Bab 67

4K 210 31
                                    

DATUK TARMIZI tidak tahan lagi dengan sikap Zahir yang melengah-lengahkan masanya. Dia harus berjumpa dengan Zahir hari ini, dan menegaskan perkara Ayshah dan Aydeen kepada Zahir.

Dia tidak sanggup melihat Zahir dan Ayshah bahagia. Dia tidak mahu keturunan darahnya ada berkaitan dengan Zahir, dan dia tidak mahu Zahir tahu yang Ayshah mengandung.

Sikap tamaknya semakin menguasai dirinya. Dia mahu Aydeen, bukan Zahir!

     "Zahir!" Datuk Tarmizi menerjah masuk ke dalam wad Zahir. Lelaki itu yang baru sahaja menyalin pakaian, terkejut dengan kedatangan bapa mertuanya. Dipandang wajah garang Datuk Tarmizi.

     "Berapa kali aku nak pesan dekat kau? Aku suruh kau ceraikan anak aku kan? Kenapa kau ni tak faham bahasa sangat?!" menyinga Datuk Tarmizi saat ini. Tajam anak matanya menikam wajah Zahir.

Lelaki itu mengerut kening. Entah tiba-tiba serang tak tentu pasal. Kena rasuk dengan jembalang mana ni?

     "Datuk kalau datang sini setakat nak paksa saya ceraikan Ayshah, baik tak payah. Saya takkan dengar cakap datuk. Ayshah isteri saya, dan saya suami dia." jawab Zahir tenang. Dia pun tak faham, kenapa Datuk Tarmizi benci sangat padanya?

     "Kenapa kau ni payah sangat nak ikut kehendak aku? Tahap kesabaran aku dah hilang tahu tak! Dah berapa bulan kau buat bodoh je pasal permintaan aku. Aku suruh kau tinggalkan Ayshah, itu pun susah ke?!" tengkingan Datuk Tarmizi, buat Zahir ketawa sinis.

Gila ke apa orang tua ni?

     "Datuk balik lah, ni hospital. Tak elok main tengking-tengking macam tu. Datuk tu dah tua, nanti sakit siapa susah?" Zahir malas layan. Dia angkat punggung mahu mengambil makanan hospital yang berada di atas meja kecil.

Namun, belum sempat Zahir mahu ke meja kecil. Datuk Tarmizi mencengkam pergelangan tangan Zahir dengan kuat. Zahir mengeluh sakit.

     "Apa ni datuk?" Zahir menyoal, cuba untuk menepis tangan Datuk Tarmizi, tapi dia sedar yang dia menantu dan harus hormat bapa mertuanya. Lelaki tua itu galak merenung wajah menantunya dengan tajam.

     "Kalau kau tak dengar cakap aku. Aku bunuh kau Zahir. Aku bunuh kau depan Ayshah!" pandangan Datuk Tarmizi sekarang, seolah-olah dirasuk hantu. Zahir membalas renungan Datuk Tarmizi.

Sumpah, lelaki tua ini benar-benar gila!

     "Bunuh lah saya, kalau itu yang buat datuk bahagia." mata Zahir berkolam. Entah, hatinya tiba-tiba sebak. Sampai sebegitu Datuk Tarmizi membencinya. Kenapa semua orang tak boleh terima dengan kehadirannya?

Salah ke dia untuk terus tersenyum dan bahagia bersama puteri bapa mertuanya?

     "Kau jangan cabar aku. Aku-" belum sempat Datuk Tarmizi mahu menghabiskan ayatnya, tiba-tiba jantungnya seakan menyekat nafasnya. Sakit yang sangat buatkan dia gagal untuk berdiri.

Zahir pandang Datuk Tarmizi dengan pelik. Tak lama itu, Datuk Tarmizi rebah atas Zahir. Zahir gelabah, sudahlah dia pun lemah dengan sakitnya. Memang hilang lah kudrat dia sekarang. Zahir terus menepuk-nepuk pipi Datuk Tarmizi saat lelaki tua itu berbaring di atas ribanya.

Zahir terkejut apabila wajah Datuk Tarmizi berubah ke arah lain. Mati dah ke?

     "Tolong! Tolong!" Zahir meminta tolong. Bodyguard Datuk Tarmizi yang sedang menunggu diluar wad Zahir, terkejut dengan suara nyaring Zahir. Dia pantas membuka pintu, dan saat itu matanya jatuh memandang ke arah Datuk Tarmizi.

ZAHIR termenung seketika, kondisi bapa mertuanya difikirkan. Kata doktor, Datuk Tarmizi dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Kemunculan sakit Datuk Tarmizi yang datang secara mengejut buatkan Zahir mengelamun.

Syurga Buat Ayshah Where stories live. Discover now