IL • 일

35 4 0
                                    

Dari jauh, seorang perempuan kelihatan sedang menyidai kain yang baru sahaja dibasuhnya. Jadi langkahnya dibesarkan untuk segera sampai berhampiran. Ada amanah yang perlu dia sampaikan.

" hi, kak Minhwa " sapanya mesra. Minhwa yang sedang menyidai kain itu terhenti perbuatannya.

" eh, Sungchan. Kenapa datang sini ? Nak jumpa ayah akak ke ? " soalnya. Laju Jung Sungchan menggeleng.

" Chan nak jumpa akak. Akak ada masa tak ? Boleh kita cakap sikit ? "

Minhwa terdiam sejenak. Duduk berdua-duaan dengan Sungchan ? Bukannya dia tak tahu dia jadi bahan umpatan di Kampung ini. Katanya sebab Minhwa rapat dengan Hendery lah punca tunangnya mati. Sekarang dia sedaya upaya cuba mengelak jika dia bertembung dengan Hendery. Dia tak mahu Hendery terlibat. Dan juga Minhwa seboleh-bolehnya tidak mahu berbual dengan pemuda-pemuda kampung yang lain.

" erm akak . . . "

" akak ajaklah ibu akak sekali. Chan tahu, akak mesti risau pasal orang kampung mengata kan ? Takpe kak  , akak tahu apa yang akak buat. Akak jangan pedulikan mulut orang kampung ni. Mereka kalau mengumpat, dunia nak kiamat baru nak berhenti agaknya. "

" erm.. Okay . Chan tunggu kejap "

___

" oh, Sungchan rupanya. Kamu apa khabar. " ramah ibu bertanya kepada pemuda itu.

" sihat, makcik. Makcik dan pakcik apa khabar ? Sihat ? Kak Minhwa ? Abang Hyunjin semua sihat ke ? "

" syukur semua sihat . Cuma . . . Kak Minhwa kau tu je lah. Risau makcik tengok dia. Makan tak berselera. Sikit hari lagi dia nak bersalin. Makcik dah tak tahu nak buat apa lagi "

Keluh ibu, sendirian. Pada ketika itu Minhwa keluar membawa dulang air dan sedikit ubi rebus bersama gula.

" jemput makan, Sungchan. Ini je yang ada." Pelawa ibu. Minhwa mengambil yempat di sebelah ibunya.

" terima kasih makcik , kak Minhwa . Jemputlah makan sekali "

Minhwa dan ibunya menggeleng, kemudian tersenyum. Setelah Sungchan habis menyisip teh yang dia sediakan , terus Minhwa bertanya.

" kenapa Sungchan nak jumpa akak ? Ada apa-apa ke ? "

Sungchan mengangguk. Segera dia mencapai sesuatu dari dalam poket bajunya lalu diserahkan pada Minhwa.

" surat . . . ? "

" daripada abang Yukhei "

" Yukhei . . . ? "

" abang Yukhei amanahkan Chan untuk serahkan surat ni pada akak kalau ada apa-apa berlaku pada dia. " jelas Sungchan. Minhwa mengangguk.

" te - terima kasih . .

___

Awal-awal Minhwa sudah mengunci diri dalam bilik. 2 surat tadi diletakkan di atas meja solek. Tertera nama pemilik surat di situ iaitu namanya dan juga Hendery. Surat miliknya dicapai dan dibaca bait perkataan.

Dear Minhwa <3

Kalau awak baca surat ni, tepat 100 hari saya pergi. Saya harap awak tak terlampau sedih, kesian dekat Minhee.

Minhwa,

Saya minta maaf tak dapat ada dekat sisi awak. Saya minta maaf tak dapat besarkan Minhee sama-sama. Saya minta maaf biarkan Minhee tak berbapa. Saya minta maaf . . . . . Untuk semuanya. . .

Saya harap awak terus kuat hadapi semua cabaran ini. Saya tahu bukan mudah untuk awak lalui semua ini. Besarkan anak tanpa suami. Dan Minhee akan membesar tanpa ayah.

Awak ada terima surat untuk Hendery sekali kan ? Saya nak minta tolong awak bagi surat tu pada dia, dan

Ini mungkin surat terakhir saya untuk awak. Saya minta maaf untuk segalanya. 사랑해 황 만화. 영원히 .

Hwang Wookhee  , 12 Mac Tahun 1945.

Surat itu digenggam. Kepalanya disandarkan di almari. Minhwa dah tak mampu nak menangis. Air mata dia sudah kering. Tetapi hatinya rasa sakit yang amat sangat.

Tak terasa, rupanya sudah 100 hari Yukhei pergi tinggalkan dia. Rupanya sudah 3 bulan tunangnya sudah tiada.

" Minhwa, get yourself together. Kau tak boleh lemah macamni. Kau boleh hadap semua ni. Kau boleh besarkan Minhee sorang-sorang "











Dear, Lucas • WWII
Ver.° Hendery

ⓒ Rkivetaekook | 2021.

[C] Dear, Lucas • WWII Ver. + Season 2 ° HenderyDonde viven las historias. Descúbrelo ahora