Chapter 1 - Dalam Perjalanan Ke Asrama

1.2K 43 68
                                    

ACHTUNG

" Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "

•••♦◄♥►♦•••

Pergh.. dah lama tak mengarang, rasa-rasa skill  aku pun dah makin berkarat. Tapi aku cuba yang terbaik untuk hiburkan korang semua. Chapter  pertama ni aku buat panjang gak sebab dah terbiasa. Susah nak jadikan pendek untuk sesuaikan ngan maksud 'novelet' tu. Ape pun, layan je citer prekuel terbaru aku ni. Ade kaitan ngan citer aku yang terdahulu. Nak tau citer ape? Bace je.. hee

•••♦◄♥►♦•••

Ini merupakan versi terbaru setelah aku edit, alter, sunting & ubah serta tukar ape yang patut. Harap memenuhi piawaian Wattpad hendaknya. Layan je sementara ade, ekk?

•••♦◄♥►♦•••


KAMPUNG BUKIT PASAK, DAERAH SUNGAI RAMPING. 

JANUARI 2000

Sebuah kereta Proton Saga berwarna merah biji saga* berhenti di pinggir jalan berhadapan dengan Sekolah Menengah Bukit Pasak.

Keluar dua susuk tubuh. Seorang lelaki dewasa lewat enam puluhan. Agak kukuh binaan tubuh badannya, tampak gagah perkasa dengan lengan berotot dan berurat.

Susuk kedua, merupakan seorang budak lelaki. Bertubuh kecil dengan paras rupa yang menawan. Sekali pandang, nampak seperti anak mat salih atau anak kacukan kerana wajahnya langsung tak menggambarkan yang dia baka Melayu asli.

Mereka berdua melangkah ke arah sebuah gerai makan di seberang jalan. Keadaan jalan tak berapa sibuk, maklumlah, kawasan kampung. Cuma sesekali ada kereta atau motosikal yang lalu.


Di petang hari begini, pelanggan tak seramai sewaktu awal pagi atau tengah hari

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Di petang hari begini, pelanggan tak seramai sewaktu awal pagi atau tengah hari.

"Assalamualaikum."

Lelaki lewat enam puluhan itu menyapa, langsung menyuakan tangan untuk bersalam.

Salam disambut oleh seorang lelaki berketayap putih yang agak gempal yang sedang mengelap meja.

"Amboi, lamanya tak jumpak kau, Mujib? Ape mimpi berkunjung ke mari ni?" tanya Pak Lamin, si tuan empunya gerai.

• iman𝓊l •Donde viven las historias. Descúbrelo ahora