2|Kerajaan Daegu

132 24 26
                                    

Twice segera melangkah pulang ke rumah mereka dengan perasaan sedih meninggalkan Bts yang masih lagi tertawa

Tapi antara mereka, hanya seorang sahaja yang tak ketawa demi menjaga hati mereka bertujuh. . .

Namjoon. "Korang ni kejam betul lah" dia bersuara tegas pada ahli Bts. Mereka terus terdiam setelah di tegur Namjoon. "ermm Aku ikut Jhope. Dia gelak, aku gelak" Jin menunding jari pada Hoseok

"Asal aku pula?! Jimin lah" Hoseok menepuk bahu Jimin, menuduhnya pula "Ala... Gurau je. Itu pun nak sentap. Dasar perempuan lembik,hati tisu. Gurau sikit dah koyak." Jimin mencekak pinggang, geram

"Kook minta maaf" Jungkook bersuara perlahan sambil menunduk ke tanah jelas rasa bersalah. "Bukan salah kook, ini semua salah Jiminie pabo!! " Suga turut menyalahkan Jimin

Jimin hanya memutarkan bola matanya, malas nak layan "Aku tak kira, kita kena minta maaf dengan diorang" Arah Namjoon. "ishh.. Aku tak nak!" Jimin menghentak kaki bergerak pulang ke rumah meninggalkan mereka

"Woi Jimin! Kalau kau tak nak minta maaf, aku haramkan kau makan breakfast esok!! AH CHOOO! " Jerit Jin dengan marah.

"sudahla. Mari kita pulang. Kita bincang dekat rumah" ajak Namjoon. "okeyy"
Bts pulang ke rumah sambil menyanyikan lagu Home

*****

Kerajaan Daegu

Putera Taehyung melangkah ke balkoni biliknya setelah terdengar bunyi letupan mercun kuat di depan istana. Kelihatan rombongan dari Istana Busan telah tiba bagi menjodohkan dia dengan seorang Puteri cantik dari Busan.

Semua rakyat nampaknya meraikan ketibaan mereka dengan tepukan gemuruh berserta nyanyian spontan. Taehyung kurang berminat untuk dijodohkan dalam usia yang masih muda. Ketibaan Puteri Busan langsung tidak membuatkan dia teruja

4 orang Dayang Taehyung yang dikenali sebagai Blackpink mendekati Taehyung sambil menunduk hormat "Tuanku, Puteri Irene dari kerajaan Busan telah tiba. Permaisuri titahkan tuanku untuk menghadap baginda" Lisa bersuara sopan

Taehyung menoleh merenung wajah mereka berempat. "Ikutkan, korang lagi cantik daripada Puteri Irene tu" Taehyung bersuara memuji mereka membuatkan mereka berempat tergelak kecil dan tersenyum malu

"Tapi tak ada lah cantik sangat" sambung Taehyung meruntuhkan senyuman mereka. Taehyung memang terkenal dengan ayat savagenya. Siapa yang lemah pasti akan terdetik rasa nak bunuh Putera sorang ni

"Beta tak jumpa lagi perempuan yang betul-betul cantik dalam dunia ni. Beta yakin, korang semua ni muka biasa-biasa je. Dekat luar sana mesti ada yang memang cantik. Beta nak yang betul-betul cantik. Jatuh lah maruah beta kalau kahwin dengan Puteri berwajah biasa. Beta dah la handsome, tengok isteri, wajah biasa. Mana boleh" kata Putera Taehyung dengan sinis

Blackpink hanya terdiam dan menunduk ke bawah. Bobby pula masuk ke dalam bilik Taehyung seraya mendekatinya "Tuanku, Puteri Irene dari Busan telah tiba. Sila turun menghadap mereka" Arah Bobby, orang kanan Taehyung.

[OG] Snow White 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐓𝐰𝐢𝐜𝐞¹²ᴰᵂᴬᴿᶠˢWhere stories live. Discover now