ϝσυɾ

193 31 119
                                    

" AYO SHAWTY " Pintu bilik badan wakil pelajar ditendang oleh lelaki berambut kuning itu. Kepala si kembar ditarik menggunakan lengannya. Osamu hanya pasrah diperlakukan sebegitu rupa oleh si abang.

Kita, Yui, Sakusa, Hirugami dan Hoshiumi memandang mereka berdua tanpa reaksi. Oh ya, kecuali Sakusa. Lelaki berambut hitam itu memandang ke arah pasangan kembar tersebut dengan jijik. 

" Oh, awalnya Omi-kun sampai. OMI OMIIIIII " Melihat Sakusa yang sedang merenung tajam ke arahnya, membuatkan Atsumu tersenyum sinis. Apa lagi kalau bukan menyakat si germaphobe itu. Pantas dia menolak Osamu dan meluru ke arah Sakusa.

" GO AWAY, MIYA-SAN " Kelam kabut Sakusa menyorok di belakang Kita. Dia masih lagi tidak mahu mendekati Atsumu.

Si presiden mengeluh, " Miya Atsumu "

" Gomen, Kita-san " Atsumu memuncungkan bibirnya. Insaf sekejap. Sekejap je la sebab nanti dia kacau balik si Sakusa ni.

Kita menggelengkan kepalanya perlahan. Manakala Sakusa hanya memutarkan bebola matanya. Menyampah dengan Atsumu yang tiap kali jumpa mesti nak kacau dia. Macam dah tak boleh nak kacau orang lain.

" Omi-kun, jangan la marah~~ " Pujuk Atsumu. Dan ianya membuatkan Sakusa semakin geram. Dengan nada mengada dia tu, rasa nak hempuk je Atsumu guna botol clorox. Tak pun buang Atsumu dekat bukit tunggal belakang maktab. Biar kawan dengan monyet, sama je perangai dua ii.

" Ugh. I hate you, Miya-san " Sakusa merenung Atsumu, kemudian pandangannya beralih ke arah Osamu yang sedang bersandar di dinding.

" Apa dosa aku sampai kau benci aku sekali? " Soal Osamu, tak puas hati. Dia tak pernah pun cari pasal dengan mamat tu, dah pahal nak benci orang tiba ii. Fikir dia tu perfect sangat ke? 

" Dosa kau, kau kembar mamat tak guna ni " Jawapan Sakusa membuatkan Osamu melopong.

" Aku pun tak mintak nak jadi kembar bengap ni― "

" HELLO GUYS, WELCOME BACK TO MY CHANNEL " Pintu bilik bwp itu ditendang buat kali kedua. Kali ini muncul Kuroo, Akaashi dan Kenma. Dengan tie tak ikat elok ii, blazer sarung sebelah je. Haa tu Kuroo la tu, bergasak lagi dengan si Bokuto sampai tak ingat dunia. Nasib la baju Akaashi dengan Kenma kemas lagi.

Kita menggetap bibir. Kertas yang sedang dipegang olehnya dironyok kasar lalu dicampak ke dalam tong sampah yang berdekatan.

" DAH ADA PINTU TU, MASUK ELOK II LA. TENDANG II. KALAU ROSAK PINTU TU KORANG NAK GANTI KE HAH? BANYAK SANGAT DUIT TU? BUAT MALU NAMA BWP JE " Tempik Kita. Serentak itu dia menghempaskan fail hitam yang berada di dalam pegangannya ke atas meja mesyuarat. 

Suasana dalam bilik bwp itu senyap buat seketika. Dah buat salah, mesti la senyap. Kuroo dengan Atsumu la tu puncanya.

" Sorry, Kita-san " Ucap Atsumu dan Kuroo serentak.

" Jangan ingat aku tak garang, eh " Shinsuke memandang ke arah mereka berdua dengan wajah yang tegang. Laju sahaja mereka menganggukkan kepala.

" Baik, Kita-san " 

Kita menghempaskan keluhan. Baru sahaja dia ingin meraih fail yang dihempas sebentar tadi, tiba ii terdengar bunyi yang amatlah tak disangka.

" KITA-SAN, MEJA NI TERBELAH DUA. MACAM MANA NI? KAKI HIRUGAMI TERSEPIT NI "

.

.

.

Ada yang rindu fanfic ni tak HOHOHO 

[ ON-HOLD ] crazy | haikyuuWhere stories live. Discover now