19

1.9K 91 0
                                    

"Awak dah bincang ke dengan papa?"

"Dah.By next week aku ambil alih Syarikat permotoran papa.Kau pun sama.Kau jadi accountant dekat sana"

Baru sahaja aku mahu membuka mulut,terus dia mencantas "jangan nak refuse.Aku taknak kau ada dekat rumah masa aku takde.Biar kita sama sama keluar,sama sama ada dekat rumah.Taknak dah kes haritu berulang" jelasnya panjang lebar.

Aku mengangguk faham.Asalkan aku boleh bekerja.

Aku nak tanya something tapi rasa rasa dia nak jawab ke?

Kalau setakat nak menganjing better aku tak payah tanya.

"Kalau nak tanya tu tanya jela.Tak payah nak fikir sampai putih kepala tu" bidasnya.Mukanya lagak biasa aje.

Eh smart pula dia cara dia pegang stereng.Tangan kiri aje yang pegang.Tangan kanan rehat dipeha.

"Tengok apa?" Zafran menyoal.Dia memandang arah yang aku tengok.

"Oh..kau suka lelaki tangan berurat ke?" Dia menyoal.Kening kiri diangkat ke atas.

Aku jeling.

"Saya nak tanya...kenapa dekat rumah mummy ada pokok bunga Rose?And why mummy kata saya yang pulangkan pokok tu?"

Tiba tiba dia ketawa sampai nampak jelas gigi depan yang tersusun rapi.

"Entahlah...dulu ada orang tu dia merajuk sebab aku tak hantar mcdonalds.Tiba tiba je dia pulangkan balik Bunga tu...konon nak tunjuk dia merajuklah"

Ok.Aku lah orangnya.Tahniah.Anda sangat bodoh.

"Kenapa?Malu?" Zafran masih tersenyum senyum.Weh...kelakar sangat ke?

"Kau ni memang pemalu kan"

"Mana ada" aku menafikan perkara yang benar.

"Let see tonight" satu kenyitan mata dihadiahkan kepadaku.

Oh no.Malam ni aku kena flirt lagi.

"Ish awak ni!Pervert!"

"Pervert???Of course I am.I can do anything to you.Being a pervert is my priority.For my wife only la"

Ok.Aku putus asa.Malas nak layan dia.


5 jam juga masa yang diambil untuk sampai ke Kuala Lumpur.

Bangun bangun je ada ditepi pantai.

KL mana ada pantai beb.

"Awak kita kat mana ni?"aku menyoal sampai menggosok gosok mata.Berbinar je rasa.

"Pantai batu buruk,Terengganu"

"Kenapa datang sini nya?"

"Kau ni...aku taknak bagi kau bosan.Sampai ke Terengganu aku drive semata mata nak bawa isteri tengok langit yang berbeza.Dah..tak payah banyak bunyi..turun sekarang" pantas dia keluar dari perut kereta.

Tup.Pintu ditutup olehnya.Terus dia berjalan tanpa menunggu aku.

Aku apa lagi.Macam lipas kudunglah aku keluar dari kereta.Tergopoh gopoh aku ikut dia.Laju betul mamat ni berjalan.Masalah betul bila kaki panjang sangat.

Zafran mengeluarkan not rm100 lalu dihulur kepada tuan kuda.Kuda berwarna putih diambilnya.Dia pijak ditempat pemijak lalu dia sudah berada di atas kuda.Aku mendongak memandangnya.

"Saya pakai skirt ni,macam mana saya nak pijak"

Okay malunya.Aku kena angkat naik atas kuda.Kuat gila Zafran ni.Dia angkat aku macam angkat baby.Gaya macam ringan sangat.

Dia letak aku dihadapannya.Tali kuda ditarik sikit sikit untuk mengawal kuda tersebut.

Kami berkuda di persisiran pantai bersama angin yang kuat tak boleh bincang.Habis awning aku macam apa tah.

"Okay tak awning saya?"soalan random perempuan yang akan tanya.Punya la takut muka jadi hodoh.

"Awning kau tu jadi ke tak jadi ke tetap sama.Takdenya awning kau tak jadi,muka kau jadi terbalik" ok Zaf.Dia ketawa dekat lawak sendiri.

"Ha ha ha" aku ketawa hambar.

"Silau la"

Aku pusingkan kepala.Zafran mengecil ngecilkan matanya.Cermin mata yang disangkut di kolar bajunya aku ambil lalu aku pakaikan di matanya.

Dia memandang wajah aku.Kuda bergerak dengan semakin perlahan.

"Thanks" ujarnya sepatah.Dia senyum segaris sehingga menampakkan dimplenya.

Aku pusing menghadap depan semula.Jantung aku berdetak hebat.

Aku lihat orang yang berdekatan dengan kami,semua memandang kami.Kami menjadi tumpuan sebab naik kuda di persisiran pantai.Aku siap dengar orang cakap "tengah shooting ke?" . Hadeh,muka aku ni macam muka artis ke apa.Kalau Zafran tu yela,persis lee jae wook.Kalau aku ni,nak capai taraf Anna J pun belum lagi.

Zafran melibas tali itu yang membuatkan kuda itu semakin laju berlari.

Aku siap dapat dengar bunyi kuda tu.

Dup dup dup dup.

Laju gila.Sampaikan aku rasa nak turun.

"Janganlah laju sangat" aku cakap dekat Zafran.Entah dia dengar ke tidak dengan kelajuan yang maksima bersama angin yang kuat gila dekat tepi pantai.

Zafran diam tidak mengendah.Tak dengar lah kot.

Sampai la di satu tempat yang tiada kunjungan di situ.

Pelik aku.Asal korang tak nak lepak sini.Tak crowded langsung.Ada la sorang dua mat saleh duk berjemur kat sini.

Sedap sangat dia terlentang gitu.

Faham kak.Vitamin kan.Takpe takpe.

Kedua dua Lengan aku dipegang lalu diangkat untuk turun ke bawah.Aku pijak ke atas permukaan bumi.

Dah turun.Oh alhamdulillah.Zafran bawa macam kena kejar anjing.Laju gila sobat.

"Pergi tengok pemandangan.Nanti balik Kuala Lumpur,awak banyak kerja nak kena buat"

My Bunga!Where stories live. Discover now