✎혼자 19

227 50 18
                                    

•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••••

Di dalam practice room, San dan Yunho sudah tertidur di atas lantai. Wooyoung bermain game online bersama Seonghwa.

Mingi pula sekadar bermain telefon dia sahaja di sebelah Yunho. Manakala Hongjoong pula melihat semula video latihan mereka tadi.

Tidak lama kemudian, Jongho kembali masuk dalam practice room bersama Yeohun. Tangan mereka penuh dengan makanan.

"Korang, ni makanan untuk kita semua."

Ujar Jongho dengan suara yang lantang menyebabkan San dan Yunho terbangun dari tidur mereka.

"Huh? Banyaknya," kata Seonghwa dan Mingi serentak.

"Yeohun hyung yang belikan," kata Jongho lagi. Yeohun sekadar tersenyum sahaja.

"Seriuslah? Baiknya kau, Yeo. Gomawo," ucap Hongjoong.

"Nae. Korang makanlah dulu sebelum sambung latihan korang tu. Aku nak sambung balik kerja aku," ujar Yeohun sebelum dia berlalu pergi.

Namun langkahnya terbantut setelah mendengar ajakkan dari Wooyoung dan Yunho tadi.

"Kau pun jomlah makan bersama."

"Jomlah Yeohunie~"

Terbatal niatnya untuk menyambung kerjanya. Baginya meluangkan masa bersama dengan kawan lebih bermakna berbanding dengan kerja.

"Okey!"

Yeohun pun turut menyertai mereka semua untuk makan bersama. Suasana di dalam practice room itu agak sedikit riuh dengan perbualan mereka yang rancak itu.

••••••

"Ish! Mana budak ni pergi?"

Yeohyun melepaskan semua kemarahan dia dengan menumbuk dinding. Rasa geram dia terhadap adiknya membuak-buak di hati.

Yeohun sudah hilang dari pandangannya sejak tiga minggu lepas. Selepas kejadian dia menendang Yeohun, dia terus menghilangkan dirinya.

"Huh! Kau tunggu, Kang Yeohun. Kalau bukan disebabkan aku, kau mungkin dah mati kat tangan appa..."

Dia mula tertawa seperti orang kurang waras. Habis segala barang yang ada dalam rumah itu dicampak dengan kasar.

"Hei! Dia ada kat dalam rumah!"

"Cepat cari dia!"

Tiba-tiba dia terdengar bunyi detapan kaki yang berada di luar rumahnya.

Pantas dia melarikan diri meninggalkan rumahnya itu sebelum dirinya ditangkap oleh sekumpulan lelaki tersebut.

••••••

Hari semakin lewat namun Yeohun masih lagi berada di bilik vokal. Dia hanya berseorangan sahaja.

"Okey! Dah siap pun!"

Dia merenggangkan badannya setelah lama dia duduk tadi. Rasa lenguh itu mula menguasai dirinya. Dia mahu rehat sepuas-puasnya di dorm nanti.

Yeohun segera mengemas barangnya untuk pulang ke dorm. Sesekali matanya melirik melihat jam di telefon dia.

Sekarang sudah pukul 11:45 malam. Pasti mereka semua sudah tidur. Tekanya.

Tiba sahaja di dorm, tekaan dia sangat tepat. Keadaan dalam dorm sudah gelap gelita.

Yeohun membuka pintu biliknya perlahan. Kelihatan Jongho masih lagi belum tidur manakala Wooyoung pula sudah nyenyak tidur di atas katil.

"Yeohun hyung! Lambatnya hyung balik," tegur Jongho.

"Kau kenapa tak tidur lagi ni, Jjong?" soal Yeohun lalu meletakkan semua barangnya di atas meja.

"Aku tunggu hyung," jawabnya sambil memuncungkan bibir.

"Alaa tak perlulah pun. Kau tidur lah sekarang, hyung nak mandi dulu."

Kata Yeohun perlahan. Dia tidak mahu menganggu Wooyoung yang sedang tidur nyenyak itu.

Jongho sekadar akur. Dia pun mula merebahkan dirinya di atas katil untuk tidur seketika.

Yeohun memandang Jongho dengan pandangan sayu. Entah mengapa situasi ini mengingatkan dia dengan seseorang.

"Kang Yeohyun…"

Nama abangnya keluar dari mulut dia. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Yeohyun sejak kejadian dulu.

Agaknya apa khabar dia sekarang?

••••••

••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] LONE : Eternally  ☾ 종상 ☽Where stories live. Discover now