10

328 62 26
                                    

Sooyun keluar daripada perut keretanya bersama Yihyun dan Haesoo

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sooyun keluar daripada perut keretanya bersama Yihyun dan Haesoo. Mereka bertiga melangkah kearah kafeteria memandangkan masih banyak masa sebelum kelas mereka bermula.

"Hai Sooyun!" seorang pelajar perempuan menegurnya.

"Hai!" Sooyun mengangkat tangan membalas lambaian gadis itu ramah. Mereka bertiga melabuhkan punggung pada salah satu meja berdekatan.

"Lewat kau balik semalam Sooyun." Haesoo berkata. Serentak mereka berdua memandang kearah Sooyun. Sooyun memandang mereka berkelip-kelip. Dia menegur air liurnya.

"Em- ya..."

"Kau keluar dengan Sicheng kan? Minyoung bagitahu aku." Tidak menggeleng, tidak juga mengangguk. Sooyun hanya berdehem dan bangun daripada duduknya.

"Aku pergi beli makanan dulu- ha." Sooyun tersenyum paksa dan mengambil beg dompetnya sebelum melangkah pergi daripada meja itu. Haesoo dan Yihyun memandang antara satu sama lain pelik.

Kenapa dengan Sooyun tiba-tiba ini?

Sooyun melepaskan nafas lega apabila dia meninggalkan meja itu. Jika dia berdiam diri di situ, pasti Haesoo akan menyoalnya sehingga dia mendapat maklumat yang dia mahu.

Pada malam itu memang dia pulang agak lewat, pukul 12 tengah malam baru dia sampai di rumah. Mereka berdua hanya meluangkan masa di sungai Han dengan memikirkan masalahnya.

Tanpa sedar, masa berlalu sangat pantas. Sicheng pun langsung tidak menegurnya dan tidak mengajaknya pulang.

Sooyun memandang kearah koperasi yang masih kosong. Dengan senang hati, kakinya melangkah ke dalam koperasi itu dan mengambil beberapa roti krim kegemarannya.

Setelah Sooyun membuat pembayaran, dia keluar daripada koperasi itu dan menuju kearah meja yang diduduki oleh kawan - kawannya semula.

Pada separuh jalan, tangannya dipegang oleh seseorang daripada belakang membuatkan badannya berpaling kebelakang. Terkejut Sooyun apabila melihat Sicheng yang memegang tangannya.

"Eo... Sicheng." Sooyun mengumam terkejut. Tanpa berkata apa-apa, Sicheng menghulurkan sekotak susu padanya dan terus melepaskan pegangan itu sebelum beredar meninggalkan Sooyun bersendirian di belakang.

Anak matanya mengekori figura Sicheng yang makin menghilang disebalik banggunan. Perlahan-lahan bibirnya tersenyum gembira. Kotak susu itu ditenungnya lama.

"Eo- ada sticky note..." Sooyun mengumam perlahan, matanya mencerlung kearah sticky note kecil yang elok tertampal pada kotak susu itu.

harap kau okey hari ini.

Tulisan pada sticky note ini berjaya membuatkan Sooyun tersenyum lebar. Wajah Sicheng yang merah-kemerahan menahan malu tadi bermain di fikirannya. Oh kenapa lelaki ini comel sangat ?

Dengan perasaan yang gembira, Sooyun berjalan mendekati meja itu semula. Dia melabuhkan punggung disebelah Haesoo. Matanya masih tidak lari memandang kearah kotak susu itu dengan senyuman yang masih terukir pada bibirnya.

"Eh untuk aku ke- auch!" Yihyun mengaduh kesakitan apabila tangannya dipukul oleh Sooyun semasa dia mahu mengambil kotak susu itu pada genggaman Sooyun. Haesoo memandangnya pelik.

"Kau kan tak suka susu." kata Haesoo pelik dengan tingkah laku kawannya hari ini. Yihyun masih lagi menderita dengan pukulan Sooyun tadi. Sooyun menggeleng perlahan.

"Aku suka mulai hari ni hehe."

--

"Hyung- mana makanannya?" Jaemin bertanya, matanya melirik pada Sicheng dengan tangan yang kosong. Padahal tadi dia meninggalkan meja tadi untuk membeli makanan.

"Eo- tak jadi beli." Sicheng menjawab gagap, dia melarikan pandangannya daripada Jaemin. Dia memang tidak pandai menipu. Jaemin hanya mengangkat bahu.

"Na Jaemin, saya dah tunggu ni." Serentak mereka berpaling kearah seorang wanita yang berambut panjang yang sedang memeluk tubuhnya. Jaemin tersenyum kecil dan bangun daripada duduknya.

"Ya, kejap Chaerin." Jaemin mengemaskan barangnya diatas meja itu sebelum melangkah mendekati teman wanitanya. Jaemin melambai tangannya kepada empat orang lelaki yang berada di meja itu.

"Aku tertanya-tanya, daripada mana Jaemin kenal Chaerin?" Jaehyun bersuara. Hendery masih memerhatikan pasangan itu meninggalkan kawasan kafeteria.

"Diorang kenal masa kelab sukarelawan empat tahun lepas." jawab Jeno tenang. Dia menyuapkan sesudu nasi ke dalam mulutnya. Jaehyun mengangguk faham.

"Kau tak makan ke hyung?" Hendery memandang kearah Sicheng yang duduk berhadapan dengannya tanpa menjamu sedikit pun makanan. Sicheng menggeleng. Dia tidak terlalu lapar.

"Jomlah kita pergi dulu." ajak Hendery, memandangkan dia mempunyai satu jurusan yang sama dengan Sicheng.

"Jeno, Jaehyun hyung jumpa nanti." Hendery dan Sicheng bangun daripada duduknya dan melangkah meninggalkan kawasan kafeteria.

Sedang mereka berbual berdua, seorang gadis tiba-tiba terlanggar bahu Sicheng menyebabkan badan lelaki itu terdorong ke belakang.

Buku yang ada pada tangan gadis itu jatuh bertaburan. Sicheng dan Hendery menunduk, menolong gadis itu mengutip semula buku-bukunya.

"Ah maafkan saya, saya nak cepat- awak Sicheng kan?" Sicheng mengangkat wajah, memandang wajah gadis yang berada di hadapannya sekarang. Sicheng terkejut. Dia pasti gadis ini ialah salah seorang kawan Sooyun.

"Macam mana keluar dengan Sooyun semalam?" gadis itu bertanya teruja. Buku-buku pada tangan Sicheng dan Hendery itu diambil. Hendery mengangkat kening memandang kearah Sicheng pelik.

Dong Sicheng keluar dengan perempuan?

Sicheng sudah mati akal. Tidak tahu mahu menjawab apa. Mulutnya seperti digam. Dia terlalu gementar untuk menjawab. Akhirnya dia hanya tersenyum sebelum meminta diri untuk pergi.

"Kau keluar dengan Sooyun ke hyung?"

"Kau keluar dengan Sooyun ke hyung?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] I Love You | DSC Where stories live. Discover now