⭕.+26

152 34 28
                                    

"Kenapa kau bawa aku pergi sini?"soalku setelah duduk di sebuah kerusi panjang bersama chenle.

Malam ni,aku langsung tiada mood untuk bercakap.tiada perasaan langsung aku rasa tatkala ini.Semuanya bercampur-baur.sedih,kecewa,pasrah,tertekan,rindu.

Tauke aku memberikan cuti tiga hari sebelum hari perkahwinan aku esok, untuk membuat persediaan.

Lepas tu,tiba-tiba di malam terakhir aku menjadi single ni,Chenle call aku dan mengajak aku pergi ke sebuah taman.memalam buta weyh.jam 7 malam!

Gila ke apa?!

Tapi aku taknak kecewakan chenle.Jadi aku terima saja ajakannya.

"Ni malam terakhir.esok-"

Aku menutup telinga dengan kedua-belah tanganku.

"Aku taknak dengar kalau apa yang kau nak cakap akan sakitkan hati aku,"ujarku lalu menjelingnya.

"Ok ok.maafkan aku."

Aku berpaling untuk memandangnya.

Jap!kenapa,muka chenle agak pelik malam ni?

"Kenapa muka kau,pucat?"soalku dengan hati yang mula berasa tidak tenang.

Aku menyentuh bibirnya.kering sangat.

"Dah berapa tahun dah kau tak minum air ni hah?kering gila bibir kau!"bebelku lalu mencari sesuatu di dalam toothbag ku yang boleh membantu chenle.

Aku menyerahkan lipbalm kepada chenle.

Aku peduli hanya sebagai kawan.bukan sebagai seorang wanita yang bakal menjadi isteri dia.

Sungguh aku langsung tak redo.

Aku merenung tajam kepada chenle.

"Nah ambillah.kering tu bibir kau!"desakku setelah huluran ku tidak mahu disambut.

"Aku tak perlukan benda alah tu,"balas chenle sambil menolak lipbalm yang aku hulurkan kepadanya.

Hisy mamat cina ni,aku dah buat baik taknak terima pulak.

Tunggu kau aku jadi isteri derhaka nanti.

Kesabaran aku makin menipis bila chenle hanya diam.

"Ok fine.jangan menyesal dan jangan sesekali kau fall dengan aku erh."

Penutup lipbalm aku cabut.Dagu chenle ku tarik supaya menghadap aku kemudian menyapu pelembap bibir itu dibibirnya.

Mata kami bertembung sebaik sahaja aku selesai dan mendongak.

Chenle ketawa kecil.

Ceh,gembira la tuh bila aku terbuat eye contact dengan dia.

Cam tahik.

"Tak sangka hati kau masih keras sampai sekarang."bidas chenle lalu tersenyum sinis.

"Hati aku bukan keras.Tapi masalahnya aku dah ada orang lain."

Tolonglah faham.nak aku cakap bahasa cina kali untuk fahamkan mamat ni.

"Banyak ja perempuan yang sudah memiliki tapi curang sebenarnya."

"Aku bukan perempuan macam tu."

"Sebab tulah,aku jatuh cinta dengan kau."

Aku terdiam.

Weyh,takkan kau boleh senang-senang saja jatuh bila chenle cakap macam tu?

Mustahil.aku tahu aku kuat.aku setia.

Arhh fikiran aku bercelaru.

Aku memejam mata.

Tolonglah.

Tolonglah!

'Hati aku tetap hanya untuk haechan!' bisik hatiku.

'Haechan dah tak sayangkan kau lah minna.kalau betul dia sayang dan nak kahwin dengan kau,dia mesti akan balik.tapi ni tak!Chenle lebih layak untuk kau!'

'Kau nak ke haechan kecewa dan sedih bila dia dah balik dan dapat tahu kau dah kahwin?!kau nak ke?!!'

"ARHH AKU BENCI!"

Aku hanya mampu menjerit dalam hati.

Saat aku membuka mata,wajah chenle sudah hampir rapat dengan wajahku.

Aku faham apa maksudnya.

Tapi,patutkah aku bagi apa yang dia mahukan?

Bibir milik chenle sudah menyentuh bibirku.

'Aku akan pastikan,aku orang pertama yang akan kiss bibir kau!'

Haechan!

Aku segera menolak chenle dengan kuat lalu berlari sekuat hati meninggalkannya.

Kebetulan tuhan sayangkan aku.Ada sebuah teksi sedang berhenti di bustop.

Aku mengetuk tingkap teksi itu lalu menarik pintu kereta dan masuk.

"Pak cik jalan cepat!"arahku kelam-kabut.

Aku takut.takut chenle kejar aku.

"Okok,"jawab pemandu teksi itu lalu memandu.

Sepanjang perjalanan hati aku tidak tenang dan aku sentiasa rasa gelabah sebab takut chenle kejar aku sampai rumah.

Aku menghembuskan nafas tenang sebaik sahaja selamat sampai ke rumah sewa tanpa ada sebarang gangguan.

Saat aku mahu membuka pintu rumah,telefon pintar di poket seluarku berdering.tanda ada panggilan masuk.

Panggilan dari mak ku jawab.

"Hi mak!"balasku dengan suara acah ceria.

"Minna,mak minta maaf sebab baru dapat call minna sekarang.tadi mati karan.ni pun baru je hidup balik."

"Tak apa mak.kenapa?"soalku.aku rasa,aku dapat hidu perkara yang tidak baik berlaku dari cara mak bercakap.

"Haechan dah balik minna.baru tadi petang dia sampai."

Telefon yang ku tekupkan di telinga serta-merta terlepas lalu jatuh menghempas tanah.

"Kenapa baru sekarang haechan?you are too late."

Sungguh,ni perkara yang tersangatlah tidak baik.

Bersambung...


pinggan ↷ chenle  ✓Where stories live. Discover now