24

1.8K 89 1
                                    

Aku menggerakkan sedikit badanku ke kiri untuk mencari spot yang selesa.Zafran masih melilitkan tangannya untuk memeluk aku ke dalam dakapannya.Dada bidang Zafran aku mengusap perlahan sambil berbaring diatasnya.Tak tahulah kenapa tapi aku rasa sangat selesa dalam keadaan begini.

Deruan nafas Zafran diperdengarkan.Orang kalau dah jatuh cinta,berdengkur macam motor bot pun dia suka!Ha...samalah dengan situasi aku sekarang ni,deruan nafas kecil dia pun sedap je bunyi dekat telinga aku ni.Malas nak bergerak banyak sebab aku dah bergerak tadi,risau dia terjaga pula.

Sejak aku kahwin dengan Zafran,aku dah kurang dapat penyakit panic attack.Kebiasaannya,dalam sebulan akan terjadi dalam dua atau tiga kali.

"Kenapa tak tidur?Tidurlah,nanti awak mengantuk esok" Kata Zafran dengan suara mengantuk.Serak serak basah bunyinya.

Aku tidak membalas sebaliknya aku memejamkan mata untuk memujuk diri supaya tidur dengan kadar segera!Esok nak pergi office ayah Zafran.


"Lain kali,kalau suami panggil tu datang cepat cepat.Ha...takdelah sampai jatuh tergolek macam tu" bebel Zafran.Cuba teka,siapa yang jatuh tergolek macam beruk?hihihi.

Macam biasa,nasib yang cukup malang sentiasa berpihak kepada aku...kini aku dicempung sehingga dibawa ke atas katil yang empuk lagikan selesa.Tumit kaki aku usap perlahan.Berdenyut weiii.Adui Bunga..Kau ni kenapa sebenarnya?

"Dah tahu lantai tu licin,berlari buat apa?Masa sekolah menengah dulu tak puas merentas desa ke apa?" Bebel lagi.Mulut Zafran ni kan eiii geram je aku nak siat siat.Bising bukan main.

"Ha terkumat kamit mulut tu,mengutuk saya dalam hati lah tu" sempat dia menjeling aku.Perlahan lahan dia mengambil kakiku lalu dibawa ke atas pehanya.Kakiku di belek seperti surat khabat.Sekejap dia tengok kiri,sekejap dia tengok kanan.

"Sikit je ni,salah urat" ujarnya lagak seperti seorang doktor.Minyak matahari di tuang sedikit diatas tapak tangannya lalu dia menyapuh ke permukaan tumit aku.Perlahan lahan dia memicit sehingga aku berdecit kuat.Picit sikit pun sakit woi!Aku tak rasa kaki aku ni salah urat,barangkali tulang kaki aku beralih ke Afrika.

Tak sampai 5 minit pun Zafran urut,awal awal lagi aku sudah tepis.Sakit yang bukan main hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya kaki aku pada saat Zafran picit lagak picit squishy.

"Tak habis lagi" Zafran menarik kaki aku supaya berada diatas pehanya semula.

Aku pun tarik kaki aku untuk turun dari peha dia.Tak nak dah aku.

"Sakit sangatlah!Lagi pun saya rasa okay dah ni" aku menurunkan kaki aku lalu aku hentak di atas permukaan lantai sehingga berbunyi

Pap pap pap!

"Haaa see.Saya dah okay!Dahlah jomlah pergi office pap,nanti kita lambat" pandai tak aku berlakon.Walaupun sakit,lakonan tetap perlu diteruskan.

Zafran mengangguk seraya menjawab "okaylah kalau macam tu,jangan pakai heels tau"

Aku mengangguk faham.Junjung titah Tuanku!

Aku turun tangga macam budak kecik!Satu persatu aku langkah.Tak boleh nak turun macam orang normal.

Zafran dah sampai dekat depan pintu tu ha.Sikit pun tak toleh dekat aku.

Geram pula rasa!

"Awakk!" Panggilku kuat.Haaa geram pulak rasa.

Zafran menoleh dan mengangkat kening tanda "kenapa?"

"Eee!Tolonglah saya nak turun tangga ni.Sakit sangat kaki ni" aku berdecit geram.Ish!

"Aik,tadi kata dah okay?Kalau dah okay,maknanya boleh turun tangga la kan?" Zafran menjawab sambik memeluk tubuh.

Air mata dah bergenang.Aku fade up nak turun tangga.Kenapalah baru harini rasa yang rumah ni perlukan lift.Tak ke susah aku nak turun kalau kaki aku dalam masalah.

"Lain kali,jangan menipu" Ujar Zafran sambil mengatur langkah ke arah aku lalu aku dicempung buat kali kedua sehingga masuk ke dalam perut kereta.Tempat duduk sebelah pemandu aku diletakkan.Seatbelt dililit di badanku olehnya.

Tangan aku gatal.Sibuk nak usap jawline dia.Aku suka jawline dia.

"Nice shape" pujiku tanpa sedar sehingga mata kami bersabung.Dia pandang aku,aku pandang dia.Deruan nafas dia menampar nampar wajahku.

It smells like mint.

"I know" ujarnya lalu dia mengeluarkan separuh badannya dari perut kereta lalu dikatup pintu kereta dengan perlahan.Pintu rumah ditutup lalu dia masuk ke dalam kereta.

"Office papa kat mana?"

"Kutisus"

Hah?Kutisus?Adoi tempat apa ni?

Aku ooo kan aje.Entah kat mana la tempat tu.Dengar pun first time ni.

"Kotasas la,kau ni lurus bendul" hidungku dicuit olehnya sambil tersenyum menganjing.Jahat!

"Cis!" Aku berdecit!Tak terkeluar pula idea itu.Kalai Kotasas aku tahu sangat.Kutisus rasanya tak wujud!

Aku mencubit lengan Zafran.Eeee!Geram!

"Arghh!Stop!" Zafran mengelak lagi galaklah aku mencubit.Rasakan!Cubitan ketam turun temurun daripada cikgu matematik zaman sekolah menengah aku!Muahahahahahah.



  

My Bunga!Where stories live. Discover now