2

13 0 0
                                    

Langkah diatur dengan cepat ke dalam kelas, sambil memproses kata kata tenaga pengajar beliau sebentar tadi.

Beg galas dibahu diletakkan di atas meja dan punggung dilabuhkan di atas kerusi nya, kepala nya masih menerewang ke kata kata tenaga pengajar nya lagi. 

"HOII ! TERMENUNG APA HAH?!"

 Sergahan dari Ezzandi rakan sekelas Han Yara Irlani mengejut kan Han Yara Irlani sehingga hampir menampar Ezzandi di hadapan nya. "kau ni memang celaka kan?! nakharam betul ada je kerja kau nak mengenakan aku !"

Mata Han Yara Irlani diputarkan keatas menanda kan bahawa dia sungguh menyampah dengan perilaku Ezzandi sebentar tadi. 

"HAHAHAHA alahhhh sorry lah, kau ni pun takleh gurau duduk surauu" Ezzandi memujuk kembali Han Yara Irlani. 

"banyak lah kau! eh Stephanie mana? tak nampak pun?" Mata Han Yara Irlani melilau mencari rakan baiknya itu, jam ditangan sudah menunjukkan pukul 9:15 minit pagi tetapi kelibat Stephanie masih tidak terlihat. 

"ohh Steph tak datang hari ni, dia kata dia black out teruk malam tadi.. Kau keluar kan dengan dia malam tadi, kau tak tahu ke?" 

"hareyy betul, memang la aku berhibur dengan minah tu malam semalam, tapi tang black out tu aku tak tahu sebab dia still dengan mamat mana tah kat dalam Mars tu.. so malam tadi dia balik dengan mamat tu bukan dengan aku"  Han Yara Irlani menahan geram nya pada rakan baik nya itu. 

"laaa steph steph.. dia buat balik perangai dia tu" Ezzandi ketawa kecil.

"weh lepastu kau nak tau tak tadi" Han Yara Irlani mahu memulakan gossip pagi nya memandang tenaga pengajar yang sepatut nya mengajar mereka pagi ini tidak dapat hadir untuk mengajar mereka. 

"wah gossip panassss, apahal? what happen bij?" Ezzandi teruja, sikap dan perwatakan nya yang kadang kadang boleh bertukar menjadi adik adik itu lah yang menyenang kan Han Yara Irlani dan Stephanie Sa-ha.

Han Yara Irlani memula kan penceritaan nya kepada Ezzandi tentang apa yang berlaku di tempat letak kereta sebentar tadi bersama tenaga pengajar nya itu iaitu Encik Hazim Shauki.

"WHAT THE ACTUAL FUCK?!!!! BABI PERVERT APE SIEL?!! SUMPAH LA YARA?????"

Ternyata Ezzandi menjadi begitu sangat terkejut dan Han Yara Irlani sudah dapat menjangkakan reaksi Ezzandi.

 "ye weh sumpah" Han Yara Irlani hanya melakukan gelengan berulang kali menunjukkan reaksi yang sangat 'Tidak Patut'.

"habislah kau yara, tak boleh dah kau nak berhibur sakan dalam Mars tu nanti, dah ada creepy bipolar stalker dah dalam Mars tu.."

 Ezzandi menunjukkan muka yang sangat mengerikan menandakan bahawa dia sangat tidak sangka bahawa salah seorang tenaga pengajar dia juga berperangai seperti itu. 

Kelas pada hari ini semua nya telah tamat, Han Yara Irlani mula mengemas kan beg dan buku buku nya. Usai semua dikemas, Han Yara Irlani mengatur langkah yang kemas untuk menuju ke tempat letak kereta.

Enjin kereta telah dipanas kan, pedal minyak ditekan membelah jalanraya untuk menuju pulang ke rumah nya.

 Sebelum pulang Han Yara Irlani sempat membuat pandu lalu di Starbucks untuk membeli sedikit minuman buat dirinya.

Hari yang cerah dan suasana panas terik membuatkan dia kehausan dan kehilangan sedikit tenaga. 

Han Yara Irlani sudah sampai di perkarangan rumah, dirinya sedikit terkejut kerana mendapati ada 3 buah kereta yang tidak dikenali sedia terletak di hadapan rumah nya. 

Beg sandang di sebelah kerusi pemandu dicapainya, lalu mengatur langkah yang kemas menuju ke dalam rumah. 



Once AgainWhere stories live. Discover now