MBDH13✿

2.3K 186 39
                                    

"Bella..."

"Hurm... ?"

Bella membuka matanya perlahan-lahan.Dia kat mana ? Dilihat sekeliling kawasan yg tidak asing.Oh dia baru ingat.Tadi dia tertidur di ruang tamu selepas selesai makan.Bella memandang orang yg memanggilnya itu dan ternyata orang itu ialah Ray

"Ra-Ray ?"

"Ya.Ni Ray.Bella kenapa tidur kat sini ?"-tanya Ray

"Erm..."

"Kenapa ? Bella tak suka dengan bilik tu ?"-tanya Ray

Bella terdiam tapi memang betul apa yg Ray cakap.Dia tidak suka bilik.Tak bilik stor itu menjadi biliknya kerana kecil.Dia perlu bilik yg lebih besar tapi mengingat Ein pernah memberi amaran kepadanya supaya tidak mengadu membuat Bella hanya mampu menggeleng.Dirinya bukan sesiapa hendak complain.

"Saya suka bilik tu.."-kata Bella tersenyum tipis tapi Ray memberi tatapan tajam padanya.Tipu ! Dia tahu Bella menipu.Mana mungkin gadis itu menyukai bilik seperti itu.Bilik itu sahaja lipas tidak sanggup untuk duduk apalagi manusia.Bilik kecil dan panas itu mengalahkan bilik pembantu.

"Betul ni ?"-tanya Ray

"Y..Ya.."

Ray mengepal tangan sebelum mengangguk

"Baiklah.Saya naik dulu."-kata Ray sebelum beredar dari situ.Bella pula sudah hairan.Dia salah cakap ke dengan Ray ? Wajah lelaki itu sahaja terlihat bengang dengan jawapannya itu.

Bella menunduk sahaja.Dia risau lelaki itu memarahinya dan tidak mahu bercakap dengan dirinya lagi.Dia perlu membuat sesuatu untuk meminta maaf kepada Ray

"Sial !"

Ray merauk wajahnya dengan kasar.Dia menghempas pintu bilik dengan amarah.Katil menjadi tempat dia melampiaskan kemarahan

"Kenapa ?!"

Ray menunduk dan tanpa sedar air matanya mengalir

"Kenapa Bella..."

Dia mengetap giginya apabila mengingat wajah Bella yg tersenyum tipis itu

"Kenapa kau tipu...kenapa kau tipu sedangkan kau tak gembira dengan dia..?"-tanya Ray

"Kenapa ? Kau tak perlu takut...kau tak perlu jadi bodoh Bella..kenapa kau  masih nak layan dia dengan baik... ?"-tanya Ray dingin.Pandangannya beralih pada bingkai gambar di sebelahnya itu

"Kau pun dua kali lima.."

"Ibu."

Ray POV|

"Abg ! Sakit !"

Seperti hari-hari biasa.Aku mendengar ibu aku merayu.Aku yg sedang bermain dengan Abg aku berhenti dan memandang mereka

"Abang...ayah dan ibu gaduh lagi..."-kataku

"Rayyan jangan tengok..."

"Tapi abang..abang tak tolong ?"-tanya aku dengan penuh pelik kerana Abg aku hanya melihat sahaja

"A..Abang tak cukup kuat untuk tolong ibu.."

Penipu.Kau bukan tak cukup kuat tapi kau tak berani.Kau pengecut.Sama mcm ibu.Korang pengecut ! Korang tak guna ! Korang mati sebab korang dengar je cakap lelaki tua tak guna tu ! Memang bodoh.

Aku melihat mayat ibu dan abang aku.Di depan mata aku.Dibunuh betul-betul di depan aku.Pembunuhnya ? Ayah aku sendiri.Kelakar.Sebab aku budak kecil dan tak mampu nak buat apa.Aku pengecut.Tak berani.Sama sahaja seperti mereka juga.Aku hanya mampu lari untuk terus hidup.

My Beast :Devil Husband(On Going)Where stories live. Discover now