BAB 17

481 96 305
                                    

Tit... tit...

Getaran telefon pintar di atas meja sebelah katil mengganggu tidur lenaku. Selalunya, aku takkan tertidur selepas Subuh. Tapi, nak buat macam mana jika kantuk lebih menguasai diri? Disebabkan 'berperang' semalam, sudahnya pagi ini aku rabak.

Lagipun, peperangan semalam hanya berhenti pada jam empat pagi. Itu pun, selepas Akmal versi Candy tertidur dan kami semua selesai membersihkan rumah yang sudah seperti dilanggar garuda saja gamaknya.

Tit... tit...

Sekali lagi, telefonku bergetar minta diangkat. Sebagai orang yang penyenyap, semestinya aku tak suka membunyikan nada deringan. Buat serabut saja, adalah. Aku kan, mana pernah sukakan kebisingan kecuali bunyi hiruk-pikuk bergasak.

Sudahnya, dengan malas, aku mencapai telefon tersebut lalu ikon terima panggilan kuselak laju. Tak payah melihat nama pemanggil, aku sudah tahu siapakah gerangan yang menelefonku.

"Fei Yang." Tanpa salam, si pemanggil menyapaku.

"Aku akan explain tugas seterusnya," tuturnya lagi.

Kata-kata pemanggil di talian kudengar separuh telinga. Seriuslah, aku masih mengantuk. Jadi, tak guna juga jika menerangkan tugas ketika ini. Ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Itulah aku jika mendengar ketika dalam keadaan mengantuk.

"Apapun, tahniahlah berjaya bawa Akmal ke rumah tu dengan jayanya." Si pemanggil berjeda.

'Alahai, bermukadimah pula orang tua ini!' Itu rasa hatiku apabila si pemanggil bagaikan sengaja pula meleretkan ayat. Terus kepada poin, tak boleh ke? Ah, aku bengang!

"Team kau dah lengkap. Jadi, aku nak kau bawa team kau ke Gunung Mulu, Sarawak dalam kadar segera," terang si pemanggil lagi.

'Gunung Mulu?' Aku masih mamai.

Namun, mataku terus terbuka luas sebaik sahaja otakku dapat menangkap nama tempat yang disebut. Terbang terus kantukku dibawa pergi oleh kejutan yang menyentak tangkai jantung. Seriuslah aku perlu mengembara ke gunung pula?

"Kau terkejut kan? Tak apa, aku boleh bayangkan muka kau macam mana sekarang. Terkejut ke terperanjat ke, muka kau sama saja. Tak ada perasaan," sambung si pemanggil lagi bagaikan tahu-tahu saja aku memang terkejut.

Cis, sedap benar nampaknya orang di talian mengutukku! Tapi, aku tak boleh juga salahkan dia. Memang sejak dulu sampai kini dan mungkin selama-lamanya, apa saja berita yang dibawa, aku menerimanya dengan riak muka tanpa perasaan.

Sudahnya, aku kembali memasang telinga mendengarkan taklimatnya. Tabah sajalah diriku sendiri. Nak buat macam mana, dah memang orang cop aku sebagai lelaki senyap tambah tiada perasaan. Good job, myself. Bangga sekejap.

"Memandangkan Dr. Hilmi dan isterinya Dr. Lilian membuat kajian terhadap formulasi herba beracun yang boleh dijadikan senjata biologi untuk kegunaan tentera kita, maka kajian mereka mengundang minat pihak luar yang tidak bertanggunggjawab," sambungnya lagi.

"Pasangan suami isteri ini diburu. Kerana itulah, mereka diberikan perlindungan oleh pihak kerajaan dengan cara dipelawa balik ke sini  atas nama untuk melakukan kajian di universiti," terangnya pula.

Mendengarkan itu, aku menghela nafas panjang. Patutlah bapa dan mama terburu-buru balik ke Malaysia pada 14 tahun lepas. Padahal, mereka berdua elok sahaja bekerja sebagai pensyarah sekali gus penyelidik di universiti terkemuka di negara China.

"Pihak kita memberikan perlindungan kepada mereka berdua dan anak-anaknya melalui cara menetap di perkampungan terpencil di negeri Sarawak. Jadi, di situlah mereka meneruskan kajian dengan kawalan pihak berkuasa," jelasnya lagi.

FEI YANGWhere stories live. Discover now