Bab 9

3.8K 144 0
                                    

Afina mengeluh kuat. Fikirannya tak habis-habis fikir tentang si Luke. Banyak kali dia tepis raut wajah tampan Luke dari menyapa keluar dari fikiran tapi sayang, muka itu terlalu tampan sehingga dia asyik memikirkan lelaki itu. Hampir seminggu lelaki itu tidak menganggunya dan sepatutnya ia menjadi berita baik buat Afina tapi yang anehnya hatinya bagai mahu bertemu muka dengan si Luke. Sudah jatuh cintakah dia pada si Luke?

" Sayang..."

Lamunan Afina terhenti apabila suara Mama masuk halwa telinganya. Afina berdehem kecil. Spontan tubuhnya mengesot ke tepi memberi ruang pada Mamanya duduk.

" Fina okay? Sejak pulang dari rumah Nadia, Mama tengok Fina banyak termenung. Fina ada masalah ke?"

Afina senyum nipis. Tangan Mamanya diramas lembut. Menenangkan sang Mama daripada risaukannya. Ketara muka risau Mama padanya. Alahai...

" Fina okay Mama. Cuma Fina penat sikit. Mungkin risau dekat syarikat Papa." tipu Fina agar dapat menghilangkan rasa gundah Mamanya.

" Fina jangan risau, sepanjang Fina bermalam di rumah Nadia. Esfan dah tolong take over tempat Fina. Fina tak perlu risau apa-apa lagi ya?"

Afina mengangguk. Kerja di bawah Papanya agak mencabar. Masakan tidak, Papa terlalu serius dalam membuat kerja. Andai ada silap sikit memang terus kena sound. Tak kira status anak atau pekerja. Yang Papa tahu. Papa nak semuanya terbaik dan memenuhi kehendaknya. Itu saja.

" Fina dah okay sikit Mama."

" Baguslah macam tu." Mama tersenyum gembira. Lega bila anak perempuannya kelihatan lebih ceria dari sebelumnya.

" Anyway Fina, Fina beli dari mana tudung sarung yang Fina pakai haritu? Lawa Mama tengok Fina pakai."

Gulp!

" Erk... Fi-fina..." Fina garu kepala tidak gatal.

Jawapan apa yang perlu dia korek? Takkan dia nak cakap Luke belikan sebelum dia pulang ke rumah? Aduh!

" Lagi satu, siapa hantar Fina? Nampak kereta mewah sangat. Nadia beli kereta baru ke?"

Sudah!

Semua disoal Mama bagai seorang polis pencen. Air liur diteguk kasar. Mencari akan sebuah jawapan yang pasti tidak membongkarkan segala kejadian yang pernah berlaku antara dia dan Luke.

" Erk... Nadia belikan tudung untuk Fina. Fina tak tahu dekat mana. Kereta yang Nadia hantar tu kawan dia punya. Kereta Nadia rosak dan dia terpaksa pinjam kereta kawan dia." Fina senyum kekok. Serba salah sebab dia dah menipu banyak hal pada Mamanya.

Walaupun Mama tiri tapi tetap wanita tua ini sudah dianggap ibu kandungnya. Ibu kandung Afina sudah tiada dan Afina tak dapat halang andai Papa mahu kahwin lain. Nak halang macam mana kalau Papa ikut kepala dia. Degil tak boleh bawak bincang!

" Bagitahu Nadia, Mama nak beli tudung corak yang sama dengan Fina. Mama berkenan nak beli. Kalau ada stok bagitahu Mama tau." ceria suara Mama buat Afina serba salah.

Penuh kekok kepalanya mengangguk. Jawapan yang tak dapat dia berikan apabila dia tak ada apa-apa idea untuk menipu lagi. Dosanya kian banyak bila menipu. Berdosanya rasa. Haih...

" Fina cakap balik seminggu, ni belum masuk seminggu dah balik. Nadia dah sihat ke?"

Aduh! Soalan lagi?

" Ye Mama. Nadia dah sihat. Dia demam je. Tak ada teruk pun. Biasalah. Nadia mengada." Afina rasa nak pukul mulutnya sendiri apabila terlalu kerap berbohong.

Dalam hati Afina berdoa agar Allah maafkan dosanya. Bukan Afina sengaja nak menipu tapi Afina tak sanggup nak lukakan hati Mama apabila mengetahui kebenaran yang satu itu dan yang paling sakit. Kalau Mama tak percaya semua kata darinya macam mana? Lagilah parah!

" Alhamdulillah, lega Mama dengar."

Muka cantik Afina ditatap aneh. Afina termenung sekali lagi bagai hanya dia saja ada di dalam dunia ini. Entah apa yang Afina fikirkan.

" Fina."

" Huh?"

" Fina okay ke? Dari tadi termenung. Kalau Fina ada masalah, bagitahulah Mama. Mama ada untuk Fina." Tangan halus Fina digenggamnya.

Afina mengemam rapat bibirnya. Tak dapat bendung rasa serba salah pada Mama kerana menipu tapi untuk jujur Fina juga sakit. Takut kalau Mama bencikannya atas perbuatan Luke padanya.

" Mama, Fina nak minta maaf. Maafkan Fina ya." pinta Afina dengan mata yang sudah berkaca nak menangis.

" Kenapa ni Fina?"

Afina menggeleng. Teresak-esak Afina menangis sehingga Mama peluk tubuhnya. Menenangkan dia agar tidak menangis. Berkerut dahi Datin Mahari kerana Afina menangis. Apa yang terjadi pada Afina sebenarnya?

" Fina berdosa dengan Mama. Maafkan Fina. Fina bukan anak yang baik Mama. Fina tak sempurna." Afina masih menangis. Kali ini dengan sendu makin kuat kedengaran.

" Cuba bagitahu Mama apa masalah Fina. Kalau Fina terus menangis macam ni, Mama tak tahu." pujuk Datin Mahari lembut.

Afina menggeleng. Mengongoi Afina menangis dalam dakapan Mamanya itu. Dahi Datin Mahari berkerut seribu. Tidak memahami dengan apa yang terjadi saat ini. Kenapa Afina menangis sangat ni?

" Tak ada apa Mama... Fina cuma rasa berdosa dengan Mama. Papa dan abang. Fina minta maaf ya." teresak-esak Fina menangis.

Datin Mahari mengangguk. Biarpun tak faham tapi dia cuba jugak memujuk Afina. Ditepuk lembut belakang badan Afina. Berharap Afina akan baik-baik saja.

" Jangan risau sayang, Papa dan Mama akan selalu maafkan Fina. Fina tak ada salah dengan kami. Tak perlu khuatir ya." pujuk Datin Mahari lembut.

Afina hela nafas lega. Airmata diseka lembut. Pahit sekali senyuman yang terpapar di bibir Afina. Tak ada mood nak senyum. Matanya dipejam seketika apabila rambutnya diusap Mama.

" Mama tak tahu apa masalah Fina tapi Mama harap Fina akan sentiasa kuat dengan dugaan yang Allah bagi. Fina kena tahu, Allah takkan uji hambanya agar sentiasa bersabar. Bukankah orang yang sabar itu penghuni syurga?" Datin Mahari senyum simpul.

Muka Afina nampak lebih tenang bila dia nasihat. Mungkin terkesan dengan kata-katanya.

" Fina nak masuk syurgakan?"

Afina mengangguk dengan senyuman ceria. Siapa je tak nak masuk syurga bukan?

" Kalau nak masuk syurga, kena selalu bersabar. Okay?" Afina mengangguk untuk sekian kalinya.

Disandar kepalanya pada bahu Mamanya. Matanya dipejam seketika. Maka keluarlah raut wajah kacak Luke dari anak matanya. Tersenyum kacak padanya. Afina menggeleng keras. Menghalau muka tanpan itu dari menganggu dirinya.

" Kenapa geleng kepala? Fina okay?"

" Okay. Nak test kepala dah senget atau tak. Kalau senget nak skru." gurau Fina dengan lawak bodohnya.

" Tak tahu pulak Mama yang kepala boleh skru." Datin Mahari menyambung gurauan Afina.

Afina ketawa kuat. Terhibur bila Mamanya tak segan silu membalas gurauannya. Sedangkan Afina gurau bodoh macam tu sebab nak hilangkan geramnya pada Luke. Geram bila Luke muncul dalam hidupnya. Kan dah teringat! Ish!

" Mama masuk tidur dulu ya. Jangan lupa esok pergi kerja. Ada meeting penting yang Papa nak Afina handle sekali."

Afina mengangguk. Bayang Mamanya keluar dari biliknya disoroti sebelum Afina rebahkan tubuhnya tidur di atas tilam. Bantal peluknya dicapai dan dipeluk erat. Matanya dikatup rapat. Bersedia nak tidur. Dalam beberapa minit, dengkuran halus kini kedengaran. Menandakan Afina diulit lena.

My Obsession Is You ( COMPLETE )✔️Where stories live. Discover now