❝ [🌱] ep.15

67 9 102
                                    

Sejak Ai menyelamatkan Prince Hendery, Ai seringkali termenung dan tersenyum sendirian

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Sejak Ai menyelamatkan Prince Hendery, Ai seringkali termenung dan tersenyum sendirian.

Sehinggakan King Triton juga menyedari tingkah laku anak gadisnya itu.

"Kenapa dengan Ariel? Perangai dia lain." Kata King Triton

Flounder yang berada di situ hanya diam sahaja. Dia sudah berjanji dengan Ai yang kejadian tempoh hari tidak akan diberitahu kepada Ayahnya.

"Flounder, kamu tahu apa yang jadi dengan Ariel?" Tanya King Triton dan Flounder menggeleng

"Sebastian." King Triton memanggil Sebastian

Sebastian menghampiri King Triton dan menunggu apa yang akan King Triton bicarakan.

"Ariel nampak lain sikit sejak dua menjak ni kan?" Tanya King Triton dan Sebastian mengangguk

"Well, ada apa-apa yang berlaku ke? Kamu kan rapat dengan dia." Kata King Triton

"Oh well, Ariel sudah jatuh cinta dengan Prince Hendery." Kata Sebastian

Flounder menepuk dahinya. Sebastian terlepas cakap.

"Prince Hendery? Dari mana dia tahu semua tu?" Tanya King Triton yang menahan marah

"Emm kami- kami naik ke permukaan dan Ariel selamatkan Prince Hendery dari lemas." Kata Sebastian

"MANA ARIEL!"King Triton mulai marah

"T-Tuanku dia-" kata Flounder sebelum dipintas King Triton

"Mana Ariel, Flounder!" Tanya King Triton

Disebabkan King Triton sebegitu marah, Flounder terpaksa menunjukkan kawasan persembunyian Ai.

"ARIEL!!"King Triton menjerit

Ai yang berada di dalam bilik yang menyimpan khazanah manusia terkejut apabila mendengar suara Ayahnya.

"ARIEL!!"King Triton memanggilnya lagi

Bilik khazanah tersebut dibuka dengan kasar dan Ai terkaku memandang ayahnya.

King Triton memandang khazanah manusia yang disimpan Ai. Dia memusnahkan semuanya.

"Ayah! Apa semua ni! Ni semua barang Ariel!" Kata Ai dalam tangisan

"Ayah dah pesan jangan ke permukaan dan berhubung dengan manusia dan kamu ingkar!" Kata King Triton

"Mulai hari ini, kamu akan dikawal. Lupakan Prince Hendery, dia tak akan cintakan kamu. Kamu bukan sama taraf dengan dia." Kata King Triton lalu beredar

Ai menangis semahu-mahunya.

"Ariel-" Flounder menyentuh bahunya namun dia menepis

"Tinggalkan aku..." kata Ai

Flounder hanya menurut.

Ai keseorangan dan dia menangis. Harapannya musnah.

╴❀ ╴

☑️ ғᴀɪʀʏᴛᴀʟᴇTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang