SA • 사

31 2 0
                                    

Majlis perkahwinan Hendery dan Minhwa berjalan dengan lancar. Ramai orang yang datang dan mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.

" tengok ? Takde siapa pun  bercakap buruk pasal kita ? Kau yang terlalu fikirkan sangat " bisik Hendery. Minhwa yang pada masa itu sedang menepuk-nepuk perlahan Minhee supaya tidur mengangguk.

" ye lah. Aku yang over sangat "

Majlis berjalan lancar sehinggalah pada suatu ketika .....

" mana Minhwa ?! Mana perempuan tu ?? "

Minhwa yang dengar namanya dipanggil terus berdiri. Hendery di sebelahnya juga turut berdiri.

" hah situ pun kau, perempuan ! " perempuan itu terus meluru mendekati meja dimana mereka berdua duduk. Tanpa salam atau mukadimah,

PANG !

pipi Minhwa ditampar kuat hingga dia terteleng ke tepi.

" Min ! " jerit Hendery. Dia memegang isterinya yang baru sahaja ditampar oleh Jisoo.

" dasar perempuan jalang ! Dulu Yukhei, sekarang Hendery pulak ?? "

" apa masalah kau ni, Jisoo ? " soal Hendery dalam nada marah.

" kau tanya apa masalah aku ? Tentunya sebab perempuan ni ! Sekarang aku tahu kenapa kau langsung tak pandang aku, Hendery. Perempuan ni kan punca ? Dia dah sihir kau ke ??! "

" Jisoo, aku masih boleh bersabar dan hormat kau tapi tolong jangan buat kecoh dekat sini. Pergi balik je lah sementara aku tengah baik "

" apa yang ada dekat kau sampai diorang berdua boleh lekat dengan kau hah ?! Kau tawarkan badan kau — "

PANG !

" aku dah cakap, pergi balik sementara aku tengah baik. Jangan buat kecoh dekat sini. Tapi kau degil. Kau tampar aku kan tadi ? Nah aku balas balik "

" Jisoo ! "

Pakcik Kim datang dengan membawa kain putih. Sebaik sahaja dia nampak anaknya, terus dia menangkap tubuh anaknya dan dibalut dengan kain putih itu.

" balik lah Jisoo ! Kenapa boleh terlepas ni ?? "

Beberapa orang jururawat memegang Jisoo dan mereka menarik Jisoo agar masuk ke dalam van putih yang tertulis ' Hospital tak bahagia '

" Minhwa perempuan jalang ! Hendery bodoh ! Mampus lah korang berdua ! "

" hei lepaskan aku lah ! Aku tak gila !!! "

Minhwa dan Hendery bersama-sama dengan beberapa orang kampung masih diam dan memandang van putih itu sehinggalah ia hilang dari pandangan.

" maaflah, Hendery Minhwa. Jisoo dah rosakkan majlis kamu berdua pula "

" Jisoo dapat tahu yang Hendery kahwin dengan Minhwa dan dia tak dapat terima kenyataan sampai jadi macamtu "

" saya minta maaf, pakcik — "

" eh apa pula minta maaf. Bukan salah kamu. Pakcik dah cakap dengan dia takde jodoh lah tu dengan kamu , tapi dia tetap jadi macamtu "

" oklah Hendery, Minhwa. Pakcik balik dulu ya. Maafkan Jisoo sebab dah rosakkan majlis kamu berdua. Selamat pengantin baru "

Hendery dan Minhwa masing-masing menunduk hormat.

Bila keadaan sudah reda, Hendery meraih pipi Minhwa. Diusap perlahan bekas tamparan Jisoo yang masih berbekas.

" appayo ? " soalnya risau. Minhwa menggeleng seraya tersenyum.

" gwaenchana. Tak sakit pun, tapi hati aku yang sakit sebab dia kaitkan kau dan Yukhei "

[C] Dear, Lucas • WWII Ver. + Season 2 ° HenderyWhere stories live. Discover now