5| Plan Devil VS Fairy

75 12 28
                                    

Kolar baju Dongheon ditarik Ratu Jeongyeon"Bunuh Puteri Sana sebelum majlis itu bermula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kolar baju Dongheon ditarik Ratu Jeongyeon
"Bunuh Puteri Sana sebelum majlis itu bermula. Jadi bunuhnya esok! Tiada siapa boleh lihat dia di majlis nanti! Dia perlu dilesapkan segera!" arahnya pada Dongheon

"Baik Tuanku"

Puteri Sana yang mendengarnya terkejut sehingga terjatuh terjelopok.
Ratu Jeongyeon dan Dongheon serentak menoleh ke arah pintu
"Siapa tu?"

Pantas Dongheon berlalu ke pintu dan menolaknya.
Kosong.
Dia kembali menghampiri Ratu

"Tuanku, bukankah majlis  itu bertujuan untuk mencari calon suami bagi Puteri Sana?"
Ratu Jeongyeon baru terfikir. Dia meraup wajahnya. Langsung dia tidak berfikir sebelum membuat keputusan.

Namun siapa peduli? Dia tidak mahu kalah dengan Sana. "Kecantikan beta lebih penting. Bunuh Puteri Sana" dia tetap dengan keputusan itu.

"Beri arahan kepada Dreamcatcher untuk hadir malamni. Wajah beta perlu dicantikkan lagi"
"Baik, Tuanku" Dongheon menunduk 90 darjah sebelum dia menjalankan kerjanya.

Puteri Sana berlari semula ke biliknya lalu pintu dikunci. Dia bersandar di situ dengan nafas tercungap-cungap.

Tock tock bunyi pintu diketuk
"Argh!" dia menjerit kerana terkejut bersulamkan rasa takut
"Tuanku, apa yang berlaku? Buka pintu ni" Ryujin menjadi risau

Puteri Sana segera membuka pintu dan menarik Ryujin masuk lalu pintu itu dikunci semula.
"Apa titah Ratu?" soal Ryujin namun Sana tak membalas. Dia menggigil dengan teruk sekali.

Ryujin menahan kedua-dua bahu Sana "Tuanku, apa yang berlaku?" dia merenung ke dalam mata Sana. Sejujurnya dia tak pernah nampak Sana begini

"Ratu- nak bunuh-  beta"
Mata Ryujin terbeliak mendengar kenyataan itu manakala Sana menjadi lemah dan jatuh pengsan pada Ryujin

"Ratu- nak bunuh-  beta" Mata Ryujin terbeliak mendengar kenyataan itu manakala Sana menjadi lemah dan jatuh pengsan pada Ryujin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bts dan Twice sedang berbincang cara untuk membalas dendam pada Ratu Jeongyeon, yang menyumpah mereka menjadi kerdil

"Kita kena curi tongkat dia. Benda tu yang menyimpan segala kuasa" kata Namjoon
"Tongkat tu besar, tinggi pula tu daripada kita. Mustahil boleh curi" kata Nayeon

[OG] Snow White 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐓𝐰𝐢𝐜𝐞¹²ᴰᵂᴬᴿᶠˢWhere stories live. Discover now