Bella membuka matanya perlahan-lahan.Dia merasakan sesuatu yg hangat menutupi seluruh tubuhnya itu.Bella melihat tubuhnya yg dibaluti selimut itu sambil memandang sekelilingnya.Rasa empuk pada punggungnya.
"Patutlah lembut je...rupanya aku kat atas katil"-gumam Bella
"Kejap...katil ?!"
Bella terus melepaskan selimut di tubuhnya itu dan mula berdiri.Sejak bila dia tidur kat atas katil lelaki itu ? Setahunya dia hanya membaringkan kepalanya di sebelah katil lelaki itu tapi sekarang dia betul-betul sudah ada di atas katil lelaki itu.
"Dah bangun ?"-tanya seseorang membuat Bella terkejut.Dia memandang orang itu.Terlihat Ein baru keluar dari bilik air dengan mengenakan tuala di bahagian bawahnya.Terpampar jelas otot-otot pada dada lelaki itu.Bella menelan air liurnya.Teringin juga dia untuk menyentuh otot-otot itu
"Puas tengok ?"-tanya Ein sinis.Bella terus tersedar dari pemikirannya dan menggeleng laju.Wajahnya memerah.Kenapalah dia fikir mcm tu.Buat malu je
"Kau tahu kau duduk atas katil aku."-kata Ein dingin
"O-Ouh ! Ma-Maaf"-kata Bella terus berdiri dari katil Ein.Ein memandangnya tajam sambil menggerakkan kerusi rodanya ke arah almari pakaian di sebelah bilik air
"Saya betul-betul minta maaf..sa-saya tak tahu sejak bila saya ada kat atas katil"-kata Bella
"Ray yg angkat kau letak atas katil aku.Aku nk complain apa lagi ? Kalau kau sendiri yg naik atas katil aku memang aku tolak terus jatuh"-kata Ein sinis
Bella hanya tersenyum sahaja.Ein menutup almari bajunya dan beralih memandang Bella dengan kerutan
"Kau kenapa ? Nak tengok aku pakai baju ke ?"-tanya Ein sinis
"E-Eh ta-tak ! Ma-Mana a-ada !"-kata Bella
"Dah tu pahal senyum-senyum kat situ ? Berambuslah !"-marah Ein
"Ba-Baiklah ! Ma-Maafkan Bella !"-kata Bella cepat-cepat dia berlari keluar meninggalkan Ein di situ
"Kenapalah aku kahwin dengan perempuan bodoh ?"-tanya Ein dalam hati.Tanpa sedar dia mengukir senyuman mengingat kerenah Bella
✿
Ein turun dari lif dan menggerakkan kerusi rodanya pergi ke ruang tamu.Dia berhenti apabila terlihat Bella dan Ray yg sedang berbual itu.
"Ray ni.Bella okylah pergi sendiri"
"Mana boleh Bella.Bahaya.Nanti Ray risau.."-kata Ray
"Tak apalah Ray.Bella boleh pergi sendiri.Mcm lah Bella tak pernah ke----"
"Korang ni tak ada kerja sangat eh ?"
"Huh ?"
Bella dan Ray memandang ke arah orang itu.Bella menunduk manakala Ray pula membongkok hormat
"Tuan Ein.Selamat pagi"
"Hm.Kau buat apa kat sini Ray ? Kau lupa ke kau kena siapkan kerja kat atas tu.Aku dah letak kertas kat atas meja aku tu"-kata Ein
"Sekarang ke tuan ?"-tanya Ray
"Ya lah habis bila lagi ? Kau ingat aku bayar gaji kau percuma je ?"-tanya Ein sinis
"Kalau mcm tu...baiklah"-kata Ray mengangguk.Dia memandang Bella sekilas sebelum melangkah naik meninggalkan Ein dan Bella
"Yang kau ni tak ada kerja sangat ke ?"-tanya Ein dingin
YOU ARE READING
My Beast :Devil Husband(On Going)
Romance❝𝑻𝒉𝒆 𝒃𝒆𝒂𝒔𝒕 𝒏𝒆𝒆𝒅 𝒉𝒊𝒔 𝒃𝒆𝒂𝒖𝒕𝒚.❞ Dia raksasa.Tiada siapa yg berani dekat dengannya.Semua org takutkannya.Ibu bapanya juga tidak berani dekat dengannya.Semuanya berlaku kerana kemalangan 17 tahun lalu.Semua org membuangnya kecuali ib...