SG

106 22 43
                                    

★You as Yerenica Elraine
★Min Yoongi as Erudian Claude

Yerenica berjalan dengan gembira, walaupun hari sudah menjelang malam.

Lagipula, waktu malam yang sejuk tanpa ramai orang berjalan sana sini buatkan gadis itu berasa tenang.

"Kan bagus tak ada ramai orang macam ni." Gumamnya perlahan.

"Yerenica, jangan balik lambat sangat. Kamu tahu kan, ramai orang sibuk cerita pasal serigala jadian. Mereka ada dimana-mana-"

Yerenica mendengus perlahan apabila nasihat ibunya tadi terngiang-ngiang dalam fikirannya.

"Ish. Kenapa pula eomma boleh percaya benda-benda sebegitu?" monolog gadis itu sendirian.

"Yah, budak rambut merah."

Panggilan seseorang dari belakang bangunan yang kosong itu menarik perhatian Yerenica.

Rambutnya yang berwarna merah itu tetap bersinar terang walaupun dalam kegelapan.

Hari sudah malam. Bahaya untuk dirinya kalau dia terus pergi dekati tempat-tempat yang gelap.

"Kau nak terus pulaukan aku ke huh?" soal suara seorang lelaki yang tidak dikenali itu lagi.

"Menjauhlah! Jangan ganggu saya!" jerit Yerenica, cuba menghalau makhluk itu.

Lelaki itu berdecit halus. Dia menahan nafasnya sebelum menghembus kasar.

"Kenapa? Kau tak suka?"

A-apa? Terang lagi bersuluh Yerenica tidak suka! Bengap ke apa lelaki ni?

"Tolonglah. Saya merayu jangan ganggu saya." Rayu Yerenica lalu menyatukan telapak tangannya tanda merayu.

"Oh.. Jadi kau keluar malam, berani pula?" Soal lelaki itu. Matanya ralit memerhati Yerenica dalam diam.

Yerenica terkedu. Belahan bibirnya terbuka sedikit untuk bersuara.

"B-bukan.. saya cuma k-keluar untuk ambil angin saja."

Tergagap-gagap Yerenica menuturkan kata-katanya kerana perasaan gugup yang melanda dirinya.

Di saat matanya bertembung dengan anak mata lelaki berambut biru gelap itu, dia terkedu.

Badannya terasa dipaku kuat di atas jalan yang dia sedang pijak.

"K-kenapa..." ujar Yerenica perlahan dengan wajahnya yang terkejut teruk. Kakinya cuba digerak-gerakkan, namun tiada tetap tidak berhasil.

Kata-kata Yerenica dan gerak geri gadis itu membuatkan lelaki misteri itu melepaskan gelak tawanya.

Rasa kelakar pula dengan ayat yang dilontarkan oleh Yerenica kepadanya.

"Pft- Kau ada dengar tentang serigala jadian?" soal lelaki itu sambil melangkah mendekati Yerenica yang hanya berdiri tegak di satu tempat.

Yerenica tersentak. Dia teringat yang ibunya juga ada memberitahu dirinya tentang serigala jadian namun diendahkan sahaja.

Itu semua mengarut, bukan?

"A-ada.. tapi saya tak percaya lagipun itu cuma mitos sahaja. Mana ada serigala sekarang." Polos Yerenica berkata.

Betul lah tu, lagipun tahun ini sudah masuk abad yang ke 21. Dunia ini semakin tua dan moden, takkanlah makhluk mitos sebegitu masih wujud?

"L-lagi satu.. em. Apa? Nama awak apa?"

Dingin sahaja tatapan lelaki berambut biru gelap itu ke arahnya. Yerenica turut merasakan dirinya seolah-olah diselubungi aura kegelapan.

"Maaf sebab tiba-tiba bertanya-"

"Erudian. Erudian Claude." Jawab lelaki itu pendek. Yerenica mengangguk tanda faham.

"Saya Yerenica. Yerenica Elraine." Yerenica menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan. Bibir merahnya tidak henti tersenyum.

Bukan apa, dia fikir Erudian sombong dan lelaki itu bahaya. Tetapi tekaannya salah sama sekali. Yoongi mungkin sombong tapi tidak berbahaya.

Seolah-olah Erudian ini adalah calon lelaki Korea terakhir.

Selepas beberapa saat, perasaan diri dipaku pada jalan itu hilang secara tiba-tiba.

Yerenica terkejut juga apabila dia boleh bergerak ke sana dan ke sini dengan bebas.

"Eh- dah boleh bergerak..."

"Itu salah satu dari kuasa aku. Maaf, aku tergunakan kuasa aku tu dekat kau."

Yerenica memandang Erudian dengan wajah yang terkejut. Sukar untuk dia percaya. Takut pun ada, rasa nak menangis pun ada.

"Awak ni siapa sebenarnya?" soal Yerenica ingin tahu.

Dalam hatinya, dia sedang berdoa kepada Tuhan supaya dirinya tidak dibunuh oleh lelaki misteri bernama Erudian Claude ini.

Erudian tiba-tiba sahaja melangkah mendekati Yerenica yang semakin berganjak ke belakang, ingin menjauhkan dirinya daripada lelaki itu.

Namun, tubuhnya terhenti apabila ada sebuah tiang lampu di belakangnya yang menghalang pergerakkannya.

"T-tolong jangan bunuh saya..." rayu Yerenica dengan suaranya yang mendayu.

"Siapa aku sebenarnya? Aku dah tanya kau tadi Yerenica sama ada kau percaya atau tidak. Namun kau tak percayakannya." bisik Erudian pada telinga gadis itu.

Jadi, lelaki ini...

"Selamat berkenalan, Yerenica Elraine. Aku Erudian Claude, seorang makhluk yang merupakan serigala jadian."

-

Don't forget to vote and also leave a comment. Thank you for reading this fanfiction.

Enjoy...

HOUSE OF CARDSWhere stories live. Discover now