✎혼자 30

216 47 1
                                    

•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••••

"Hyung okey?"

Soal Jongho sebaik sahaja dia masuk ke dalam tandas. Dia hairan melihat Yeohun sudah berdiri di belakang dinding dengan wajah yang pucat.

"A-ah... Hyung okey..."

"Kenapa muka hyung pucat semacam? Hyung sakit ke?" soal Jongho bertubi-tubi.

Namun Yeohun membalas dengan ringkas sahaja.

"Hyung okey jer."

Dia terus berlalu pergi setelah menjawab tadi. Jongho melepaskan keluhan kecil.

Dia yakin bahawa Yeohun sebenarnya tidak okey. Cuma dia hanya menyembunyikan perasaan dia sebenar supaya tidak mahu buat dirinya risau.

"Hyung, jomlah balik. Dah lewat ni," ajak Jongho seraya mengambil barang-barangnya.

"Kau baliklah dulu. Hyung nak siapkan semua kerja ni," balas Yeohun tanpa memandang Jongho yang sudah berada di sebelah dia.

"Hyung sambung jer lah esok. Malam ni hyung rehat jer dulu."

Jongho cuba untuk memujuk Yeohun. Walauoun dia tahu Yeohun ni jenis sukar untuk mendengar kata, tetapi dia tidak mahu meninggalkan Yeohun seorang diri di studio.

Yeohun yang melihat Jongho sudah memujuknya berkali-kali itu mula mengalah. Dia terpaksa akur kerana tidak mahu buat Jongho risau terhadap dia.

"Okey... Hyung nak kemas barang kejap." Jongho tersenyum selepas sahaja Yeohun kata begitu.

Sementara menunggu Yeohun mengemas barang, Jongho bermain telefon dia seketika di luar studio.

Tiba-tiba Seonghwa menelefon dia. Pantas Jongho mengangkat panggilan tersebut.

"Nae hyung?"

"Jjong, Yeohun masih kat studio ke?" soal Seonghwa dalam panggilan itu.

"Haah tapi kitorang dah nak balik ni," jawabnya ringkas.

"Hati-hati tahu," pesan Seonghwa. Dia amat risau dengan keselamatan adik-adiknya.

"Nae."

Selepas sahaja itu panggilan mereka terputus. Jongho segera menghampiri Yeohun yang baru sahaja selesai mengemas tadi.

"Jomlah," ajaknya. Yeohun sekadar akur lalu berjalan pulang ke dorm bersama Jongho.

•••••••

Sepanjang hari itu, Yeohun asyik mendiamkan dirinya. Dia hanya bercakap jika orang bertanya sahaja atau hal yang penting.

Jongho mula rasa pelik. Sejak Yunho menceritakan bahawa mereka terjumpa abangnya di luar kedai 7E petang tadi, Yeohun terus jadi pendiam.

"Kau rasa Yeohun tu okey ke?" soal Mingi pada Jongho.

"Tak tahulah hyung. Masa aku dengan dia tadi pun dia diam jer. Bila aku tanya, dia cuma jawab ringkas jer."

Terang Jongho. Dia juga turut hairan. Malah, dia juga perasan sewaktu dia cari Yeohun di tandas, wajahnya pucat semacam.

"Tak ada lah. Aku cuma takut kalau Yeohun buat kerja gila. Kau tahu kan dia toreh tangan dia tu sebab apa," kata Mingi membuatkan Jongho terkaku seketika.

Dia bingkas bangun dan meninggalkan Mingi seorang diri di dapur lalu masuk ke dalam biliknya.

Di situ kelihatan Wooyoung sedang membaca buku sambil baring. Manakala Yeohun pula sudah tertidur nyenyak di atas katil.

"Hyung tak tidur lagi ke?" Wooyoung membalas dengan gelengan kepala.

"Owh, Yeohun tadi okey ke dengan kau?" tanya Wooyoung.

"Okey jer... Wae?"

"Nothing cuma aku perasan Yeohun nampak penat semacam jer," balas Wooyoung lalu kembali baca novelnya semula.

Mata Jongho melirik memandang Yeohun yang sedang tidur itu. Mungkin dia terlalu penat dengan kerja agaknya? Gumamnya.

Jongho merebahkan dirinya di atas tilam yang empuk. Tidak sampai seminit, dia juga turut terlelap.

•••••••

•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] LONE : Eternally  ☾ 종상 ☽Where stories live. Discover now