dua: mate

14 2 0
                                    

Kejadian lima tahun itu masih berputar di ingatannya. Sedih? Sudah hilang sejak lima tahun lalu. Dia lahir sebagai Alpha. Mental dipaksa untuk sentiasa kental.

"Syamil Ilham!!!"

Tersentak bahunya mendengar tempikan tersebut. Lamunan lima tahun yang lalu hilang serta-merta.

"Kau melamun apa lagiii, Omega kau masih belum balik lagi tahu? Sedangkan dia sedang pre-heat." Alpha itu melihat Gamma di hadapannya yang bermundar-mandir dengan wajah kerisauan.

Ya, sekarang dia sudah mempunyai kawanan yang dibangun olehnya sendiri.

Setahun menjadi Rogue, dia baru sedar bahawa dia diikuti oleh seekor Gamma, anak kepada Gamma ayahnya. Gamma yang baru saja menempiknya tadi. Gamma Dani mempertaruhkan anaknya sendiri kerana sayang dan risau akan Syamil.

"Ya tuhan, kau tunggu apa lagi ha?! Pergi cari omega kau sekarang!" Gamma tersebut menempik geram.

Syamil mencebik. Dia lantas bangun mencapai jaket kulit hitam yang digantung. Apapun, dia masih tetap risau dengan Omega-nya yang tak lama lagi akan heat. Gammanya menggeleng kesal melihat Alpha yang mulai kelam kabut itu.

Keluar saja daripada pintu besar rumah agam miliknya, Syamil berubah menjadi seekor serigala berbulu hitam sepekat langit malam. Kaki empatnya berlari mencari keberadaan omeganya.

Berpandukan naluri dan ikatan mate, dia berlari menuju sebuah hutan.

Ketika sampai, Syamil tertanya-tanya apa yang omeganya buat di hutan ini. Hutan Aksa. Hutan tebal yang membuatkan kau sesat kalau tidak kenal dengan sungguh selok-belok hutan itu. Dirinya sendiri pernah tersesat walau hutan itu sudah menjadi rumah keduanya ketika hidup sebagai rouge dahulu.

Kaki empatnya kini mula berjalan memasuki hutan tersebut setelah sedar hari semakin gelap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaki empatnya kini mula berjalan memasuki hutan tersebut setelah sedar hari semakin gelap. Perasaan hairan semakin bertambah seiring semakin jauh dia berjalan masuk ke hutan dalam.

Tidak lama, hidung tajamnya menangkap bau feromon beraroma vanilla yang agak pekat. Kakinya sedikit berlari mengikuti punca feromon tersebut. Dia kenal feromon ini. Feromon milik omeganya.

"Hiks..."kini sebuah tangisan kedengaran dan Syamil dapat melihat omeganya sedang duduk bersandar di sebuah pohon. Seorang gadis yang mempunyai rambut ikal berwarna coklat cerah yang dibiar lepas mencecah pingganganya.

Syamil mengubah wujudnya menjadi manusia semula lalu mendekati orang yang dicarinya.

"Babe...?" Omega itu mendongak apabila mendengar panggilan itu. Wajahnya disapa oleh Alpanya yang sudah berjongkok di hadapannya.

"Hiks... Alpha..." Leher Syamil dirangkul oleh sang omega.

"Hey, jangan menangis hm? Kenapa ni?" Belakang kepala omeganya diusap perlahan. Ketika rangkulan di lehernya dilepaskan, barulah dia sedar akan luka yang sedang mengalirkan darah di kaki matenya. Patutlah aroma vanilla tadi terkesan pekat. Luka yang mengalirkan darah menjadi punca feromon menjadi pekat dan dapat dihidu dalam jarak yang jauh.

Ketika Syamil mengambil kaki si omega untuk dijilat, tangan si omega menahan lalu menggeleng tidak membenarkan. Syamil hanya diam memandang mata si omega. Dia tidak membawa sebarang kain untuk menutup luka di kaki si omega buat sementara, jadi luka itu perlu dijilat oleh mate untuk sembuh.

Seakan memahami persoalan sang Alpha, Omega itu menjawab, "Kotorlah, kaki saya kena lumpur ni..."

Syamil hanya mengangkat bahunya. Sudahnya, dia mengubah wujudnya menjadi serigala semula.

'Naik'

Dengan sedikit kepayahan, Omega itu naik ke atas belakang serigala matenya. Lalu mereka pun mulai pulang ke sebelum hari benar-benar gelap.

Dan juga sebelum para Rogue yang ada di hutan itu menerkam mereka kerana feromon sang omega yang semakin kuat dihidu kerana akan memasuki fasa heatnya tak lama lagi.

Sedangkan Syamil sendiri sedang menahan diri daripada menerkam omega miliknya.

Apapun, mereka perlu segera pulang untuk megelakkan kejadian yang tak diingini berlaku.

『••✎••』

Saliva(air liur) mate boleh memulihkan luka matenya, sebabtu Syamil nak jilat luka Omeganya.

Rogue: serigala yang tidak mempunyai kawanan, sama ada dibuang oleh kawanan atau kawanan musnah akibat perang.

KawananWhere stories live. Discover now