SAM • 삼

21 2 0
                                    

Sudah 3 bulan berlalu sejak Minhee dilahirkan, bermakna hari ini genap 3 bulan umur Minhee. Anak lelakinya membesar dengan sihat dan sangat comel.

Minhwa juga hampir tamat tempoh berpantang. Minhwa dijaga dan dibantu ibunya sendiri serta ibu Hendery untuk menguruskan pemakanan, segala jenis urutan selepas bersalin dan juga urusan harian Minhee. Minhwa amat bersyukur kerana ramai yang membantunya.

Minhee yang berada di pangkuannya dipeluk geram. Badan tembam anak-nya di gomol-gomol sepuasnya.

" ohoiiii Min ! Minhee ! Pakcik datang ni "

Sayup di luar kedengaran suara Hendery di luar.

Hendery juga sudah berubah. Dia tak lagi jadi kutu rayau malam-malam duduk melepak main gitar dengan pemuda-pemuda kampung. Hendery kini ringan tulang membantu ayahnya menguruskan sawah padi, tanaman pokok getah dan urusan kedai runcit yang dimiliki. Mungkin dia dengar saranan Minhwa.

" pakcik Dery dah datang lah. Jom pergi dekat dia "

Minhwa bangun sambil menggendong Minhee dan menuju ke ruang tamu. Pintu rumah dibuka dan terpampang lah muka kacak Hendery.

" Minhee ! " tanpa dijemput, Hendery terus meluru masuk dan menerpa Minhwa. Minhee yang berada dalam pelukan Minhwa direbut.

" Dery ! " marah Minhwa. Minhee baru sahaja menyusu, Minhwa belum sendawakan dia lagi. Takut nanti dia —

" uwek — "

" aaaa Minhee ! Kenapa muntah kat baju pakcik ?? " jerit Hendery.

Kan dah cakap. Minhee dah muntah dekat baju Hendery.

" 바보 punya pakcik Hendery ! Sini bagi Minhee balik. Kau pergi tukar baju. Ambik baju Hyunjin atau Yukhei. Baju yang kena muntah tu letak dalam bakul. Nanti aku basuh dan pulangkan balik "

Muncung Hendery bila dia dimarahi. Minhee bertukar tangan dan segera menuruti perintah Minhwa.

10 minit kemudian, Hendery sudah siap menukar baju. Dia kembali mendekati Minhwa.

" nak dukung " pinta Hendery. Minhwa kembali memberi Minhee.

Gelagat Hendery yang bermain dengan Minhee hanya diperhati. Nampaknya, Hendery memang betul-betul dan berubah.

" Dery, kau suka budak-budak ? " soal Minhwa. Hendery mengangkat muka memandangnya, kemudian tersenyum.

" suka "

" kenapa dulu kau macam tak suka budak-budak ? "

" entah lah, Min. Mungkin sebab dulu aku pun perangai masih macam budak-budak kot HAHAHAHAHAHAHAH "

Eh tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba Hendery tergelak dengan lawaknya sendiri. Celah mana yang lawak pun Minhwa tak tahu.

" kahwin lah. Ada anak sendiri. Kau tak payah main dengan anak aku dah "

Hendery tiba-tiba terdiam. Senyuman di wajahnya juga pudar.

" oh ya, Min. Aku nak jawapan kau. Kau minta masa 2 minggu untuk berfikir kan ? Aku dah bagi masa tambahan lagi 10 minggu ataupun 2 bulan lebih. Apa jawapan kau ? " soal Hendery. Minhwa pula terdiam.

Dia terjerat dalam soalan sendiri ke ?

" um .... "

" aku ..... Entahla Dery. Kau masih tunggu aku juga ke ? "

Hendery mengangguk. " ini mungkin nampak memalukan tapi jawapan aku ialah ; ya. Aku masih tunggu kau Min. Aku tak kisah yang kau dah pernah kahwin ke, dah ada anak ke, aku sedia terima kau. Kau ingat senang ke aku nak hilangkan perasaan ni ? Dari zaman sekolah Min. Zaman sekolah "

Minhwa menggigit bibir. Hendery dan Minhee dipandang silih berganti.

" aku ... Dah fikir yang mungkin kita boleh ikut permintaan Yukhei TAPI ini semua untuk Minhee. Aku taknak dia membesar tanpa ayah. Kau tahu kan, Yukhei pun membesar tanpa ayah ? Aku taknak Minhee rasa benda yang sama "

Hendery mengangguk.

" jadi ... Jawapan kau ? Kau — "

" ya, aku terima kau " Minhwa menunduk.

" tapi Dery, mungkin ambil masa yang lama untuk aku cintakan kau. Kau tahukan yang kita ni kawan dan aku dah banyak kali maki kau. Jadi aku rasa sedikit janggal tiba-tiba nak kena panggil kau — "

" takpe, aku faham Min. Perlahan-lahan. Kita boleh hadapi semua ni, okay ? " Minhwa mengangguk. Bibirnya tersenyum semula.

" yeayyy Minhee dah boleh panggil pakcik, ayah. Yeay-yeay pakcik dapat main dengan Minhee setiap hari "

" tapi Dery, orang kampung akan mengata — "

" shh, biar je lah orang kampung mengata. Aku yang buat keputusan ni. Aku nekad nak memperisteri kan kau "

" ya tuhan Hendery jangan lah cakap macamtu ! Geli geliman tahu tak ! " tak semena-mena, bahu Hendery ditampar. Mereka tergelak bersama.


Dear, Lucas • WWII
Ver.° Hendery

Rkivetaekook | 2021.

[C] Dear, Lucas • WWII Ver. + Season 2 ° HenderyWhere stories live. Discover now