σηє

418 50 207
                                    

" SIAPA NAK PERGI CAFE? " 

Pintu kelas ditendang dengan penuh bangga. Lelaki berambut perang itu melangkah masuk ke dalam kelas dengan gaya yang― tak dapat diungkapkan. Semua yang berada di dalam kelas itu memandang Oikawa dengan tanpa perasaan.

" Malas " Mereka menjawab serentak. Oikawa memuncungkan mulutnya. Tak boleh jadi ni, ada satu cara je lagi nak suruh orang belikan makanan kat cafe untuk dia.

" Aku baru ingat nak belanja orang― "

" WEYH NAKKKK. KAU NAK APA? AKU BELIKAN UNTUK KAU "

" SIBUK LA KAU KUROO. BIAR AKU YANG BELIKAN. KALAU SURUH KUROO NANTI LAMBAT "

Oikawa tersenyum senget. Seperti yang dia jangkakan, sebut je perkataan ajaib tu mesti ada yang nak jadi tukang beli dengan suka relanya. Siapa je nak tolak kalau orang tu kata dia belanja? Kalau ada yang tolak tu, husnudzon je la dia nak diet.

Bokuto dan Kuroo masih lagi bertekak pasal siapa yang lagi layak belikan makanan untuk si Oikawa Tooru. Siap lawan osom lagi tu. Konoha dengan Suga pulak bukan nak stopkan budak berdua tu, lagi disokong ada la.

" Oi oi dah. Korang pergi je la sama-sama " Oikawa bersuara. Kalau dibiar lagi lama ada yang kebulur sampai pengsan karang. Sekeping duit kertas berwarna oren tu dihulur ke arah Bokuto dan Kuroo. Duit tersebut bertukar tangan.

" Boss nak makan apa boss? "

" Aku nak milk bread 2 dengan brown sugar. Baki tu korang belilah apa ii korang nak. Lagi afdhal belikan untuk yang lain sekali " Kuroo dan Bokuto menganggukkan kepala. Entah ingat ke tak apa yang Oikawa pesan, tiada siapa yang tahu. 

" Alang ii tu aku nak aiskrim Cornetto coklat satu. Terima kasih " Tendou yang tengah duduk menyendeng dekat suis di sudut kelas itu menyampuk. Tangannya sibuk menscroll telefon yang tengah dicas. 

" Bro, kalau blackout BA ni aku tak tau― " Ujar Kuroo. Dia ingat lagi waktu Kenma pergi cas powerbank dekat dalam kelas. Sudahnya, satu blok akademik blackout sampai malam. Tak pasal ii semua kena prep kat dataran ilmu dengan dewan selera.

" Ala, aku cas kejap je. Don't worry la bro. Tu pergi belikan makanan " Tendou membuat simbol 'okey' menggunakan jarinya. Kuroo hanya mampu ternganga.

" Kalau cikgu ronda pandai ii la kau cover. Jangan cakap aku tak larang― WOI BROKUTO RILEK AR CAFE TU TAK LARI MANA PUN OI LAHANAT SABOR AKU KATA " Belum sempat Kuroo menitipkan wasiat untuk Tendou, tangannya ditarik oleh Bokuto supaya keluar dari kelas. Penghuni kelas Consultant itu hanya memandang classmate mereka ditarik begitu sahaja.

Automatik kelas menjadi senyap. Tapi tak lama pun. Dalam beberapa minit kemudian, ada pulak dua makhluk berambut kuning dengan kelabu datang.

" Samu, kau bagi la salam " Atsumu menyiku lengan Osamu yang berdiri disebelahnya.

" Pulak dah. Tadi kau kata nak aku teman je. Kau yang bagi salam " Lengan si kembar disiku kembali, dua kali ganda lebih kuat. 

" Aku malu la " Osamu kehilangan kata apabila mendengar jawapan yang keluar dari mulut Atsumu. Dia salah dengar ke apa?

" Kepala hangguk kau malu. Gaduh dengan aku tu tak malu pulak orang ramai tengok "

" Gaduh dengan kau lain. Hal ni lain " 

" Kau presiden LDP kan. Berani la sikit "

" Benda kita dua BWP tau sekarang ni― "

" Ya Atsumu, Osamu. Nak cari siapa? " Semi menyoal pasangan kembar tersebut. Rimas kot tengok orang bertenggek kat luar kelas macam tak de hala tuju. Baik kita tanya, kan?

" Kuroo-san ada tak? Sebab kejap lagi ada perjumpaan BWP― " Kata Atsumu. Osamu yang disebelahnya tak ubah seperti burung belatuk, mengangguk je kerja dia.

" Kuroo? Dia baru pergi cafe. Kot ii la dia singgah bilik BWP pulak lepastu " Iwaizumi yang sedang duduk bersila di loker buku itu menyampuk. Pasangan kembar itu hanya membulatkan mulut mereka, membentuk huruf O.

" Kalau macam tu tak pe la. Sorry kacau " 

Upin dan Ipin― eh Atsumu dan Osamu pun pergi la ke bilik BWP setelah penat memanggil semua ahli. Bak kata Kita, daripada korang gaduh baik korang pergi panggil member lain. Hah gitchew.

Berbalik ke situasi di dalam kelas,

" Woi Iwa, kelas ni punya luas, asal kat atas loker buku jugak kau nak duduk? KAU TAU TAK ILMU TU APA. TAK BERKAT KARANG ILMU KAU AKU TAK TAU " Tu dia, President Kelab Drama kita dah menyerlahkan bakat dia gais. Iwaizumi memutarkan bebola matanya dan menjeling Oikawa sekilas. 

" Bro, loker ni takde buku. Aku tak de la bongok sangat sampai nak duduk kat atas loker yang ada buku " Balas Iwaizumi. Kasut PVC nya ditanggalkan dan diletakkan di sebelahnya. Yang lain hanya melopong.

" Ala bro rilek ar jangan emo― "

" HAI MAKANAN DAH SAMPAI " Bokuto menjinjit beberapa beg plastik yang penuh dengan keropok dan aiskrim. Semua meluru ke arah Bokuto macam orang kebulur tak makan setahun, padahal baru makan nasi ayam DS tadi.

" YEAY MAKANAN DAH SAMPAI― Eh jap. Mana milk bread dengan brown sugar aku? " Oikawa membelek-belek beg plastik yang dibawa oleh Bokuto itu.

" Oh, makanan kau ada kat Kuroo― KUROO TERBAWAK MAKANAN KAU PERGI BILIK BWP LA TU "

" BOKUTOOO "

" JAP II AKU PERGI AMBIK RILEK BRO RILEK "

.

.

.

Maafkan patik kalau hambar 🚪🚶

[ ON-HOLD ] crazy | haikyuuWhere stories live. Discover now