💙16✨

36 14 1
                                    

Neo University

"Chan! Jun!" jerit Jaemin dari jauh. Jeno yang bersebelahan dengannya sudah menggelengkan kepalanya.

"Ya Jaemin.. Cepat sikit jalan. Kau ni memalukan aku betul la" ujar Renjun sambil berdiri menunggu Jeno dan Jaemin bersama Haechan.

Jaemin terus berlari ke arah Haechan dan Renjun. Dia terus memeluk bahu mereka berdua.

"Kau ni memang macam ni ke layan Renjun?" tanya Haechan. Jaemin mengangguk sahaja.

"Yah Na Jaemin.. Mentang-mentang dah ada kawan baru kan, tinggalkan aku pula kat belakang. Dah la aku blah dulu.." ujar Jeno dengan nada merajuk dan dia pun berlalu dari situ.

"Kau tak nak pujuk Jeno ke?" tanya Renjun. Jaemin memandang pemergian Jeno.

"Tak.. Biar la, nanti dia okay la tu. Jom la masuk kelas" ajak Jaemin.

Renjun dan Haechan memandang sesama sendiri dan mengangkat bahu sahaja melayan kerenah Jaemin. Mereka pun berlalu masuk ke kelas dan duduk di tempat mereka seperti biasa.

Rehat

Jeno terus keluar dari kelas tanpa menghiraukan mereka bertiga. Jeno terus menjadi pendiam dan tidak berkata apa-apa.

"Jaemin, kau serius tak nak tegur Jeno?" tanya Haechan inginkan kepastian.

"Kenapa? Dia okay je kan..." ujar Jaemin lagi tanpa menghiraukan Jeno.

"Aku tengok dia memang macam tak nak layan kita je. Kau try la tegur dia.." pujuk Renjun.

"Dia okay la.. Nanti dia bercakap la tu dengan aku. Jangan risau" kata Jaemin dengan yakinnya.

Haechan dan Renjun mampu berdiam sahaja tetapi dalam pada masa yang sama juga risau akan Jeno. Mereka tak nak persahabatan Jeno dan Jaemin putus akibat mereka berdua.

CHILDHOOD | LEE HAECHAN, HUANG RENJUN Where stories live. Discover now