Neo University
"HUANG RENJUN!!". Renjun mengalihkan pandangannya ke belakang. Siapa lagi kalau bukan si Na Jaemin yang memang muka tak tahu malu.
"Yah! Kau ni memang muka tak tahu malu betul la" ujar Jeno lalu mengetuk kepala Jaemin.
"Akh! Sakit la!" ujar Jaemin lalu menggosok kepalanya.
"Na Jaemin, Lee Jeno.. Cepat la sikit jalan tu. Nanti kena denda dengan Prof. Yoo tak tahu.." kata Renjun.
Jeno dan Jaemin berlari ke arah Renjun dan berjalan bersebelahan Renjun. Mereka pun menuju ke kelas.
Kelas
Renjun, Jeno dan Jaemin duduk di tempat masing-masing. Tak lama kemudian, ada seorang lelaki masuk ke kelas tersebut. Renjun, Jeno dan Jaemin memandang ke arah lelaki tersebut.
Lelaki tersebut memandang ke arah Renjun, Jeno dan Jaemin. Lelaki tersebut senyum memandang Renjun. Renjun melambaikan tangannya ke arah lelaki tersebut.
Jeno dan Jaemin memandang pelik ke arah Renjun.
"Kau kenal ke lelaki tu, Renjun?" tanya Jaemin. Renjun hanya mengangguk sahaja dan dia memanggil lelaki tersebut duduk di sebelahnya.
"Chan, duduk kat sini" panggilnya. Haechan pun pergi ke arah tempat duduk Renjun dan duduk di sebelahnya.
"Chan, ni kawan-kawan aku. Jeno dan Jaemin" ujar Renjun sambil tunjuk ke arah Jeno dan Jaemin.
"Hai Jeno, hai Jaemin" ujar Haechan sambil tersenyum. Jeno dan Jaemin hanya tersenyum sahaja.
"Nama penuh kau apa?" tanya Jeno.
"Nama penuh aku Lee Donghyuck. Tapi biasanya orang panggil Haechan je" terangnya. Jeno dan Jaemin mengangguk faham.
"Oh ye. Korang berdua kembar ke? Rapat semacam je..." tanya Haechan. Jeno dan Jaemin memandang sesama sendiri dan tergelak. Renjun pun turut tergelak.
"Kenapa gelak? Aku salah cakap ke?" tanya Haechan keliru.
"Hahaha.. Ni dah kali 30 orang tanya soalan yang sama. Semua ingat kami kembar tapi tak. Aku dengan Jeno kawan baik dari kecil" terang Jaemin.
Haechan mengangguk faham dan mereka berbual sementara Prof. Yoo tidak masuk kelas lagi. 15 minit kemudian, Prof. Yoo masuk ke kelas dan sesi pembelajaran pun bermula.
YOU ARE READING
CHILDHOOD | LEE HAECHAN, HUANG RENJUN
FanfictionChannie, kenapa tinggalkan aku? - Renjun Injun, aku rindu kau - Haechan