20

180 6 0
                                    

"Terima kasih bagi duit belanja, I really missed you. Balik lah cepat" tulis Milea walaupun dia tahu Zaaef tak akan balas tetapi setiap apa yang jadi padanya dia akan menceritakan pada Zaaef. Sedang Milea melihat gambar kahwinnya, tiba tiba Anas memberikan beberapa keping gambar. Terdiam Milea melihat gambar tersebut tetapi selepas dia meneliti betul betul gambar tersebut

"Ni ke lelaki yang kau setia sangat tu??" Tulis Anas
"Kau lupa aku kan video editor, aku boleh bezakan lah mana photoshop mana bukan"balas Milea
"Berapa lama lagi kau nak tunggu jantan tu??" Soal Anas
"Sampai aku mati aku akan setia dengan dia" kata Milea

Macam macam message dari Anas mengajak Milea berkahwin dengannya dan meninggalkan Zaaef tetapi Milea tetap dengan janji yang dibuat olehnya

----- 2 tahun kemudian -----

Setiap pagi jika Mirza dan Miraz tiada kelas, mereka akan menemani Latifah di laman untuk bercucuk tanam. Zaaef tahu itu kegemaran ibu mertuanya, Zaaef menyediakan laman yang kosong dan besar untuk Latifah. Sedang leka Mirza dan Miraz membantu Latifah, mereka terdengar bunyi loceng dan orang memberi salam

"Waalaikumsalam" balas Mirza dan terus ke pagar
"Kami datang membawa hajat" kata seorang lelaki dalam lingkungan umur akhir 50 tahun
"Jemput masuk dulu" ajak Mirza
"Apa hajatnya??" Soal Latifah selepas mereka duduk
"Kami datang untuk meminang" kata lelaki itu
"Meminang anak lelaki saya ke??" Soal Latifah
"Tak yang perempuan" kata seorang wanita
"Maaf menyampuk, meminang untuk siapa ye??" Soal Mirza

"Anas anak lelaki kami" jawab mak Anas
"Maaf, akak saya dah berkahwin" kata Miraz
"Tapi anak kami cakap, Milea kena tinggal setahun boleh lah mengadu dekat mahkamah minta cerai" kata bapa Anas
"Maaf!! Saya akan tetap dengan suami saya!! Tolong bagitahu dekat anak encik jangan kacau saya lagi. Kalau dia tetap berdegil saya tak akan teragak agak report polis!!" Marah Milea
"Anak saya betul betul suka kan awak! Awak halau kami!!" Marah mak Anas

"Macam ni lah, abang ipar saya bukan tinggalkan kakak saya macam tu saja tanpa bagi nafkah, tapi dia tetap bagi nafkah dan dia tetap uruskan semua benda seperti biasa dan kami langsung tak rasa terbeban. Kalau anak puan mampu bagi hantaran 3 juta, urusan perkahwinan 5 juta, bayar yuran Uni kami berdua sebulan 12 ribu, urusan hospital mak saya 400 ribu sebulan, bagi kami banglo lagi besar dari ni dengan laman yang besar, duit belanja kakak saya setiap bulan 1 juta. Kalau boleh bagi semua tu kami setuju" kata Miraz

"Mata duitan rupanya keluarga ni!!" Marah bapa Anas geram dengan sikap Miraz
"Kami memang mata duitan, ye lah kami hidup susah, bila abang ipar kami datang dalam hidup kami siap offer nak tanggung semua perbelanjaan kami gila tak setuju. Kami hidup goyang kaki kot" kata Mirza, sambil tersengeh
"Aku bersyukurlah aku tahu benda ni sebelum anak aku kahwin dengan perempuan ni" kata Mak Anas
"Dah tahu kan?? So tak mampu boleh dipersilakan keluar, nanti kotor pulak rumah yang bernila 2 juta ni" kata Miraz, mereka bangun dan melangkah keluar dari rumah

"Puan nanti pesan dekat anak puan tu, tak ada duit tak payah sebok nak kan kakak saya ni" kata Mirza
Mereka terus meninggalkan rumah dengan keadaan marah. Mirza dan Miraz terus membuat 'hi five'
"Sebok sangat nak kan kakak aku" kata Mirza
"Terima kasih adik adik akak" ucap Milea sambil memeluk dua adiknya
"Anas tu ke yang selalu kacau kakak??" Soal Latifah, Milea angguk
"Dah la mak, dia orang dah bla jom kita sambung berkebun" ajak Mirza
"Miraz tolong akak dekat dapur" kata Miraz, Milea angguk

***

Seminggu selepas kejadian itu, Anas tetap tidak mengalah dan berhenti disitu sahaja, dia tetap mengganggu Milea. Mirza ada mencadangkan untuk Milea menukar nombor phone tetapi Milea tidak setuju kerana dia risau jika Zaaef menelefonnya satu hari nanti. Anas pula setiap kali dia di block Milea dia akan membeli nombor baru untuk mengganggu Milea dan dia selalu ke rumah untuk mengintai aktiviti Milea. Tetapi selepas kantoi dengan Mirza, Anas tidak lagi dibenarkan masuk ke taman perumahan itu

"Assalamualaikum" ucap Umar
"Waalaikumsalam" balas Milea
"Sedapnya bau!" Puji Zahiriena
"Dadi tak cakap nak datang" kata Milea
"Ikutkan Dadi je nak datang tapi dua orang ni nak mengikut, rindu masakkan Milea katanya" kata Umar, Milea tersenyum
"Milea tak masak lagi, tengah tunggu Mirza dengan Miraz balik Uni beli barang basah" kata Milea
"Hari sabtu dia orang ada kelas ke??" Soal Iqmal
"Study group katanya" kata Milea

"Duduk dulu lah, Milea buat air dulu" kata Milea
"Meh Riena tolong akak" kata Zahiriena. Selepas mereka ke dapur, Mirza dan Miraz memberi salam
"Eh ramainya!" Terkejut mereka
"Sihat??" Soal Umar
"Alhamdulillah, Dadi??" Soal Mirza
"Alhamdulillah" kata Umar
"Miraz hantar barang jap" kata Miraz
"Miraz, hantarkan kek dengan air tu kat depan" arah Milea, Miraz terus mengambil dulang dan menghantar ke depan

"Nah, minum dulu. Kek ni akak yang buat" kata Miraz, sambil menuang air ke dalam cawan
"Milea buat??" Soal Iqmal, Miraz angguk.
"Sedap bang" kata Mirza sambil memimpin Latifah keluar dari bilik
"Mak, sihat??" Soal Iqmal
"Sihat, kamu pun tembam" kata Latifah
"Mana tak tembam kak, mengunyah je kerja dia" kata Umar, Iqmal hanya diam. Kemudian Mirza, Miraz dan Iqmal keluar ke laman dan hanya tinggal Umar dan Latifah bersembang berdua

"Milea macam mana??" Soal Umar
"Macam tulah, hari hari message Iman" kata Latifah
"Umar tak kesah apa yang dia buat sekarang ni, tapi bila dia tinggal Milea macam tu kesian pula" kata Umar
"Kesian memang kesian, tapi pada akak dia masih tanya khabar tetap dengan tanggungjawab dia extra lagi tu, akak okay je" kata Latifah
"Tapi awal sangat kak" kata Umar
"Dah itu takdir dia orang" kata Latifah, Umar sentiasa diselubungi rasa bersalah apabila memikirkan tentang Milea yang ditinggalkan

"Dengar cerita Milea kena kacau" kata Iqmal
"Haah, tu yang kita orang lepas kelas terus stay rumah, kakak pun kita orang tak bagi keluar dah" kata Mirza
"Siapa yang kacau??" Soal Iqmal
"Ex akak"










Mahal jugak eh Milea ni 🤣🤣
Stay tune for part 21 🤗🤗

Jangan lupa like, share and comment tau 😉😉

Cinta Lapangan Terbang ✔️✔️Where stories live. Discover now