Har & Adli

5.5K 54 2
                                    

Pengawal yang berdiri di sebelah pintu kamar tidur Adli memegang tombol pintu bila saja tubuh Har menghampiri. Pandangannya tidak sedikit pun diletakkan di antara mata Har. Langsung tidak bertemu.

Tegak dan tidak berganjak dia dari pintu.

" Siapa suruh? Tuan Ghazali atau isteri aku?" Har mencerling lelaki itu dengan hujung mata.

" Puan muda Adila." Jawab dia dengan satu nafas dan masih juga tidak bertemu mata dengan Har. Takut gamaknya.

" Ke tepi..."

" Tapi Tuan Har?"

" Jangan cabar aku."

Mengetahui kuasa Har di dalam Villa Mawar, lambat - lambat dia melepaskan tombol pintu berdaun dua itu dan bergerak ke sisi. Tegak dan penuh taat. Har menoleh ke arah lelaki tersebut dan dia teringatkan ibunya di Terengganu.

" Kau masih baru di sini?" Tanya Har bila dapati wajah lelaki itu terlalu asing di vila itu.

" Ya Tuan!"

Har angguk kecil.

" Bagitahu aku, kau masih ada ibu?"

Mulanya lelaki itu kebata - bataan ingin menjawab soalan Har tapi melihatkan anak mata Har yang seperti menunggu jawapan dia, dia memberitahu dengan senyuman.

" Ya tuan. Masih ada."

Har angguk tanpa senyum, " Then you should stay alive while you still can. Jangan beritahu isteri aku yang aku ke bilik Adli malam ni. Aku tak bunuh orang, tapi isteri aku lain cerita..." Pesan Har dan senyuman yang tertampal di bibir pengawal lelaki itu serta merta mati.

Pekerja di Villa Mawar tahu akan reputasi hitam isteri Tuan Har  yang serupa orang terbalik akal itu jadi sebolehnya mereka tidakkan pernah memungkiri atau melanggari arahan Adila.   

" Buat yang aku suruh, stay silent. You'll hear a good news from her tomorrow." Balas Har cuba menyedapkan hati lelaki bersut hitam yang pucat lesi wajahnya itu.

Dalam pada itu, kasut kulit yang tersarung dibuka Har sebelum dia masuk ke dalam kamar tidur Adli, tak mahu derap - derap bunyi tumit kasutnya mengganggu tidur anak kecil kesayangannya itu.

Daun pintu dibuka seperlahan mungkin, tak mahu bunyi kernyat - kernyut engsel pintu menjagakan Adli. Berhati - hati sungguh dia. Bila layar matanya terisi dengan hamparan wajah Adli yang ketiduran, bibirnya segera memekarkan sebuah senyuman manis.

Memboloskan tubuh, Har berjalan perlahan ingin mendapatkan anak kecil itu. Mainan yang berteraburan di lantai, dielak tanpa ambil. Kasihan sungguh Adli, menghiburkan diri pun sendirian saja.

Kalau dahulu, dialah yang sering menemani anak kecil itu bermain. Sejak dia tidak lagi betah dengan perangai Adila, dia sudah amat jarang pulang ke rumah. Bukannya apa, takut makin menjadi - jadi pun sakitnya nanti.

Tanpa dia sedar, air mata jantannya jatuh saat dia duduk mencangkung di sebelah katil Adli. Sekejap, dia merenungi wajah anak kecil itu semahu - mahunya. Bibir kecil, hidung kecil separa mancung, mata beralis lebat itulah merupakan cinta keduanya selepas Farhana.

Tak sanggup sungguh dia untuk meninggalkan anak kecil ini terkapai sendirian. Ikutkan hati, boleh saja dia mahu memutuskan hubungan dia antara keluarga ini tapi dia tak tegar! Adli nantinya rosak! Nantinya sendirian...

Perlahan, Har merebahkan kepalanya di birai katil dan melentokkan kepalanya di situ. Jemari runcing Adli yang tidak bergerak dan masih kecil itu, Har usap satu persatu.

Dia berfikir - fikir sendiri, bagaimanalah agaknya tangan Adli sewaktu usia dia sehari, sekecil inikah?

Dan saat itu dia terfikirkan Farhana. Bagaimana kalau benihnya dan benih Farhana bersatu? Dia juga mahu punya zuriat sendiri.

Snippets of Dendam Har Azmeer 18SXWhere stories live. Discover now