"Hi Ho, Hi Ho, Hi Ho, Hi Ho, Hi Ho." Nyanyi dwarfs yang baru sahaja pulang dari lombong
"Hmm, apa Snow White masak eh?" Tanya Sneezy
"Kau, makan je tahu." Kata Grumpy
Dalam perjalanan mereka pulang ke rumah seekor kancil muncul.
"Kenapa?" Tanya Sleepy
Kancil itu menarik-narik baju Grumpy dan mereka tiba di rumah.
Semua dwarfs itu masuk dan masing-masing terkejut.
"S-Snow White!" Jerit mereka
Mereka mendapatkan jasad Snow White yang terkulai di tanah dengan epal beracun yang tergolek berdekatan dengannya.
Dwarfs itu menangis melihat keadaan Snow White sebegitu.
"D-dia dah tak ada..." kata Sleepy
"Kita kena kebumikan dia." Kata Doc
"T-Tapi..macam mana kalau dia hidup lagi. M-macam mana kalau di disumpah." Kata Sneezy
Doc memandang Grumpy.
"Kita letak di di tengah hutan. Tutup dia dengan kaca." Kata Doc
Dengam itu, Dwarfs-Dwarfs tersebut mula membuat kerja menukang dan membawa Snow White di tengah hutan.
🌱🌱🌱
Istana~
Prince Kun tidak berhenti bermundar-mandir.
"Tuanku, Permaisuri mengarahkan Tuanku untuk turun." Kata seorang Dayang
Dengan itu, Kun turun ke bawah dan dia menhadap bonda-nya.
"Ada apa Bonda?" Tanya Kun
"Bonda sudah memilih calon-calon isteri kamu. Kamu pilihla mana yang berkenan." Kata Permaisuri Raja
"Maafkan anakanda bonda, anakanda sudah ada yang bertakhta di hati." Kata Kun
"Sampai bila kamu nak tunggu dia Kun? Kamu sendiri cakap kamu dah tak jumpa dia, tak dapat jejaki dia." Kata Permaisuri Raja
"Anakanda tahu bonda, hanya dia yang anakanda cintai. Anak anda yakin anakanda akan temui dia satu hari nanti." Kata Kun
"Bonda penat menasihati kamu Kun. Di sini ramai gadis-gadis. Tapi kenapa dia?" Tanya Permaisuri Raja
"Dia lain dari yang lain Bonda." Kata Kun lalu keluar dari istana
YOU ARE READING
☑️ ғᴀɪʀʏᴛᴀʟᴇ
FanfictionWAYV AF :: COMPLETED ✔ Saya bukan berasal dari dunia awak. Saya datang hanya sebagai pengganti Dan saya datang hanya untuh meneruskan jalan cerita awak Saya bukan puteri yang sebenar. Maafkan saya, kita tak dapat bersama. Satu hari nanti, saya tetap...