Bab 6

116 16 3
                                    

"Kau biar betul Ad?!"

Spontan aku menekup muka dengan telapak tangan. Malu aku dapat kawan macam ni. Dah la menjerit di tengah orang ramai siap pakej dengan nasi terlekat di hujung bibir.

"Ex boyfriend kau? Yang kau baru break up dengan dia hari tu? Mamat yang tak reti appreciate kau tu?" Aku
mengangguk-angguk. Tetamu lain yang memandang kami aku balas dengan sengihan memohon maaf. Sabar aje lah dapat member macam Fir ni. Kalau adik aku buat perangai macam dia ni, dah lama kena makan sudu plastik.

"Kecik betul dunia. Aku rasa jodoh kau dengan dia kuat ni. Habis lah kau melepas nak kahwin dengan abang aku..." Fir bantai gelak dengan kisah sedih ringkas aku.

"Fir, kalau kita break up jugak kau jangan salahkan aku." Aku mula bengang. Member tengah panas hati bukan nak tolong tenangkan. Tahu nak membahan aje kerjanya.

"Okey, okey jangan lah sampai putus kawan. Aku gurau aje pun." Fir cuba beriak serius namun tidak lama. Tidak semena-mena ketawanya terlepas lagi.

"Tak lawak lah Fir! Kau ingat aku sanggup ke nak kahwin dengan orang yang dah buang aku? Kak Mel ni pun satu... dia ingat aku ni anak patung agaknya senang-senang aje nak jodohkan."

Tak tahu lah sama ada ni takdir ataupun kebetulan. Karl Azreef yang pernah menjadi kekasih aku selama 5 bulan itu terpaksa bersemuka lagi.

**********

Kepulanagan sebentar Kak Mel ke Malaysia rupanya nak jodohkan aku dengan mamat perasan bagus tu. Entah macam mana diaorang ni boleh kenal satu sama lain pun aku tak tahu.

"Ad pergi mana masa first day raya hari tu? Akak dah cakap kan tunggu akak. Ada benda yang akak nak bincangkan."

"Apa lagi yang akak nak bicangkan? Pasal kerja adik ke? Akak... adik buat kerja halal tau walaupun dekat book cafe aje." Aku melepaskan keluhan malas. Memang selalunya soal kerja aku yang akan dibahaskan. Kata kak Mel, aku ni mensia-siakan kelulusan sebagai graduan farmasi selama 3 tahun pengajian.

"Bukan tu yang akak nak cakap."

"Habis tu? Takkan nak suruh Ad kahwin pulak." Aku cuba meneka.

Aku pandang semacam kak Mel yang dah tersengih-sengih. Takkan betul kot apa yang aku teka tu.

"Memang akak nak suruh Ad kahwin pun. Akak dah ada calon terbaik untuk Ad." Spontan aku berdiri tegak melawan ketinggian kak Mel.

"Apa ni akak? Tiba-tiba aje nak jodohkan Ad. Dengan orang Ad tak kenal pulak tu. No way!" Bentak aku sedikit keras. Tapi masih terkawal nada bicara. Aku tak mahu biadab dengan kakak sendiri.

"Adik dengar lah dulu akak nak cakap ni." Kak Mel cuba memujuk.

"Adik kenal dia... sebab dia ni Karl Azreef, kawan akak. Kauorang pernah rapat dulu kan? Dia ada datang sini masa adik tak ada kat rumah hari tu. He told me everything about you guys."

Karl Azreef?!

"Karl Azreef anak Megat Imran?" Aku ingin mendapatkan kepastian. Manalah tahu pelanduk dua serupa. Dan anggukan dari Kak Mel buat aku betul-betul nak pitam!

"Memang kitaorang pernah rapat tapi sekarang dah tak ada apa-apa hubungan. Kalau akak nak tahu dia yang buang Ad dalam hidup dia."

"Akak tahu dia sayangkan adik lagi. Kalau tak mesti dia takkan makan kuih raya kat rumah ni, masa akak bagitau dia yang kuih tu hasil air tangan Ad." Aku menggeleng tak boleh terima kenyataan itu.

"Adik faham semua yang akak buat selama ni untuk kebaikan adik. Tapi tolong lah akak... cukup-cukuplah akak atur kehidupan adik macam ni. Perkahwinan ni melibatkan masa depan jangka panjang. Bagi adik peluang untuk buat pilihan sendiri. Boleh kan, kak?" Aku merayu. Tak mungkin untuk aku kembali bersatu dengan lelaki yang pernah tinggalkan aku. Hanya disebabkan alasan yang tak boleh aku terima.

Indahnya Rasa BahagiaWhere stories live. Discover now