06

339 65 37
                                    

"Sooyun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sooyun." gadis itu memanggil namanya. Tetapi tiada jawapan daripadanya.

"Jung Sooyun!" kali ini, makin kuat dia memanggil nama gadis itu. Sooyun yang sedang leka memandang kearah seseorang itu segera menoleh kearahnya. Wajahnya blur menoleh kearah rakannya itu.

"Stop pandang Sicheng, Sooyun. Kau buatkan segalanya terlalu jelas." Kim Haesoo tertawa kecil melihat tindakan kawan baiknya itu. Daripada tadi, Sooyun tidak berhenti merenung kearah Sicheng yang sedang bersama dengan Haechan di dalam kelas itu.

"Jelas sangat ke?" Sooyun menggarukan kepalanya yang tidak gatal, mematikan pandangannya terhadap Sicheng. Buku yang berada diatas meja itu disentuhnya erat. Haesoo menggeleng dan mengeluh perlahan.

"Kenapa kau tak terima je dia punya confession hari itu?" soal Haesoo pelik. Sememangnya Sooyun menyukai Sicheng, tetapi gadis itu tidak mengambil kesempatan untuk menerima luahan itu.

Sooyun terdiam, kawan-kawannya tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara mereka. Melihat reaksi Sooyun yang hanya mendiamkan diri itu membuatkan Haesoo melambaikan tangannya di hadapah wajah Sooyun.

"Yah, kau kenapa?" Sooyun tersedar daripada lamunannya dan kembali memandang kearah Haesoo. Haesoo menyuapkan satu gigitan roti ke dalam mulut Sooyun.

"Kau terima atau tak sebenarnya haritu Sooyun?" soal Haesoo mula sangsi dengan kelakuan Sooyun itu. Sooyun tidak menggeleng dan tidak juga mengangguk. Dia hanya berdiam diri.

"Aku- pergi dulu. Jumpa dekat rumah nanti." kata Sooyun gelisah, dia perlu melarikan diri secepat mungkin daripada Sooyun sebelum Haesoo bertanyakan soalan lain padanya dan mula pelik dengan dirinya.

"Dia simpan apa daripada aku ni..."

--

Sicheng merenung kosong kearah televisyen itu. Rancangan yang sedang ditayangkan langsung tidak menarik perhatiannya. Dengan malas, dia mula berbaring diatad kerusi.

"Hyung jom main." Sicheng memandang kearah Haechan yang datang mendekatinya. Dia melabuhkan punggung di hujung kaki Sicheng.

Sicheng mengangkat kening dan membuat tanda okey. Memandangkan dia juga sedang bosan, baik dia main games.

Aplikasi PUBG itu dibuka. Sementara menunggu kawannya yang lain untuk memasuki permainan itu, Sicheng berjalan ke dalam dapur untuk mengambil beberapa snek.

Hendery dan Jaehyun yang sedang memasak itu dipandangnya pelik. Lain macam saja hari ini.

"Hendery...?" Sicheng mengeluarkan suara, menegur dua lelaki itu. Dia sebenarnya tidak percaya melihat Hendery yang tiba-tiba rajin masuk ke dapur untuk memasak.

Hendery berpaling kearah Sicheng dan tersengih, mukanya mempunyai kesan comot tepung pada sisi wajahnya. Sicheng mengeluarkan tawa kecil apabila melihat lelaki itu.

"Jaehyun nak buat kek." kata Hendery teruja. Sicheng mengangguk perlahan. Patutlah daripada tadi dia asyik berdiri disebelah Jaehyun. Dia hanya menonton Jaehyun membuat kek itu.

Salah satu sebab Jaehyun tiba-tiba rajin membuat kek ini, mesti dia penat mendengar Hendery merungut yang dia terliurkan kek.

"Hyung dah start!" Jeritan Haechan daripada ruang tamu itu membuatkan Sicheng mengalihkan perhatiannya terhadap snek yang mahu diambolnya dan segera berlari kearah ruang tamu. Telefonnya diambil dan dikawal.

Setelah setengah jam mereka menghadap permainan itu, mereka masih tidak mengalah.

Tinggal sembilan orang.

"Hyung dekat sana! dekat sana!" Haechan menjerit kalut.

"Sana tu dekat mana!" Sicheng juga mulai menjerit, geram dengan Haechan. 'Dekat sana' itu mempunyai banyak maksud, jadi rasanya di mana dia patut lihat?

ting!

Satu notifikasi muncul daripada telefonnya. Nombor tidak dikenali. Sicheng hanya memandang sekilas kearah notifikasi itu dan membiarkannya.

ting!

011 472 3839
ini sooyun

Matanya membuntang terkejut. Refleks badannya juga bangun daripada baringnya dan terduduk. Secepat mungkin dia menekan notifikasi mesej itu dan keluar daripada aplikasi permainan itu.

Haechan yang perasan akan id Sicheng yang sudah menunjukkan tanda-tanda offline itu menjerit pada Sicheng.

"Hyung! Ada enemy lah!" Haechan merungut geram kepada Sicheng. Tangannya makin ligat menekan-nekan skrin telefonnya. Sehinggakan badannya sekali turut bergerak.

Sicheng mengabaikan jeritan Haechan itu dan membuka mesej itu untuk membalasnya

Jung Sooyun

hai sicheng!
ini sooyun

mana dapat nombor aku?

rahsia ;)
jadi bila kita nak keluar ?

keluar ?
pergi mana ?

kitakan kawan
jomlah keluar
kau dah janji
:'((

ahh...
esok?

okey!
jumpa esok sicheng!
kafe yang dekat dengan
universiti kita tau.
pukul 4 petang

okey.
siapa yang bagi nombor ni ?

kan dah kata rahsia
haechan suruh rahsiakan

haechan ?

...
tak
salah cakap
buat tak nampak
nak delete tak boleh dah
seen

"Hyung, aku mati !"

"Hyung, aku mati !"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] I Love You | DSC Where stories live. Discover now