03 ; Woori

342 87 43
                                    

Aku enjoy sangat semalam. Aku harap nanti aku ada lagi rezeki untuk ke sana.

Aku masih mengingat lagi kejadian yang aku tak sangka akan berlaku yang ketika dimana Wonwoo telah mengambil phone aku dan memulangkannya kembali kemudian.

Lepastu kan, apabila aku cek balik, ada video dia. Aaaaa!

Uwaa, aku tak sangka aku lucky betul semalam.

Sekarang, telefon aku ada satu-satunya video yang berharga. Kalaulah salah terbuang, terhilang, terosak.. Haish semua lah! Memang nahaslah jawabnya.

" Aku akan simpan phone ni baik - baik, oh terima kasih Wonwoo! " ujarku dramatis.

Ting.. Ting..

" Eoh. Siapa pula mesej aku ni? " Aku mengambil telefonku yang berada di atas meja belajar dan membukannya menggunakan cap jari.

Aku melihat notification, ada seseorang telah memesej aku di Twitter dan usernamenya ialah...

hurm @j.wwoo ?

Sejak bila aku ada kawan dekat Twitter ni? Dan aku rasa account aku bukannya famous sangat. Setakat 10 followers camtu je.

Dengan perasaan yang curious, aku membuka Twitter dan melihat gerangan yang memesejku.

Wonu 🦊

Wonu 🦊 @j.wwoo
Don't follow this acc please.

3 following 4 followers
Join February 2019

Hai!
21:16

Hai sahaja? Disebabkan aku ni baik, aku balas sahajalah.

Hai! Nugu?
21:17 √

Awak ada datang bukan dekat konsert Seventeen semalam?
21:17

Aku mengerutkan dahiku. Macam mana dia tahu? Stalker ke? Aku memandang sekeliling bilikku hmm.. tiada sesiapa..

Hmm..boleh saya tahu dahulu ini
siapa ya?
21:17 √

Macam mana nak cakap eh?
Awak jangan bagitahu orang lain tau.
21:18

Hmm okay. Tapi bagitahu dahulu
awak siapa..
21:18 √

Aku sudah cek profile dia. Ada gambar kucing, lepastu buku. Gambar manusia tak ada. Macam mana aku nak tahu dia siapa.

Followers dia pun sikit dan dia follow acc aku, Seventeen dengan Pledis sahaja.

Kalau saya bagitahu saya ni
Jeon Wonwoo, awak percaya tak?
21:19

Mulutku terlopong kecil. Haih, tak akanlah.. Tak logik betul.

Aku menggelengkan kepalaku laju. Tak mungkin Woori.

Urmm..
21:19 √

Saya tahu awak tak akan percaya :(
21:19

Memanglah. Gilake, idol kesukaan kita tiba-tiba mesej. Bukan ke pelik?

Susahlah saya nak percaya
21:20 √

Tak apalah. Esok sambung borak ya? Awak tanyalah atau suruh saya buat apa-apa yang dapat membuatkan awak percaya yang saya ini Wonwoo. Mian, Scoups hyung ada panggil saya. Goodbye and good night!
21:21

Oh okay, bye..
21:21 √

Scoups hyung? Wuit? Seriously? Jadi betulah Wonwoo?
Jeon Wonwoo mesej Aku? Tolong cakap ini semua mimpi.

Eh tapi tunggu dahulu. Aku kena tanya soalan atau suruh dia buat sesuatu yang dapat membuktikan itu betul - betul Wonwoo. Kena fikir betul - betul ni!

- TBC -

lucky . wonwoo svt ✔︎Where stories live. Discover now