JM

111 28 68
                                    

★You as Carmellia Choi

★Park Jimin as Alexander Derrian Park

"Arh!"

Carmellia memandang ke arah seorang lelaki yang berjalan selamba pergi jauh darinya setelah ekor dia dipijak.

Sakit nyah kalau ekor kena pijak,tapi takkanlah ekor yang sepanjang ini pun lelaki itu tidak nampak?

"YAH DERRIAN!"

Jerit Carmellia memanggil lelaki itu. Secara automatik langkah kaki Derrian terhenti.

"Iya sayang, nak apa?"

"EH KAU BUTA KE APA?! DEKAT MANA KAU LETAK MATA SAMPAIKAN KAU TERPIJAK EKOR AKU PUN KAU TAK SEDAR!"

Iris mata Derrian yang tadinya berwarna perang gelap kini bersinar menjadi warna biru terang.

Itulah kelebihan seorang alpha. Iris mata berubah-ubah apabila dia rasa gelisah ataupun teruja.

"Oh, maaf sayang. Ekor kau tu cantik sangat. Sampaikan aku rasa nak pijak-pijak."

"Sakit, gila!"

Sudahlah Derrian ini buaya darat. Hampir semua gadis di sekolah ini dia mahu permainkan.

Derrian tergelak kecil melihat wajah cemberut Carmellia. Wajahnya didekatkan pada wajah Carmellia.

Carmellia yang berada dalam situasi tersebut tersentak. Matanya meliar memandang ke arah lain.

"Fine. Aku minta maaf. Tapi ada syaratnya."

"Kau ni ikhlas ke tidak? Nak minta maaf pun ada syarat."

Derrian senyum lebar. Badan Carmellia terundur sedikit kebelakang tatkala Derrian semakin menghampirinya.

"Jom keluar makan." Pelawa Derrian.

Kening Carmellia terangkat. Kemudian dia tergelak besar.

"Pft- HAHAHAH dengan kau? Memang tak lah!" Jeling Carmellia.

"Jual mahal. Menarik." Gumam Derrian perlahan.

"Hah? Kau cakap apa tadi? Almaklumlah aku ni pekak sikit hehe."

"Tak ada apa apa." Sejurus itu,Derrian berjalan meninggalkannya.

"EH KAU TAK MINTA MAAF LAGI WOI! EH DAH- TAPI TAK IKHLAS! MANA BOLEH!" Laung Carmellia kuat.

Derrian menghentikan langkahnya. Kemudian memusingkan tubuhnya menghadap Carmellia yang sedikit jauh darinya.

Eek, matanya kini sudah menjadi warna perang gelap. Tapi tadi, biru-

"Jadi malam ni datang rumah aku. Kita date sama sama, hm?" ujar Derrian dengan gayanya yang sinis.

Carmellia mendengus perlahan dalam kekeliruan. Apa agaknya motif si Derrian itu mempelawa dia ke rumahnya.

Ekornya dilihat sebentar.

"Mesti kau plan nak pijak ekor aku lagi kan?" soal Carmellia sambil menatap tepat ke mata Derrian.

Dalam satu saat, iris mata Derrian bertukar menjadi biru semula.

Bagi Carmellia, mata Derrian itu sangatlah cantik. Best juga dapat melihat satu keistimewaan sebegitu pada seorang Alpha.

Eh, sekejap. Alpha?

"Kau, Alpha kan.. Derrian?" soal Carmellia perlahan.

Derrian hanya memandangnya dengan sebelah kening terangkat.

"Takkan kau tak tahu aku ni Alpha, hm?"

Tanpa dijangka, Derrian mendekati Carmellia dan dia berbisik sesuatu pada telinga gadis itu.

"Kalau kau tak pasti, aku boleh tunjuk dekat kau. Malam ni, dalam rumah aku."

"GAAAAAAH!"

Tubuh badan Derrian ditolak dengan pantas.

Memang buaya. Munafik eh? Sempat lagi lelaki ini berfoya-foya kan?

"Eek! Jangan dekat dengan aku!"

"Pft, comel. Apa apa pun, bagi aku nombor kau." arah Derrian pada Carmellia lalu telefon pintar lelaki itu dia lempar perlahan kepada gadis itu.

"Tapi, kenapa pula?"

"Nanti kau sesat nak ke rumah aku, sayang. Nak ke kau dibaham Alpha lain?" ujar lelaki itu dengan tenang.

"Dengan ekor yang cantik macam tu..."

Derrian memandang Carmellia dengan bebola matanya yang bergerak ke atas dan ke bawah seperti seorang lelaki yang.. pervert.

".... Alpha suka. Lagi lagi bila dekat tempat yang-"

"DAH DIAM, EH." sempat Carmellia memotong ayat yang si Derrian mahu katakan itu tadi.

Derrian hanya tersenyum sinis, memandang kejap ke ekornya yang bergerak-gerak perlahan dari tadi.

Carmellia pula sudah tidak selesa dengan pandangan lelaki itu.

Setelah mendail dan menyimpan nombor dia dalam telefon pintar yang dilempar Derrian itu tadi, Carmellia kemudiannya menghulur semula telefon itu kepada lelaki itu.

"Thanks, sayang. You did such a great job, baby. See you tonight."

Derrian kemudiannya menepuk kepala Carmellia itu lembut lalu dia berganjak pergi meninggalkan gadis itu berseorangan.

Carmellia yang ditinggalkan itu hanya bermain dengan ekornya yang kini melilit pinggang rampingnya.

"... takut pula aku."

-

Don't forget to vote and also leave a comment. Thank you for reading this fanfiction.

Enjoy...

HOUSE OF CARDSWhere stories live. Discover now