumpa saya" arah Arraz, Ezryn angguk

Waktu balik semua pelajar keluar dari makmal dan terus ke pintu pagar sekolah, Ezryn tak dapat bergerak kerana Arriz nyenyak tidur di ribanya. Selesai mengemas barang Arriz, Arraz mendekati Ezryn dan mengambil Arriz yang nyenyak tidur
"Cikgu saya minta maaf sebab saya tak siapkan kerja cikgu" kata Ezryn
"Kenapa tak siapkan?!" Sengaja Arraz meninggikan suara
"Saya...saya terlupa" tipu Ezryn

"Jujur dengan aku!!!" Marah Arraz
"Saya jaga ayah saya, saya sempat siapkan ni je lepastu saya tertidur" jujur Ezryn
"Kan senang awak jujur dari awal, saya tahu masalah awak, tapi saya tak nak awak gunakan itu sebagai alasan untuk awak tak siapkan kerja sekolah, faham??" Pesan Arraz, Ezryn angguk faham
"Awak pergi keluar, ada kereta Mitsubishi warna Hitam, ikut dia nanti dia bawak awak pergi kerja. Nama dia Zain" kata Arraz, Ezryn angguk dan keluar dari makmal





Mama?? 😍😍
Stay tune for next part 😘

Jangan lupa like, share and comment tau 😉

Suamiku Cikgu Hantu ✔️✔️Where stories live. Discover now